Rabu, 23 Ogos 2023

Aku jadi guru sudahnya...

 Tah!!..Kak kesian Eni!  Bila Kak suruh dia kahwin dengan pilihan Kak, Dia ikut ,Tapi dia tak bahagia. , Bila Kak Suruh jadi Cikgu dia ikut...Walau dia tak minat...  "Kak rasa bersalah pada dia" Itulah bicara Mak dengan bekas rakan sekerjanya dulu ,Arwah Ustazah Masitah yang telah menjadi rakan sekerjaku pula...Kak tahu dia tak minat jadi Guru.  Masa panggilan interview dia balik dari KL untuk interview Guru di Ipoh.  Pada masa tu dia tertinggal Sijil2 dia di KL sedangkan esok pagi pukul 9.00 interview.     Dia kata kat Kak "   Mak!  dah tak ada rezeki la tu, tu sebab tertinggal Sijil tu."  Kak kata..."Laaa tak boleh kata macam tu ..kita kena usaha."   Tak pa lah mak, Eni pon bukan minat sangat jadi Guru.  Laa kena usaha...hahaha Mak telefon Abang Manaf kat Ipoh...

Manap!  Hang tolong bawa Eni balik gi KL mlm ni jugak sebab dia tertinggal sijil dia di sana.  "Laa... macam mana jadi macam tu...Balik nak interview? "  Mak nak jugak hang tolong dia.  Mak tahu dia tak berapa minat Guru.   Hang balik Lenggong ambik Eni,  bawa gi KL ambik Sijil2 dia.  Daku  tak mo mak susahkan abang Manap... "Mak... dah tak dak rezeki dah tu".  Daku ulang2 kata2 tu...

Abang Manaf balik ,senang ja dia, apa kata Mak terus dtg...Ok jom Cepat...Pukul 10mlm, bertolak KL sampai KL ambil Sijil2 ku dan bertolak balik terus ke Ipoh pukul 4.00 pagi kami sampai.   Tak sempat tidur lama mana dah kena gi Interview... Di sebuah sekolah di Ipoh...Dah lupa dah daku sekolahnya.   Abang Manap komplin ku lagi..."Eni hang ni, Abg Manap tengok tak sturdy apa pon... Tengok orang2 lain semua baca buku" Ha ha ha aku senyum ja...

Hihi...Abang Manap! ...Kalo ada rezeki dapat la...Kalo tak , tak laa...Budak2 lain semua masih muda lagi lepasan SPM dan STPM..daku masa tu agak tua sikit ,sebab dah pernah kerja.  Ha ha sebab tu tak takut sangat sebab dah kerja...daku dah selesa kerja kerani dah masa tu...kerja di bawah bos yg mude2 dan baik pulak tu...paling baik, Mr Tan Swee Yong, selalu bagi aku kalender cantik2 bila ada meeting dgn delegasi dari Jepun..dia jugak pick karangan bunga2 hidup beri padaku lepas meeting selesai.  Daku suka sangat...banyak gambar 4 musim yg daku dapat...marah orang lain...Masa ni aku mude, banyak yang datang melamar,daku tolak semuanya termasuk  pupu2ku dan kenalan kepada sedara2ku...daku tak mau...tertutup hatiku...

Sehingga, tibalah satu masa aku mendapat panggilan daripada Maktab...hihi kena pegi jugak sbb mak nak sangat daku jadi Cikgu...mak...mak...akhirnya Eni jadi Guru dalam keterpaksaan...Minat mula bercambah beransur2...Sebenarnya daku dapat Hidayah dari Allah bilamana Ustaz Ali bagi ceramah bahawa Rasulullah pernah berkata bahawa Baginda adalah seorang Guru...Daku pegang itu dan tak lepas2 lagi dah.

Banyak lagi ceritaku...

Mak...Eni jugak buat rumah di tapak yang mak tunjukkan berkali2 itu ..Walaupon pada masa mak ulang2 suruh tu, Eni hanya gelak dlm hati.."mak ni!.... tak kan org nak buat rumah di sini "   hihi...berkat doa makku...Daku buat rumah untuk jadikan "Rumah Bila Bercuti" tapi dah jadi tempat aku menginap sekarang...Besarnya doa  ibu terhadapku...Daku jual rumah yang ku beli di Taman Jana Setia Taiping..Ha ha Rumah tu besar dan selesa.  Daku orang pertama tinggal di Taman tu.  Lengkap semuanya , tepi pagar Sekolah Taman Jana Sekolah ketigaku...Sekolah ni terima Guru2 yang terpilih sahaja masa tu. Sekolah Baru.   Syukur....Daku diterima  ngajar disekolah tu... hehe bila dah lama berpindah dan meninggalkan rumah tu ....daku dah tak minat nak tinggal di situ lagi...Selepas pencen, daku pindah di Teratak Kecilku Di Kampong Pechah Batu yang ku panggil " Hill View Jalan Pechah Batu"...Dapat jugak, tok nenekku pahala bila daku beribadat diatas tanah mereka tinggalkan.Syukur ya Rabb.  Daku tanam pokok buah2an apa yang patut, meskipon dimakan haiwan pahala tetap mengalir kepada mereka juga.Aamiin! Aamiin!  Aamiin! Ya Rabb.

Sebelum tu, masa mengajar di Sek Keb. Lenggong daku juga ada beli rumah di Taman Meor di tengah2 pekan Lenggong bersebelahan rumah Halim kawan sekelasku seorang polis.  Rumah ini dibina oleh Pemaju yang membina rumah di Taman Bukit Raja Lenggong.  Sama dapat CFnya...  Daku jual juga rumah ini kepada En. Ismail Perancang Bandar yang bekerja di Majlis Daerah pada ketika itu.  Masa tu daku dah berpindah ke Taiping.  Anak ku Anis, memang lebih mengenali Taiping daripada  Lenggong kerana  masa membesar... dia di sana...

Assalamualaikum...Semoga sahabat semua sejahtera...Aamiin...

Tamat dulu ceritaku...

Continue:

Teringat jugak ku masa kami tinggal di Jalan Pechah Batu ini kami letakkan alamat  kami, Quarry Road Lenggong...Semua surat2 sampai  macam biasa ,dengan selamat...hihi...Bijak sungguh Postman Zaman dulu2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...