Ahad, 28 Januari 2024

How 2 treat women


Terima kasih daripada hadith ini.  Hari ini hari ke 2 bulanku..  Aku sangat2 berharap satu2 yang baik untuk aku share di sini.  Hadith daripada  al-Bukhari ini sangat penting bagi yang bernama lelaki.  Lelaki yang gentlemen, akan gengam hadith ini elok2 dan tidak dia longgarkan jari jemarimya, hingga mengalir keluar hadith ini dari gengamannya.  Tidak ada satu pon perempuan di dunia ini mahu dia dikasari dibentak atau dicerca cela atas dasar, dia yang tak tahu membalas cercaanmu lantaran dia yang terpaksa  memegang hukum Allah.  Lelaki engkau kena sedar setiap pengorbanan yang diberi oleh mereka adalah ikhlas seikhlas2nya kepadamu.  Jangan biarkan mereka terus menerus kecewa, hari demi hari. 
Kerana, kesabaran itu memang ada hadnya.  

Tidak bolehkan kau lemparkan senyuman sebagaimana mereka sedekahkan  padamu? Kan itu secantik2 sedekah yang tak perlu dibayar dengan wang. Bukankah mudah bagimu untuk menunjukkan sayangmu pada mereka lantaran mereka tidak pernah menyanyangi orang lain kerana takutkan Allah. Senangkan untuk sayang seorang wanita yang rapat dengan kita?  Tidak bolehkan kamu tunjukkan sopanmu dengan mengambil ditangannya apa dihulurkan olehnya?...Kan cantik dan lembutnya sikap itu yang akan membungakan kasih di hati mereka.?

Tidak bolehkan sekali sekala engkau duduk sambil melihat mereka memasak dan kau tolong mengupas bawang sambil bersembang2 dengan mereka?  Mereka juga manusia yang perlu dilayan lantaran tidak jemu2 menyediakan makanan untukmu?  Tidakkah lelaki tahu bahawa wanita, jika tiada lelaki dengan mereka ,mereka akan makan apa sahaja tanpa completekan satu hidangan,yang ternyatanya susah untuk disediakan? Mereka akan makan dalam istilah "cincai" sahaja  

Wahai lelaki, jika sekiranya kamu melakukan kesalahan adakah menjadi susah benar bagimu untuk kamu meminta maaf kepada mereka?  Jika mereka sanggup meminta maaf bila2 masa sahaja mengapa tidak kamu?,  Adakan meminta maaf itu seolah2 luntur kekuasaanmu?  Kan "ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya"    Pepatah orang tua2 itu , ada juga betulnya.
Lelaki !  Hidup yang sementara ini, hanya diharapkan perempuan,  kasih sayang yang akan membawa mereka ke akhirat Allah dengan penuh redho dan meredhoi.   Jika ini yang berlaku  sudah cukup bagi mereka.

Lelaki!, perempuan tidak pernah mengharapkan badan mereka disaluti intan berlian, kerana itu semua tidak perlu, tambahan pula di saat mereka meniti usia emas mereka...Saluti mereka dengan kasih sayang sejati yang membuat hati mereka berbunga sayang hingga mereka menutup mata.
Bertemu Allah adalah saat yang mereka tunggu2 jika engkau bisa memberikan mereka redho.
 
 Lelaki!  Dikaulah tempat mereka bersandar.  Hulurkan  bahumu sentiasa, agar kesedihan mereka terlerai dengan sandaran di bahumu.

Wahai lelaki, terima kasih kerana sudi membaca...Daku tahu perempuan ada sentiasa di sekelilingmu tapi layanlah perempuan milikmu sebaik2nya.
Wallahhuaqlam ...Moga benarlah, sedikit sebanyak kata2ku ini...

Daku dah berbau gorengan Kuew Teaw anakku di dapur...aku terasa aku di manjai di saat ini...Syukur Ya Rabb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan