Sabtu, 19 April 2025

Robbku hadirkanlah mereka kesini bila daku pergi nanti,

 Robbku.  Jika daku mati nanti... Kau jadikanlah Blogku ini di explore orang2 ramai dari seluruh Malaysia dan seluruh dunia yg tercapai oleh nya.. 











  Rabbku... Biarpon seorang sahaja yg explore dan dengar ceramah ugama dari ustaz Ahli Sunnah Waljamaah di sini dan membaca beberapa petikan agama itu telah aku berpuashati... Syukur padaMu Rabb ku.
Rabbku. Bila daku masuk ke facebookku daku dapati Engkau telah mengambil beberapa orang yg Kau pilih berjumpa Mu... Meskipon daku tak mengenali mereka, daku tetap mendoakan agar mereka Kau tempatkan bersama orang2 yg soleh.  Rabbku.. Daku dapati muridku yg masih muda telah Kau jemput suaminya bertemu Mu... Daku doakan dia... Daku berharap dia dapat meneruskan hidup dengan selesa dan damai dengan 4 orang anaknya yang masih kecil...  Moga dia dapat mendidik anak2nya dengan baik tanpa suami tercinta dgn  mengikut lunas dan didikan Islam sebenar.... Itu doaku buat muridku... Rabbku... Aamiin.  

 Daku yg telah tua ini masih menagih redho Mu agar kau hiasi hidupku dengan mengingatiMu sepanjang masa.  Dalam  daku menarik nafas dan menghembus nafas ku... (inhales dan exhales) Moga penuh dgn hikmah dan manfaat Mu.
Daku selitkan dengan doaku padaMu Rabbku.

Allahhumma  a inni ala zikrika wasyukrika  wahusni.. i ba datiq.

Ya Allah bantulah aku dlm mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadat kepadaMu. Aamiin... Aamiin... Ya Rabbal A'lamin...