Daku masak soup Tulang. Tulang Daging Korban bahagian Ribb...
Kalau Pak dulu...selepas Pak sembeleh Pak akan buat soup seperiuk besar Pak buat soup ajak orang2 kampong makan. Seronok sangat. orang datang makan . Baik kawan Pak mahupon kawan mak.
Bestnya kenangan.
Tarikh yang sama Tahun 2024 masak ketam bersource hari ni 2026
daku dah 68 tahun....Soup Tulang Korban.
Dan Besok Hari Jadi Mak.
Moga semua anak mak ingat untuk sedekahkan bacaan tertentu pada mak disana.
Apa daku masak.
Hari ini Anis demam selepas balik dari Wet Land Putrajaya.
Tahun 2024 tu dia belikan daku ketam daku buat Ketam tumis source cili..Sehari selepas Harijadiku ke 66.
Hari ini Anis yang request dariku nak makan Sop Tulang. Maka dengan itu jadilah daku buat soup tulang.
Setelah Siap daku hantar satu Tray masuk kedalam bilik Anis dakupon mula untuk makan Bihun Soup Tulang.
Oleh kerana sedap dah...Bahagian Ribb daku terlupa nak rebus telur dan ambil daun sup dan daun bawang yang telah anis potong2 masukkan ke dalam peti. Hihi.
Dah sedap dah daku dah tak mahu nak susah nak
rebus telur lagi dah ...hihi
Bila kau view ini daku dapat rasakan itu
ucapan hari lahir buatku... hi hi
jangan marah...
Daku mula masak pukul sebelas. Sup Tulang bahagian Ribb dengan menggunakan Pressure Cooker.
Siap masak daku terus buat sambal cilinya.
Nak tahu resepinya.
Jika meehoon soup tak ada sambal cili macam ini dah pasti makan bihoon soup tak sedap.
(Itu pendapatku)
Cili kecil dalam 6 biji , masukkan bawang goreng
dalam 4 camca besar dan kicap masin dalam 6 sudu.
masukkan MSG( Aji No Moto)
satu camca maka blend hingga hancur.
Jika terlalu pekat masukkan air masak.
Ikut kesesuaian kita.
InsyaaAllah sedap.
Bihun pulak make sure rebus hingga benar2 lembek,
cuma jangan hancur aja..
sedap sangat.
Makan dengan daun soup daun bawang ,
hari ini saya buat taugeh di tumis kicap.. perlu kicap masin,
dah siap.
Selamat Makan Eni.







