Selasa, 16 Januari 2024

Soal Jawab : Adakah Ustaz Azhar Idrus Seorang Ulama Sunnah? | Ustaz Rasu...

RINGKAS BIODATA USTAZ RASUL BIN DAHRI
HAFIZAHULLAH
Alhamdulillah Sahabat Ikhwan Kita Dapat berada di
Library Ustad Rasul Dahri.
Penuh dengan kitab-kitab sunnah yang asli dan lain-
lain. (Credit to Akhi Abu RyanArie)
Apa yang terjadi kepada Ustaz Rasul hafidzahullah
teringatkan kita kembali mengenai kisah dan
perjuangan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah
& Juga Imam Ahmad ibn Hambal Rahimahullah sama2
dipenjarakan demi menegakkan kebenaran.
Beliau sentiasa Difitnah, Dicela & Qadrallah sesuatu
yang tidak dapat dielakkan & dipenjara. Semoga mereka
tidak sefahaman di beri Hidayah. Allahul Musta'an, .
ﺣَﺴْﺒُﻨَﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﻧِﻌْﻢَ ﺍﻟْﻮَﻛِﻴﻞُ
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah
adalah sebaik-baik Pelindung".
~~~~~~~~~~~
Beliau adalah seorang Ustaz yang Tawaduk ikhlas &
jujur menyampaikan dakwah sudah melebihi 30 puluhan
tahun berdakwah yang haq berlandas pada al Qur'an &
Sunnah Mengikuti Kefahaman Salafus Sholeh.
(Manhaj Salaf)
Nama penuh Ustaz Rasul ialah Rasul Bin Dahri bin
Saem bin Mohsen. Ayahnya berketurunan Bugis
dilahirkan di Indonesia dan ibunya berketurunan Cina
lahir di Muar, Johor.
Ustaz Rasul bin Dahri dilahirkan di Singapura pada 27
Mei 1953. Beliau masih memegang kewarganegaraan
Singapura, menetap di Johor Bahru, Malaysia.
Dianugerahkan empat belas orang anak dan isterinya
berwarganegara Malaysia dan semua mereka menetap
di Malaysia. Beliau adalah seorang pendakwah bebas.
Ustaz Rasul Dahri mendapat pendidikan seperti berikut
:-
1973 - Menengah 3 di Madrasah Al-Junied, Singapura;
1974 - Menengah 4 di Madrasah Masyhur, Pulau Pinang
1983 - BA Syariah & Usulludin, Ummul Qura, Saudi
Arabia
Selain berdakwah, beliau juga banyak menulis buku-
buku agama yang menyentuh masalah aqidah ahli
Sunnah wal Jamaah yang berlandaskan kepada al-
Qur'an dan al-hadis. Selain dari buku-buku, kuliah-kuliah
dan forum beliau juga ada dirakamkan ke VCD dan
kaset. Buku-buku dan VCD beliau boleh didapati di
tokoh-tokoh buku di Singapura Pustaka Fathul Islam
(PFI) dan juga di Semenanjung Malaysia Thailand dan
Indonesia. Ustad Rasul Dahri Menyebarkan dakwahnya
melalui ceramah, kuliah, tulisan, kaset, cd, vcd atau
internet. Dalam bidang penulisan buku dan karya ilmiah,
beliau telah menyebarkan bagi umat Islam warisan
yang besar dan bernilai. Tidak henti-hentinya para
penuntut ilmu dan anak2 murid mengambil manfaat dari
tulisan & kajian beliau. Sampai sekarang ini telah
terkumpul berjilid-jilid buku, risalah (buku kecil), fatawa
dan berbagai masa’il(pembahasan suatu masalah) dari
beliau dan ini yang sudah dicetak.
Pendidikan
Bekas penuntut Madrasah al-Juned al-Islamiyah
Singapura. Melanjutkan pengajian ke Madrasah al-
Masyhur al-Islamiyah Pulau Pinang, Malaysia dan
kemudian menyambung pengajiannya ke Ma’had al-
Haram, Mekah al-Mukarramah. Belajar Bahasa Arab di
Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi dan menuntut di
Universiti Ummul Qura dalam bidang Syariah, Dakwah &
Usuluddin. Beliau berada di Mekah, Arab Saudi selama
sebelas tahun dari 1973 hingga tahun 1984.
Guru-Guru
Semasa di Mekah, beliau sempat bersama Syeikh
Muhaddis Abu Abdirrahman Mukbil bin Hadi al-Wad’ie
rahimahullah di Universiti Ummul Qura’. Sempat juga
berguru dengan beberapa orang syeikh semasa
mengunjungi (berada) di Mekah, iaitu sekitar musim
Haji atau bulan Ramadan. Antara syeikh-syeikh yang
sempat didampingi ialah as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz
rahimahullah dan as-Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan
hafizhullah.
Semasa di mekah beliau telah menimba ilmu dan
bertalaqqi dari beberapa masyaeikh, antaranya ialah
Syeikh Ahmad al-Mandili, Syeikh Yahya hafizahullah
(dalam ilmu sanad, rawi dan jarh wa ta’dil), dan
mempelajari ilmu-ilmu tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh dan
ilmu-ilmu lain antaranya dari Syeikh Syaid Sabiq
rahimahullah, Syeikh Muhammad al-Ghazali
rahimahullah, Muhammad Quthb hafizahullah, Syeikh
Hasan al-Habannaka al-Maidani, Syeikh Tantawi
(penceramah radio Mekah) rahimahullah, Syeikh
Mujahid as-Sawwaf rahimahullah dan asy-Syeikh
Abdurrahman al-Yamani rahimahullah.
Alhamdulilah diberi kesempatan juga oleh Allah Azza
wa Jalla menghadiri kuliah-kuliah asy-Syeikh al-
Muhaddis Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah
dan asy-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin
rahimahullah di musim Haji dan di bulan Ramadan.
Semoga semua para masyaeikh (syeikh-syeikh) semasa
belajar di Mekah al-Mukarramah (Arab Saudi), guru-
guru di Singapura semasa belajar di Madrasah al-Juned
al-Islamiyah dan guru-guru di Madrasah al-Masyhur
semasa belajar di Pulau Pinang, Malaysia dimohonkan
oleh Allah anugerah syurga Firdaus dan semoga
mereka semua sentiasa di dalam rahmat Allah serta
diluaskan kubur mereka bagi mereka yang telah pulang
ke rahmatullah.
Hanya kepada Allah sahaja kita memohon semoga
beliau sentiasa memelihara keberkatan ilmu yang telah
dianugerahkan kepada hamba-Nya dan pahala serta
keampunan kepada mereka yang menyampaikan ilmu-
ilmu mereka dengan penuh keikhlasan. Amin Ya Rabbil
‘alamin.
*Qadrallah Ribuan umat Islam & anak2 murid dapat ilmu
agama yang haq dunia akhirat yang sungguh
bermanfaat dari mengikuti kajian2 & daurah nya dari
yang bertalaqqi, anak2 murid sendiri membantu
menyebarkan dakwah apa yg telah disampaikan oleh
beliau & Juga dari lelaman social media.
Semangat tanpa tidak ada henti-hentinya –
bilhamdillah– bantahan beliau selalu menjadi senjata
yang ampuh untuk menghadapi musuh kebenaran dan
orang yang menyimpang. Karena bantahan beliau ini
selalu disandarkan pada Kitabullah dan Sunnah
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallamserta petunjuk
salafush sholih, dengan kuatnya istinbath (penyimpulan
hukum), pendalilan yang sangat bagus, alasan
(argumen) secara syar’i dan akal, dan luasnya ilmu
beliau yang telah Allah karuniai. Orang yang melihat
sisi ini dari kehidupan beliau hampir-hampir
menegaskan tidak ada lagi yang waktu yang sia-sia
yang tersisa dalam kehidupan beliau.
Ustad Rasul Bin Dahri Hafizahullah tegar dalam
menghadapi penyimpangan-penyimpangan ini dengan
sikap yang telah diakui. Beliau memerintahkan,
melarang, menasehati, menjelaskan sehingga Allah
memperbaiki banyak keadaan kaum muslimin dengan
tangan beliau. Beliau Sentiasa menegaskan Umat Islam
Mentaati Pemerintah & Menjelaskan Teroris Bukan Dari
ajaran Islam & menjauhi amalan2 tidak sesuai sunnah &
menjauhi ajaran firqoh2 sesat. Alhamdulillah Allah telah
menolong sunnah dan ahlus sunnah melalui beliau, –
walhamdulillah-.
Semoga Allah merahmati dan memberi balasan dengan
kebaikan yang banyak atas jasa beliau terhadap Islam
dan kaum muslimin. Semoga beliau sentiasa bersabar,
sehat, kuat, tetap tegar berdakwah & In Shaa Allah
semakin ramai yang ingin menuntut ilmu di dalam
penjara darinya. Kita yakin apa yang datang dari Allâh
ada hikmahnya. Mohon kita tidak lupa & sentiasa
membantu mendoa kepada Ustad Rasul Dahri
Hafizahullah & Ahli Keluarganya.
Barakaallahfeekum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SS Dato Dr Asri-Selagi Kamu Mcm Itu Selagi Itulah Kamu Mcm Itu

  Friday 31 May 2024 SS Dato Dr Asri-Selagi Kamu Mcm Itu Selagi Itulah Kamu Mcm Itu Jaga amalan adab sedikit yg di buat biarlah berkekalan.....