Maaf..Disini Diary saya...
Sahabatku...,
Sahabat masih ingat tak lagu ni?
Cuba sahabat hayati lagu ni...
44 tahun dulu,sahabat ulang2 pasang.
Saya terima ...lagu ni sahabat tujukan pada saya ,
Sebab apa ? Saya mengaku saya bersalah , saya dengar cerita orang.
Bila saya dengar "Khutbah tentang berita yang dibawa oleh orang fasik... perlu dipastikan dahulu kebenarannya....." So...paling baik saya nak minta maaf dpd sahabat kerana saya bertindak di luar jangkaan saya dan menyesal sangat. Ini memang permintaan maaf secara terbuka saya kerana Allah terhadap sahabat. Saya takut nanti saya terpaksa mencari sahabat di Mahsyar Allah untuk memohon maaf maka dengan itu lambatlah perbicaraan ke atas saya oleh Allah nanti.. Permohonan maaf ini benar2 saya tulis ikhlas kerana Allah. Tolong maafkan saya ya!.
Saya yakin tuan tak akan balas apa2 perkataanpon terhadap tulisan saya ini, sebab. tuan memang _ _ _ _ _ _ _. Tuan kena belajar rendahkan diri tuan seperti orang lain dari saya, nescaya Allah akan mengangkat tuan ke setinggi2 darjat. Tentang Lagu ni ada beberapa perkara saya tak terima ...saya maafkan...
Bila saya fikirkan kembali...perkara yang orang sampaikan kepada saya itu pon bukanlah besar sangat sampai saya marah tuan begitu. Perkara itu kecil sahaja...Jika saya fikir fikirkan sekarang...
Ceritanya ialah:
Sahabat kata, "Saya ini pakai baju elok elok pada waktu pagi dan petang untuk menayang diri pada sahabat sedangkan sahabat dah pon bertunang." Saya terfikir balik di saat saya tua begini.... mengapalah harus saya marah kata2 begitu sedangkan keadaan kerja saya pada masa itu, memerlukan saya duduk di luar asrama, waktu pagi dan petang. Jika benar tuan telah bertunangpon...apa salahnya. Saya tak perlu marahpon kan...saya hanya perlu "angkat kaki" sahaja...MaasyaaAllah teroknya saya. Tiga patah perkataan saya tu saya tarik balik . (I hate you, I hate you, I hate you) Maafkanlah saya . Itu cerita kita dulu2. Kita tak ada jodoh sebenarnya. Jodoh tuan adalah wanita cantik di sebelah tuan, di setiap hari itu. Moga tuan terus bahagia. Saya sangat2 yakin dan percaya kepada Allah, jika Allah takdirkan ada jodoh maka bertemu juga walaupon sehari lagi menjelang kematian saya.
Lagu Toxic tu? hahaha macam menyindir saya ja...maafkan sekali lagi jika tuan terasa hati ya...
Tentang Tanah Rezab Melayu itu tuan abaikanlah jika tak sanggup. Sebenarnya tuan boleh ambil peluang ini sebab tuan sekarang bersama orang yg paling berkuasa di Perak .Saya tahu tuan tak sekental jiwa orang lain. Rasa saya, "Nationalisme saya" lagi kuat dpd tuan kot ...Jangan marah!
Sekali lagi mohon maaf dari saya ...Jangan terasa hati sebab kita akan mati pada bila2 masa (samada tuan atau saya dulu ) Anggaplah saya kawan lama/baik tuan, Sekian Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan