Ahad, 25 Ogos 2024

Pagi ini dan aku yang tersedar dari lalaiku yang tak sudah...hihi...

 Assalamualaikum...

Daku akan bagi salamku setiaphari..Moga kau jawab dengan seikhlas hati.  Kan hukum memberi salam itu sunat dan wajib di jawab dan yang membri salam mendapat pahala melimpah dengan mendoakan kesejahteraan kepada penerima salam tersebut.  Hihi... Syukur daku masih lagi aku yang suka menafaatkan kalam dengan hujung jariku.  Malang bagiku tak pernah daku mendapat doa dan salam dari mu sahabatku...Nak buat macam mana kita kan berinteraksi satu hala sahaja .  Macam menjadi Guru kepada murid yang bisu tapi ianya lebih memuaskanhati kerna murid yang bisu itu dapat menjawab dengan bahasa isyaratnya...hihi..Ianya bukan kemunikasi satu hala.(Dua hala tu Eni) Tapi daku setiap pagi mendoakan kepada sesiapa sahaja yang sampai kesini dengan ucapan salam dan doa agar kita di rahmati Allah hingga ke akhir hayat.  Moga Allah  memberi Rahmat ke atas kita.

Kalau dahulu daku merasakan lupaan itu adalah penting dalam istilah menjalani hidup yang penuh pancaroba ini.  Tapi bila daku sedar dan berpijak stabil di alam nyata ini daku terfikir bahawa jangan dibuat main atau diperkecilkan dengan lupaan.. Ia nya melibatkan otak/hati/qalbu /jantung? sekali...Mana satu itu?  Daku tak akan lagi cuba melupakan sesuatu meskipon penderitaan...terfikir daku ...ianya adalah satu "ujian besar"  dari Allah Azzawajalla terhadap hambanya. Perlu ku sedari ujian terhadapku hanyalah  dalam "skop ujian" yang amat kecil disisiNya.  Allah tak akan memberi ujian kepada hambanya yang tidak mampu menanggungnya.   Sebenarnya daku dipilih Allah dengan ujian ini kerana Allah tahu daku masih mampu menanggungnya.  Syukur daku sedar Ya Rabb. Eni sedar InsyaaAllah. 

Jika hambaNya bersyukur dan sabar dengan ujian, nescaya Allah limpahkan pahala dan di kurniakan Rahmat keatas pengamal kesabaran  dan redho . Daku sebagai hamba  perlu kuat menempuh ujian yang Allah anugerahkan ini..  Daku perlu "compare" hihi (bandingkan) cabaran terhadapku dengan orang lain yang  lebih besarnya  ujiannya.  Jika ku bandingkan dengan adik2 di Gaza aduh betapa rendahnya cabaran untuk aku berbanding mereka.  Iman dan kekuatanku  hanyalah di bawah telapak kaki mereka sahaja.  Mereka melawan musuh Allah dengan keimanan yang kental...Siapalah aku disisiMu ya Rabbku...Ampunilah aku...  Ampunilah aku...Ampunilah  aku...

Berbalik kepada topik "Lupaan"  daku tak mahu lagi meminta lupa.. MaasyaaAllah...Astaghfirullah...daku insaf di saat daku muda dulu  daku meminta pada Allah untuk melupakan sesuatu.  Allah makbulkan doaku untuk memiliki lupaan tersebut...tetapi alangkan  besarnya rahmat lupaan itu dimana Allah sedarkan ku dengan istilah LUPA MATI.  MaasyaAllah ianya menyedarkan daku sehing terpaksa daku mengubatinya kembali dengan doa dan ubatan2 untuk memulihkan kembali lupaan tersebut.  Kisahku dahulu ....aku pernah ambil ubat untuk memulihkan ingatanku tetapi daku hampir pensan di tengah2 Bas Stesyen Klang yg sibuk tu akibat daripada ubat  tersebut.  Syukur  daku ditolong oleh seorang kakak dan suaminya.  "Moga kakak yang menolongku itu mendapat Rahmat Allah.  Ya Rabb Kau Rahmatilah kakak itu bersama dgn suaminya...Aamiin.

Dalam mengharungi hari tua ini , daku tak mahu lagi meminta untuk melupakan sesuatu...Biar daku jadikan yang keruh itu sebagai cabaran dan ujian untuik mendekatkan aku dengan Rabbku. '" AKU KENA SEDARI HIDUP INI IBARAT KERUH DI MUARA AKHIRNYA AKAN JERNIH JUA"   Jika di saat ini kita meminta untuk lupa lagi akan bertambah parah musibah yang akan kita hadapi kerana di usia tua  Allah letakkan LUPAAN sebagai satu ujian ...yang boleh kita lihat di depan mata kita .  Istilah "Nyanyok" di usia tua.  ITU YANG PERLU KITA HINDARKAN...Itu sebabnya Rasullullah mengajar kita doa untuk mengelakkan daripada kita menjadi tua dlm keadaan jelek./ nyanyok dsb. (kejelekan di hari tua)  Mari kita amalkan doa untuk menghindarkan kejelekan di hari tua dalam doa pagi dan petang.  MaasyaaAllah masih ada waktu untuk kita..,.Syukur... Akan ku share nya nanti...

Aku senyum sendiri menyedari setiap duka dan suka itu adalah asam garam hidup.  Jangan lupa...InsyaaAllah.  Pegang doa yang Rasullullah ajar ini...Hmmm. InsyaaAllah ,Marilah kita terus mendoakan untuk mendapat Rahmat Allah di dlm doa waktu pagi dan petang... 

Hihi melompat2 apa yang aku tulisni...Tak pa Jika sudi baca,,,bacalah sambil engkau tersenyum sahabatku kerana senyuman itu adalah nikmat dari Allah yang tiada tolok bandingnya.  Ada mereka yang tak mampu lagi senyum...Senyum...Senyum...Senyum....meskipon "Fake Smile"  kerana dalam senyuman dapat memerahkan hati kita.  Menurut kajian "Fake Smile" akan menjadikan kita bertambah muda...Hihi Janganlah berangan nak jadi muda..Muda kearah yang positif...Niat untuk  beribadat kpd Allah...Rabb kita dengan kesyukuran.  

INGATAN DAN LUPAAN .  Patut di lihat kembali dlm hidup ini.  Rabbku ...Syukur!!!

Bila daku dah pergi nanti...sesiapa yang terbaca ini ...akan setidaknya... ingat beberapa perkara yg ku sebut ini...paling tidak menjawab salamku telah memadai...

WASSALAM



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan