Jumaat, 29 November 2024

Jumaat Baroqah dengan mentorku yang tidak pernah aku ketemu. (Part 1)

 Assalamualaikum.  

Hari ini, pagi ini aku terpanggil untuk menulis lagi.  Aku terkenangkan manusia yang pernah aku kenal selama beberapa tahun.  Baik dan buruk tidak menjadi hal asalkan kita saling memaafkan sesama kita dlm merentas hidup yang telah kita jalani.  Aku terkenangkan manusia yang bergelar "Opah"  yang daku tahu dari cerita2nya sahaja.  Hamzah , Din dan Rahim adalah tiga beradik yang di besarkan oleh seorang nenek tua yang kukenali sebagai panggilan "Opah"   Daku tak pernah bergaul dgnnya tapi hanya mendengar cerita2 unik dan istimewa dari cucu2nya sahaja  

Hamzah:  Din!  Kalau Opah masih ada aku akan dokong dia kemana sahaja dia nak pergi." Betapa besarnya kasih sayang 3 cucu ini terhadap Opah.   Mereka dibesarkan bersama dalam keadaan hidup yang sederhana tetapi kaya dengan  kasih sayang  seorang  nenek.   Mereka sering tidur berpelukan dengan nenek mereka hingga ke pagi.   Opah kami peluk, penuh kasih sayang.  Mereka ulang kata2 ni.  

Cucu2 Opah ini adalah anak kepada anak lelaki Opah, yang bertugas sebagai seorang anggota "Polis".  Beliau bertugas di Balai Polis  Sungai Way.  Opah hanya mempunyai seorang anak sahaja.  Bila berlakunya penceraian diantara anak Opah dan Isterinya, Opah terpaksa menggalas tanggungjawab yang besar, memelihara 3 orang cucunya yang masih kecil.  Anak Opah akan pulang di setiap bulan atau menghantar biaya buat membesarkan cucu2 Opah.  Meskipon anak Opah menghantar wang setiap hujung bulan, 'Opah tetap juga menjalankan tugasnya memotong getah untuk menambah pendapatan.   Hamzah akan menolong Opah setiap hari.   Hamzah yang sulung cerdek dan pandai menolong opah mereka.  

Semasa kecil, mereka pernah dilawati oleh ibu mereka yang bekerja sebagai seorang anggota Polis juga seperti ayah mereka.  Bertugas pula tidak jauh dari  dengan tempat  tinggal mereka.   Lawatan ibu mereka itu adalah pada bulan puasa saat hari2 menjelang raya.   Ibu mereka berjanji akan datang membawa baju raya buat mereka bertiga.  Ibu mereka telah berkahwin dengan anggota Polis yang lain.  Tunggu punya tunggu...tunggu punya tunggu.  Ibu mereka tidak kunjung datang.   Semasa mereka menunggu  Opah berkata "jangan kau tunggu lagi, Opah yakin sampai kubur Opah dah tumbuh  lalang pon dia tak akan datang ."  Mereka bertiga masih melorek harapan hingga bertemu kegagalan.   Kesian.  Sekali itu lah sahaja ibu mereka datang melawat mereka.  Ketiga2 mereka datang bertemu  ibu mereka ketika masing2 telah bekerja. Ada yang menitiskan air mata melihat anak2 yang menjejak kasih ibu.  Jika daku  di tempat seorang ibu nescaya anak itu daku tuntut hak penjagaan hingga berjaya. Hihi...rupa2 pendirian manusia sangat  berbeza ya.  

Opah adalah seorang yang berperinsip.  Prinsip Opah inilah yang menyebabkan  daku terpanggil untuk menulis lagi.   Sangat bermaruah dan mempunyai pegangan agama  yang padu kerna sentiasa menghadiri kelas Agama yang di ceramahkan oleh seorang alim hebat ia itu " Syeikh Idris Al Marbawi"  Beliau adalah Penerima Anugerah Maal Hijrah yang Pertama di Malaysia.  Setelah lama berhijrah di Mekah dan menulis berbagai2 kitab  termasuk Kamus Idris Al Marbawi yang  diulang cetak berkali2.   Beliau pulang ke kampung halamannya, "Kampung Lubuk Merbau" dan beliau mengajar Agama di Masjid Lubuk Merbau yang kini diberi nama sempena nama beliau.    Beliau juga yang menulis banyak kitab2 agama yang  dibaca dalam kuliah2 di masjid  seluruh Malaysia contohnya, kitab "Bahrul Mazi" karangan beliau.

2 B Continue ( Part 2)