Assalamualaikum sahabatku.
Semoga semuanya dalam Rahmat Allah. Daku di Lake Garden Taiping. Daku parking kereta di sini sementara menunggu Shah mendapat rawatan Pakar di Hospital Taiping. Daku menunggu ni ntahkan sampai bila. Sambil rehat daku memerhati gelagat mereka yg ke Taman ni. Ada yg berpasangan suami isteri, Ada Yang mengheret anak2, Ada Yang berlari2 anak, warm up nak ambil excercise di Taman Tasik ini.
Aku...dok santai sementara menunggu Shah. Shah pesan jangan call dia...Sbb busy dengan appointment Doktor ,dia tak boleh jwb call...daku ok ja. Tunggu ja lah Eni. Hari ni 30hb Ogos...esok Hari Kemerdekaan...daku tak nampak ada aktiviti untuk sambutan di sini, mungkin mereka buat secara tertutup. Jika ada perbarisan mestilah Ada rehersalnya...nampak macam tiada.
Dari tempat daku parking ini...nampak jelas ke model bola golf besar di dlm Taman..Model Bola Golf besar ini menunjukkan Taiping Padang Golf pertama terbina di Malaysia ...Padang Golf ini telah di tutup setelah pernah berlaku kemalangan pukulan bola terkena /termasuk kawasan sekolah...Sekolah Kebangsaan Convent Klian Pauh.
Daku...Baru bersarapan roti berinti jagung...dahaga la pulak...nak minum Milo kejap..stop sat...drink first hihi..pekatnya Milo dalam tin ni...Kalau pekat macam ni elok di minum dengan ice cube.. Daku dapat panggilan Shah dan bertolak ke Hospital ambil Shah di tempat dia turun tadi. Daku dapati majlis Sambutan Hari bebangsaan esok diadakan di depan Majlis Bandaran Taiping. Ada beberapa kemah telah didirikan...Semoga yang menjalankan tugas mendapat berkat Illahi. Jika kita bekerja ,niat ja kerana Allah ...Kayalah kita dengan keberkatan...Moga semua sahabatku sentiasa mengingati Allah semasa bertugas...Betapa mudah nya mengaut keuntungan daripada Kekayaan Allah ini ...MaasyaaAllah...Tabarakallah..InsyaaAllah ...Aamiin. Semoga yang bertugas di mana2 mendapat Restu Allah dan KeberkatanNya jua ...
Kami balik ikut Jalan Batu Kurau...Atas Gunung..Air terjun...Nampak indah...Anugerah Allah...
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan