Selasa, 29 Ogos 2023

Tiba2 daku teringat Mak dan Pak

Assalamualaikum...

Daku tiba2 teringat kepada mak dan pak.  Daku anak mak yang mak pernah bawa pergi ke sekolah seawal 6 tahun.

Daku dah boleh baca masa tu.  Mak letakku di belakang kelas.  Mak sediakan kerusi dan meja macam kawan2 lain.   Masa tu mak mengajar di Sekolah Kebangsaan Temelong.  Mak bukan naik kereta,  motosikal pon tidak, tapi mak hanya naik basikal kesekolah.  Mak berbasikal kesekolah bersama dengan Ustazah Masitah.  Pagi2 mak akan menghuli roti canai 1 kilo  tinggalkan kepada anak2 mak.  Mak tak pernah biarkan anak2 mak lapar meskipon dlm kesibukan mak rushing nak ke sekolah.Mak anak ramai.  Kesian mak.  Kami dapat melihat kesusahan mak 'shruggle' cari duit dari kami kecil lagi.  Apabila mak  nak pergi ke majlis kenduri, mak masak siap2 gulai ayam  kegemaran anak2.  Mak memang tak suka anak2 mak yang kecil2 ikut mak dan mengganggu majlis orang lain.  Hebat mak!. 

Masa daku mengajar dulu ada Guru Besar bawa anaknya 6 tahun ke kelas daku.  Anak GB itu hingga pandai membaca dan mengira .  Arwah dah GB tu.  Daku belajar prinsip mak, letak meja dan kerusi di belakang dan keutamaan tetap murid2 ku supaya tidak terlibat dengan salah guna masa mengajar. Takut berdosa. InsyaAllah murid  6  tahun tu tetap dapat juga layanan.  Setiap kali Gb ni beri ceramah di luar asyik ceritakan anaknya bijak, anak didik Cik Gu Noraini. Mak jugak mentor ku ...hah ha ...cara mengajar tulisan pada murid Tahun satu...mula2 ajar mereka buat bulatan terlebih dahulu, kemudian huruf c....bulatan tak bersambung di sebelah kanan....dan huruf terjadi dari huruf c tersebut dengan menutup bulatan dengan garisan di hadapan c...Mak! mak! ..praktikal betul mak....Cuma Eni yang tahu orang lain tak tahu...Sebab dalam 12 orang anak mak, Eni sorang Guru.

Kami tak kaya.  Kami keluarga besar.  Masa ni  Pak dah bersara.  Pak bersara awal sebagaimana daku.  Hi hi...Sebenarnya daku yang ikut Pak bersara awal sebab sakit.  Pak Bersara Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gelok  (Ambil Options jugak macamku)  Pak seorang yang rajin dan Kreatif.  Pada masa kami kecil kami hanya menggunakan telaga sahaja.  Sumber air dari alam yang bersih kami gunakan...Masa ni Masih lampu minyak tanah.  Jika orang2 bandar mereka dah menggunakan pair air dan lampu elektrik.. tapi tidak kami masa kecil.  Kami pernah merasa susah mengangkut air, membeli manyak tanah, dan memasang lampu Gaslin.  Anak2 kami semuanya hanya dengar sahaja cerita tetapi mereka tidak tahu bagaimana lampu gaslin dipasang. Bersumbukan kain, letak minyak spirit  ianya terbakar dan tabung yang telah di isi dengan minyak tanah itu di pum berkali2 menghasilkan gas...,maka lantas ia akan menyala menjadi lampu yang terang benderang seperti lampu elektrik.   Inipon dikira teknologi jugak sebenarnya.  Kami tetap bersyukur Ya Rabb.

Mak dan Pak sangat partikular dalam menyediakan air minuman mereka.  Mak pak mesti ada dua telaga di rumah ini.  Satu "telaga minum" kami panggil dan satu lagi  "telaga mandi."  Anak2 kami mana tahu semua ni.   Telaga minum bersih tak boleh mandi disini.   Mak sangat geli bila telaga bercampur.  Maksudnya minum dan mandi bersama.   Telaga minum Pak kami yang kreatif tu, jadikan air yang disaring dengan mengunakan pasir yang berbagai gred.   Dari yang kasar sehinggalah yang sehalus2nya.  Pak buatkan takungan penapis air ini tinggi dan ada ruang seorang lagi berdiri di tingkat atas.   Apabila seorang mencebok air dari dalam telaga maka pass air itu kepada mereka yg berdiri di atas. Hihi , ini untuk kami yang masih kecik, maksudku pendek tidak tinggi lagi...tetapi jika anak yang dah dewasa, bersaorangan pon boleh timba dan takung air sendiri, pada tapisan yg pak sediakan.  Canggih teknologi pak masa tu.  Air tu Pak alirkan terus ketempayan Besar di dapur buat air minuman.  Pak..Pak... Kreatif betul pak...

Pak  adalah  Guru Intake pertama di SITC.  "Sultan Idris Teknical Colleage"  Pak sebenarnya  menjalani Latihan Di Kolej Perguruan Melayu di Matang pada  ketika itu. Kolej di Matang di tutup dan bertukar ke Tanjung Malim, Sekarang Universiti Perguruan Sultan Isris.    Masa intake pertama tu , Pengetua Colleage adalah " OT Dossec"  Pengetuanya Seorang Inggeris didatangkan dari luar negeri . Pak Pulak dari muda pemain Bola Sepak yang hebat.   Kawan2 Pak kata, pak adalah"  Sriker" bola sepak.  Hebatnya Pak, waktu itu , Tentera British dari Singapore  datang ambil Pak sebagai "Pemain import mereka"  Mana sangka zaman pak pon dah ada pemain import.  hihi... Pernah satu hari Cikguku, Cikgu Zakaria yang mengajar matematikku berkata " Pak dia sepak bola sampai pecah" hi hi...   Pak memang pemain bola hebat macam Mokhtar Dahari.hihi senenarnya Mokhtar dari yg macam pak.

Masa daku di SK Lenggong, ramai2 bersembang masa rehat , Cikgu Jabbar kata pada ku.  Noraini apok kamu, (cikgu ni orang hilir perak,loghat peraknya amat pekat)  " Saya dengo cheghita apok kamu dulu beli keghete koyok kegheteh,  Pak Ayouh ceghite kat saya."   Koyok kegheteh tu " Koyak kertas"bawa maksud' Kereta Baru"  Katanya orang pertama ada kereta baru disini.  Banyak yg daku  ingat  hanyalah masa mata pak dah rabun, masa pak dah tak boleh drive lagi...Usia mak dengan Pak adalah 20 tahun jarak masa.   Jauh sangat jarak usia mak dengan pak.   Macam Siti Norhaliza dan Datok K,  Mak anak yatim, kawin mak pon dipaksa oleh waris mak...Kesian mak.   Mak anak orang kaya kat Gelok. Ayah mak sangat kaya.  Orang yang pertama ada peti nyanyi Zaman dulu2 dirumahnya.  Tempat orang2 kampong ,jika nak dengar lagu, mereka pergi dengar rumah mak. Bila emak mak meninggal mak di bela oleh ayah mak dan mak pulah kehilangan ayah selepas tu, Mak 3 beradik pon dipelihara oleh waris mereka. Kesian dengar cerita mak yang lagi lagi...

cukup dulu kenangan mak dan pakku...akan ku sambung lagi...

Wassallam.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...