Selasa, 31 Disember 2024

Warung Salai Seremban dan Masjid Sri Sendayan...

7

 Asam Pedas Tetel, Masak lemak Cili Api Siput Sedut, 
Asam Pedas Ikan dengan Bendi...Ulam Salad Timun, 
Sambal Tempoyak Sedap. MaasyaaAllah Pedas Sungguh daku rasa.
Daku di kalahkan oleh Cucunda Una...Kuat betul dia makan pedas. 
Selalu makan mee maggie Korea yg pedas tu kot?



Pusing2 pusing2 ikut GPS akhirnya sampai jugak hajat nak makan kat sini. 
Daging Salai Negeri Sembilan.  (Seremban)
Pedas sangat2 tapi sedap, selera Nogoghi Sembilan.


   Happy2 makan kat Warung Salai Seremban on our Way Back to Bangi akan 
Singgah Solat Kat Masjid Sri Sendayan Solat Jamak Taqdim. 
Ronda Sekejap tengok rumah yg pernah kami tinggal di sini dulu dan terjumpa kembali dengan Tempat jual durian kegemaran kami dulu.  Aku dapati Cina jual durian itu dah tua dah...anak kecilnya dulu dah anak dara dah...hihi cepatnya masa berlalu.  Dulu daku beli durian kat situ , banyak sungguh hingga dapat daku buat tempoyak untuk ku sedekahkan...Hihi sekarang dia tak jual durian yg aku suka dulu  Musang King banyak tapi aku tak boleh makan  pon anak ku tak suka. sebab ianya pahit.  Daku makan seulaspon rasa pening, anakku pulak tak suka pahitnya dan bila dia minta yang manis baru penjual Cina itu faham kemahuan anakku except "Musang King " kami tak gemar.


Warung Salai Seremban...Sedap kena tahan Pedas.


Wow gahnya Masjid ni...Cantik... Selesai Jamak Taqdim kami berlegar 
melihat kecantikannya. 


Masa daku tinggal kat sini dulu, Masjid Sri Sendayan belum di bina lagi... Cuma terbina nya Masjid2 kecil di dalam Taman yang mereka dirikan Jumaat juga pada masa itu.  Itupon dah kelihatan cantik sangat dah......hihi....


Cantik sungguh Pokok Bunga Raya yang ditanam itu dengan pilihan warna sebagaimana warna masjid tersebut.  Terpesona dengan warna bunga raya dan berlatarbelakangkan  warna masjid. 
Cantik Sangat"  Berkali2 aku sebut...Cantik!!!!!


Awan Buntu (Clowdy )  telah diserap telankan  oleh kecantikan 
UNIK SENIBINA  MASJID SRI SENDAYAN

Diserap telankan :  Bahasa apa itu Eni?
ooo itu bahasa aku sorang ja yag paham...


MaasyaAllah Cantik  sungguh, latarbelakangkan langit...

Lawa sungguh....


Terpesona dengan warnanya...


Putih berlatarbelakangkan putih...hmmm menarik...




Ada banyak lagi gambar Aini dan Anis tak beri padaku...Cukup lah...sebagai kenangan Trip to PD kami bagi tahun 2024.   Banyak tahun juga Trip ku ke Manjung...Manjung tu tanah Resab Melayu yg di ambil. Di bandarkan dia dan banyak Cina2 tinggal disitu...Entah bila mereka akan berganti.

Tamat sudah Trip 2 PD 2024

Patutnya Majlis Berakhirnya Perak diakhiri dengan "Doa dan Bacaan Yassin" tetapi telah di cemarkan dengan aktiviti Riang Ria...Tak tepat pilihan mereka walaupon mereka telah menjangkau usia tua.  Perlu organize dan hadiri majlis2 sebegitu.   Pendapatku.   Bagiku yang dah tua ini memikirkan bermacam2 perkara boleh berlaku di majlis begitu...Dulu apabila berakhir majlis...ada cerita2 yang tak enak berlaku...Tak apalah Eni!!!...Mereka akan di pertanggungjawab pada setiap maksiat yang berlaku kerana mereka Organizer.
 Dulu masa mula zaman kebangkitan Islam Di Lenggong tak ada di buat Pasaria majlis nyanyi menyanyi dan sebagainya.  Tapi baru sekarang ianya naik balik...Itukah yang mereka mahu?  Jawablah di depan Allah nanti......Kami berlepas tangan Ya Rabb.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan