AKU TAK PANDAI PASAL TANAH2 NI.. YG PAKAR KENA PEGANG KETAT AMANAH NI JANGAN ABAI!!!!! ALLAH LIHAT KITA. CUMA LAGI...NAK IKUT ATAU TAK . TEPOK DADA TANYA SELERA. KETAHUILAH SEJENGKAL TANAHPUN TAK BOLEH DI AMBIL DARI SEGI HUKUM..TAKUT SUNGGUH NI...JIKA MASIH ADA AMANAH SYUKURLAH...JIKA TERPESONG SIKIT SAHAJA AMANAH ALLAH NI...TAKUT PADA PERJUMPAAN KITA DGN ALLAH NANTI...INI DAKWAHKU PAGI INI...
Pakar forensik tanah bebas, Muzaffar Razman berkata, terdapat pelanggaran undang-undang yang berlaku oleh pihak kerajaan dalam mengambil alih tanah Kampung Sungai Baru.
Ini kerana tanah penduduk Kampung Sungai Baru jelas di bawah Penempatan Pertanian Melayu (Malay Agriculture Settlement, MAS) dan ia tidak boleh diambil alih mana-mana pihak.
Muzaffar membuat kenyataan itu dalam sesi Sidang Media Berkaitan Isu Kampung Sungai Baru yang diadakan Dewan KRT Kampung Sungai Baru pada Khamis.
Jangan lupa untuk like, komen, dan langgan saluran kami untuk perkembangan terkini! @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ ARTIKEL LAIN LAGI UNTUK TAHU SEDIKIT SEBANYAK TENTANG TANAH REZAB MELAYU.
__________________________________----___________________________________________
MAS...Tak boleh langsung di sewa kepada bukan Melayu...aku syukur jadi Melayu..MAS ujud sejak
1901 lagi ...masih ujud...Federal Malay State- Kanun Tanah Negara...Nama pon tanah Melayu...
SRLANGOR , PAHANG, PERAK, nEGERI SEMBILAN DI BAWAH tTANAH BERSEKUTU....RRESEF MELAYU.
Di Malaysia anda akan menjumpai beberapa status tanah yang datang dengan syarat-syarat tersendiri. Antara isu tanah yang paling hangat diperkatakan ialah tentang Tanah Rizab Melayu dan Lot Bumiputera.
Ada yang ingat dua status tanah yang disebut tadi adalah benda yang sama, tapi hakikatnya berbeza ya.
Mari kita tengok dulu perbezaan antara Tanah Rizab Melayu dan Lot Bumiputera sebelum kita terokai tentang Tanah Rizab Melayu dengan lebih mendalam.
Dari sini kita boleh nampak yang Tanah Rizab Melayu ni sememangnya untuk mereka di Malaysia yang berbangsa Melayu saja.
Mungkin ini salah satu cara untuk mengekalkan legasi dan identiti kaum Melayu di negara yang berdaulat ini? Siapa tahu, kan?
Apa pun, penting untuk kita tahu sejarah dan asal usul sesuatu yang terjadi di negara kita. Jadi, teruskan membaca panduan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu Tanah Rizab Melayu, sejak bila ianya tertubuh dan banyak lagi perkara lain!
Apakah Makna Sebenar Tanah Rizab Melayu?
Jika nak bercerita tentang Tanah Rizab Melayu ni, memang tersangatlah panjang. Supaya tak memeningkan anda, hari ni kami akan kongsikan semua maklumat penting perlu anda tahu mengenai Tanah Rizab Melayu.
Mengikut portal rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, terdapat dua objektif utama kenapa Tanah Rizab Melayu diperkenalkan, iaitu:
- Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara jua pun kepada bukan Melayu.
- Menyekat tanah Pegangan Melayu atau Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urus niaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Berdasarkan dua objektif itu, ia mengharapkan supaya tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan sebagai hak orang Melayu sampai bila-bila.
Siapa Yang Memberi Pengisytiharan Untuk TRM?
Bukan semua negeri mempunyai tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Tanah Rizab Melayu. Ini semua bergantung kepada Enakmen Rizab Melayu (ERM atau NMB) setiap negeri.
Sebagai contoh, di Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di mana ERM (NMB Bab 142) digunakan hingga ke hari ni, kuasa untuk membuat pengisytiharan ada pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat (RDM).
Tujuan pengisytiharan dilakukan adalah untuk:
- Mewujudkan satu kawasan Rizab Melayu,
- Membatalkan kawasan Rizab Melayu, atau
- Meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu.
Walaupun diberi kuasa, tak semua tanah boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. Tanah yang boleh dijadikan sebagai Rizab Melayu hanyalah:
- Tanah Kerajaan
- Tanah Hutan Simpan
- Tanah Rizab Awam
- Tanah Milik
Untuk membuat pengisytiharan Tanah Rizab Melayu ni pun ada syaratnya yang tertentu, seperti di bawah:
- Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) saja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]
- Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuk tanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberi milik pada orang ramai termasuk Melayu. [Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]
- Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya saja, maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tak sah. [Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]
- Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]
- Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [Sek.3(1)ERM Kedah]
- Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]
Sejak Bila Ada TRM?
Sekarang anda dah tahu apa itu Tanah Rizab Melayu (TRM) dan macam mana ia diisytiharkan, tapi sejak bila pula adanya tanah ni?
TRM sebenarnya dah wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka lagi melalui enakmen yang digubal oleh pentadbiran British iaitu Enakmen Rizab Melayu 1913.
Enakmen ni dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Selepas tu, Enakmen Rizab Melayu 1913 telah dimansuhkan dan diganti dengan Enakmen Rizab Melayu 1933, yang mana telah disemak dan digunakan sehingga hari ini sebagai Enakmen Tanah Melayu.
Negeri-negeri lain kemudiannya turut mewujudkan ERM mereka masing-masing iaitu:
- ERM Kelantan 1930
- ERM Kedah 1931
- ERM Perlis 1935
- ERM Johor 1936
- ERM Terengganu 1941
Untuk pengetahuan anda, British tak pernah mengadakan sebarang ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan – Perkara 89(1), tanah yang diwartakan sebagai TRM sebelum Merdeka 1957 akan tertakluk kepada enakmen sesebuah negeri yang akan memastikan hak milik terus kekal kepada orang Melayu.
Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan sehingga hari ini.
Siapa Yang Layak Dan Apa Yang Boleh Dibuat Dengan TRM?
TRM merupakan lambang keistimewaan orang Melayu yang mana ianya dilindungi oleh ERM yang menyatakan ia tak boleh disewa, dipajak, digadai atau dipindah milik kepada orang bukan bangsa Melayu.
Mana-mana kawasan yang dah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.
Seperti tanah-tanah yang lain, TRM akan menyatakan Tanah Rizab Melayu di atas gerannya dan bagaimana tanah boleh digunakan juga akan tertulis di situ.
Kategori kegunaan tanah terbahagi kepada 3 iaitu bangunan, industri dan pertanian.
Jadi bergantung kepada apa yang dinyatakan pada geran TRM itu, tanah tersebut hanya boleh digunakan oleh mereka yang berbangsa Melayu dan tujuan pembangunan kenalah mengikut yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Bagi yang nak menukar syarat yang ada pada geran, boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan untuk mengubah kategori kegunaan tanah dan sebagainya.
Kalau yang di Selangor, anda boleh ke portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor ni untuk mengetahui cara-caranya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan