Sifat2 Ahli syurga...Tidak akan bersembang benda2 lagho...Menghina orang...Tidak ada perkataan yang bersifat menghina. Nak dapat benda2 ni kita kena berlatih dari sekarang. Tak akan ada di syurga orang yang suka menghina dan kasar bahasanya....Tidak ada perkataan yang menghina dan yg buruk pada ungkapannya. .
Teori sampah. tu! "mulut je jahat tapi hati baik" Tidak ada sebarang gurauan yang akan menyentuh hati orang. Ya Rabb. Aku bertaubat.!..Ampunkan aku Rabbku.! Takutnya aku dengan ini semua. Aku perlu berubah segera! Aku banyak kelemahan. Muhasabah diri.
Penulisan akan menjadi tidak elok dalam menyelesaikan sesuatu perkara kerana penerimaan pihak yang membaca lain. Jika yang membaca dalam keadaan marah ,tentu penerimaannya berbeza. Dalam menyelesaikan masaalah perlu berdepan. Risau sungguh aku kerana aku suka menulis dan jika disalah tafsirkan ia akan menjadi sesuatu yang buruk. Orang tengah marah pada kita membaca ayat2 yg kita tulis. MaasyaaAllah. Astaghfirullah...banyak kesilapanku.
Jangan jadikan WhatsApp media untuk menyelesaikan perselisihan atau pertelingkahan.
Doa pada Allah bila menghadapi perselisihan dan pertelingkahan.
Waktu Nabi Ibrahim berhadapan pertelingkahan dgn ayahnya. Nabi Ibrahim berdoa...
"Wahai Tuhan berilah padaku kebijaksanaan." Kebijaksanaan menghadapi masaalah dalam kehidupan.
"Wahai Tuhan jangan kau hina aku pada hari kebangkitan kerana kesilapan yang ayah aku pilih."
Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad menjadi Khalilullah...
Nabi Ibrahim , Sewaktu Nabi Muhammad menerima solat 50 waktu dia bertemu Nabi Ibrahim di langit ketujuh..Nabi Ibrahim tiada di ulas apa2 Jika Tuhan beri 50 waktu tentu Allah bagi kekuatan di dalamnya untuk buat 50 waktu. Beliau orang yang kurang pertikai .
Nabi Muhammad turun kelangit ke enam dinasihati oleh Nabi Musa . Nabi musa nasihatkan agar minta di kurangkan waktu oleh Allah kerana Musa merasakan Umat Nabi Muhammad tak mampu sehingga Nabi mendapat arahan solat hingga ke 5 waktu
Kenapa Nabi Ibrahim tidak membuat ulasan 50 waktu itu.?..mesti ada kekuatan yang Allah beri untuk tunaikan. Sikap Nabi Ibrahim ...Terima ...buat... Saat dia tinggalkan isterinya Hajar dan Ismail di Mekah hingganya isterinya tanya ...Adakah ini arahan dari Allah? Ya! ..Maka Hajar akur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan