Terpanggil pulak aku nak edit apa yang ku tulis di Blogku ini..Kadang2 tu, aku nampak ja Key Board terus je kuletakkan jari2ku dan bergeraklah ia bersama otakku yang dok berbicara. Sebenarnya tu salah . Kita kena hati2. Tadi tu,daku belum nak pos lagi tapi tersilaplah pulak. Daku nak edit dulu baru hantar...Hish...Buat Balik. Eni Eni. Carelessnya kau...
Teringat dan teringat lagi......hihi
Bila daku sentuh Deodoran Roll on, every lepas mandi, daku teringat kisah lalu. Hihi...sayang sungguh daku pada anak muridku. Dia ketua darjah yang kulantik. Dia memang berwibawa. Anak orang kampong aja. Rambut tidak terurus sangat. Rambutnnya berkerinting besar macam rambutku masa kecil dulu. Comel dan putih budaknya. Sayang aku padanya. Ayah, hantar kesekolah pagi2, naik motosikal. Daku minta izin dari ibunya agar dapat daku trimmed rambutnya agar nampak kemas dan terurus. Emaknya benarkan dan selepas ditrimmed rambutnya, datangnya dia kesekolah setiap pagi dalam keadaan "cantik".aku dah berpuas hati. Hihi. Seorang lagi muridku yang daku belikan Deodoran Roll On, sebab peluhnya berbau. Maka ku hadiahkan untuk nya Deodoran itu dan daku suruh dia minta izin ibunya terlebih dahulu untuk menggunakannya sebelum memakai baju sekolah Ibunya benarkan. So bahagianya daku rasakan muridku itu tidak lagi berbau peluhnya semasa aku mengajar. Syukur Ya Rabb. Moga dia, hingga dewasa dapat menjaga kebersihan dirinya. Itulah impianku. Daku sangat gembira pada satu masa daku dah tua dia datang ziarahi aku semasa Hari Raya Puasa dengan suami dan anak2nya. Kami sembang cerita lama masa dia kecil2 dulu. Daku ceritakan kepada anak2nya bahawa ibu mereka ialah murid yang ku sayang dan Ketua Darjahku dahulu. .
Percayalah "Seorang Guru takkan melupakan muridnya" dan akan sentiasa sayang mereka sampai bila2. Aku sentiasa mendoakan murid2 ku agar berjaya dan mendapat rahmat Allah. Aamiin Ya Rabb. Banyak murid2 yang telah berjaya. Syukur Ya Rabb. Banyak lagi cerita kenanganku...hihi...Ini kenanganku...Ya Rabb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan