Hari Jumaat 11 hb Ogos 2023 kami ke Hospital Kuala Kangsar mengambil surat penting Shah untuk appointmentnya di Hospital Taiping pada 30 hb Ogos nanti. Daku menunggu dalam kereta sambil memerhatikan semua orang Lelaki Islam Kampong Lubuk Merbau, berpusu2 masuk ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat. Ini kampong Shah masa kecil ,tinggal dengan neneknya. Shah rindu untuk solat di masjid ini dan pernah menjadi makmum kepada Shekh Idris Al Marbawi yang masa kecilnya mereka panggil beliau "Tuan Pakeh "
Semasa khatib membacakan khutbah daku dapat mendengar dari dalam kereta yg diparking agak jauh juga dari kawasan masjid.. tapi daku dapat mendengar Khatib membaca khutbah dgn jelas....tambahan pulak daku sengaja buka sedikit cermin tinggkap keretaku. Jelas sekali..." Jika kita mendengar berita yang dibawa oleh orang fasik maka haruslah diselidiki terlebih dahulu benar atau salahnya berita itu... dan jangan terus mempercayainya..." Daku terasa macam ada satu tamparan hebat kepadaku...Daku puas berfikir kerana perkara ini telah lama bermain di benakku... Seandainya kita telah menyedari kesalahan kita,kebenaran perkara,maka perlulah kita memohon maaf kembali diatas kesilapan yg berlaku...
Perkara ini telah berlaku empat puluh dua tahun yang lalu dan daku perlu memohon maaf atas kesilapan daku dahulu...Entah bila daku dapat memohon maaf. Tapi daku tetap berharap sebelum daku pergi mengadap Allah ,sempatlah daku memohon maaf atas kesilapanku dan dikau memaafkannya. ..Daku masa tu mude lagi...Entahlah daku ni agaknya tak matang...mase itu...Daku tidak sepatutnya bersikap seperti itu..."Maafkan daku seiklhasnya agar kita tidak tersangkut lagi di Mahsyar Allah nanti"....Moga satu hari nanti dikau terbaca karangan2 pendek yg penuh makna untuk daku mengadap akhiratku... Daku rasa bila dikau mendapat berita kematianku nanti, tentulah rasa ingin tahu timbul dan dikau akan temui "Lamanku" ini... (Doa ku) Aamiin.
Maafkan daku sekali lagi. Ada dua tiga empat coretan lagi yang daku harap satu masa nanti dikau dapat membacanya dan faham...Tolonglah maafkan daku...
Setelah daku poskan permohonan maaf ini daku "feel happy" ...daku gembira kerana daku dapat rasakan dikau maafkan...InsyaaAllah...Daku tidak lagi dicekan oleh masaalah yang bertahun telah daku fikirkan...Sekarang daku boleh tersenyum...InsyaaAllah...InsyaaAllah ...InsyaaAllah...
Bukan apa sahabatku, masaalahnya, kita hanyalah beraksi di pentas bisu...itu sahaja...Daku doakan yg terbaik sahaja untukmu dan doakanlah yang terbaik juga buatku ...Aamiin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan