Isnin, 31 Ogos 2026

 




Saya setuju dengan kenyataan Young Syefura.

Tidak boleh merosakkan berhala atau sembahan orang lain. Perkara itu jelas dalam Islam.

Saya juga berharap sebagaimana pihak berkuasa memburu pihak yang terlibat merosakkan berhala di kuil haram tersebut yang kita tidak tahu siapa mereka, saya juga ingin mencadangkan sesuatu yang lebih mudah dilaksanakan.

Pemecah berhala, tak pasti siapa yang melakukannya. Pelaku mesti dikenakan tindakan sewajarnha mengikut lunas undang-undang.

Penceroboh tanah & pembina kuil haram, pihak polis tahu siapa pelakunya kerana mereka yang membuat laporan polis.

Tak perlu diburu penceroboh & pembina kuil haram kerana identiti telah dikenalpasti.

Tahan penceroboh tanah tersebut & dakwa mereka.

Takkan pemecah berhala perlu diburu & dikenakan tindakan tetapi penceroboh tanah & pembina kuil haram tersebut tak dikenakan sebarang tindakan?

Bukankah dua dua pemecah berhala & penceroboh tanah serta pembina kuil haram melanggar undang-undang?

Ianya umpama perompak membuat laporan polis terhadap pencuri yang mencuri hasil rompakan & merosakkan kereta yang digunakan mereka untuk merompak tetapi perompak tidak ditahan & didakwa kerana merompak tetapi pencuri diburu kerana mencuri hasil rompakan serta merosakkan kenderaan perompak?