Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semoga Rakyat Malaysia dalam keselamatan Allah semuanya
Aamiin...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semoga Rakyat Malaysia dalam keselamatan Allah semuanya
Aamiin...
Assalamualaikum sahabatku.
Semoga semuanya dalam Rahmat Allah. Daku di Lake Garden Taiping. Daku parking kereta di sini sementara menunggu Shah mendapat rawatan Pakar di Hospital Taiping. Daku menunggu ni ntahkan sampai bila. Sambil rehat daku memerhati gelagat mereka yg ke Taman ni. Ada yg berpasangan suami isteri, Ada Yang mengheret anak2, Ada Yang berlari2 anak, warm up nak ambil excercise di Taman Tasik ini.
Aku...dok santai sementara menunggu Shah. Shah pesan jangan call dia...Sbb busy dengan appointment Doktor ,dia tak boleh jwb call...daku ok ja. Tunggu ja lah Eni. Hari ni 30hb Ogos...esok Hari Kemerdekaan...daku tak nampak ada aktiviti untuk sambutan di sini, mungkin mereka buat secara tertutup. Jika ada perbarisan mestilah Ada rehersalnya...nampak macam tiada.
Dari tempat daku parking ini...nampak jelas ke model bola golf besar di dlm Taman..Model Bola Golf besar ini menunjukkan Taiping Padang Golf pertama terbina di Malaysia ...Padang Golf ini telah di tutup setelah pernah berlaku kemalangan pukulan bola terkena /termasuk kawasan sekolah...Sekolah Kebangsaan Convent Klian Pauh.
Daku...Baru bersarapan roti berinti jagung...dahaga la pulak...nak minum Milo kejap..stop sat...drink first hihi..pekatnya Milo dalam tin ni...Kalau pekat macam ni elok di minum dengan ice cube.. Daku dapat panggilan Shah dan bertolak ke Hospital ambil Shah di tempat dia turun tadi. Daku dapati majlis Sambutan Hari bebangsaan esok diadakan di depan Majlis Bandaran Taiping. Ada beberapa kemah telah didirikan...Semoga yang menjalankan tugas mendapat berkat Illahi. Jika kita bekerja ,niat ja kerana Allah ...Kayalah kita dengan keberkatan...Moga semua sahabatku sentiasa mengingati Allah semasa bertugas...Betapa mudah nya mengaut keuntungan daripada Kekayaan Allah ini ...MaasyaaAllah...Tabarakallah..InsyaaAllah ...Aamiin. Semoga yang bertugas di mana2 mendapat Restu Allah dan KeberkatanNya jua ...
Kami balik ikut Jalan Batu Kurau...Atas Gunung..Air terjun...Nampak indah...Anugerah Allah...
Sekian.
Assalamualaikum...
Daku tiba2 teringat kepada mak dan pak. Daku anak mak yang mak pernah bawa pergi ke sekolah seawal 6 tahun.
Daku dah boleh baca masa tu. Mak letakku di belakang kelas. Mak sediakan kerusi dan meja macam kawan2 lain. Masa tu mak mengajar di Sekolah Kebangsaan Temelong. Mak bukan naik kereta, motosikal pon tidak, tapi mak hanya naik basikal kesekolah. Mak berbasikal kesekolah bersama dengan Ustazah Masitah. Pagi2 mak akan menghuli roti canai 1 kilo tinggalkan kepada anak2 mak. Mak tak pernah biarkan anak2 mak lapar meskipon dlm kesibukan mak rushing nak ke sekolah.Mak anak ramai. Kesian mak. Kami dapat melihat kesusahan mak 'shruggle' cari duit dari kami kecil lagi. Apabila mak nak pergi ke majlis kenduri, mak masak siap2 gulai ayam kegemaran anak2. Mak memang tak suka anak2 mak yang kecil2 ikut mak dan mengganggu majlis orang lain. Hebat mak!.
Masa daku mengajar dulu ada Guru Besar bawa anaknya 6 tahun ke kelas daku. Anak GB itu hingga pandai membaca dan mengira . Arwah dah GB tu. Daku belajar prinsip mak, letak meja dan kerusi di belakang dan keutamaan tetap murid2 ku supaya tidak terlibat dengan salah guna masa mengajar. Takut berdosa. InsyaAllah murid 6 tahun tu tetap dapat juga layanan. Setiap kali Gb ni beri ceramah di luar asyik ceritakan anaknya bijak, anak didik Cik Gu Noraini. Mak jugak mentor ku ...hah ha ...cara mengajar tulisan pada murid Tahun satu...mula2 ajar mereka buat bulatan terlebih dahulu, kemudian huruf c....bulatan tak bersambung di sebelah kanan....dan a huruf terjadi dari huruf c tersebut dengan menutup bulatan dengan garisan di hadapan c...Mak! mak! ..praktikal betul mak....Cuma Eni yang tahu orang lain tak tahu...Sebab dalam 12 orang anak mak, Eni sorang Guru.
Kami tak kaya. Kami keluarga besar. Masa ni Pak dah bersara. Pak bersara awal sebagaimana daku. Hi hi...Sebenarnya daku yang ikut Pak bersara awal sebab sakit. Pak Bersara Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gelok (Ambil Options jugak macamku) Pak seorang yang rajin dan Kreatif. Pada masa kami kecil kami hanya menggunakan telaga sahaja. Sumber air dari alam yang bersih kami gunakan...Masa ni Masih lampu minyak tanah. Jika orang2 bandar mereka dah menggunakan pair air dan lampu elektrik.. tapi tidak kami masa kecil. Kami pernah merasa susah mengangkut air, membeli manyak tanah, dan memasang lampu Gaslin. Anak2 kami semuanya hanya dengar sahaja cerita tetapi mereka tidak tahu bagaimana lampu gaslin dipasang. Bersumbukan kain, letak minyak spirit ianya terbakar dan tabung yang telah di isi dengan minyak tanah itu di pum berkali2 menghasilkan gas...,maka lantas ia akan menyala menjadi lampu yang terang benderang seperti lampu elektrik. Inipon dikira teknologi jugak sebenarnya. Kami tetap bersyukur Ya Rabb.
Mak dan Pak sangat partikular dalam menyediakan air minuman mereka. Mak pak mesti ada dua telaga di rumah ini. Satu "telaga minum" kami panggil dan satu lagi "telaga mandi." Anak2 kami mana tahu semua ni. Telaga minum bersih tak boleh mandi disini. Mak sangat geli bila telaga bercampur. Maksudnya minum dan mandi bersama. Telaga minum Pak kami yang kreatif tu, jadikan air yang disaring dengan mengunakan pasir yang berbagai gred. Dari yang kasar sehinggalah yang sehalus2nya. Pak buatkan takungan penapis air ini tinggi dan ada ruang seorang lagi berdiri di tingkat atas. Apabila seorang mencebok air dari dalam telaga maka pass air itu kepada mereka yg berdiri di atas. Hihi , ini untuk kami yang masih kecik, maksudku pendek tidak tinggi lagi...tetapi jika anak yang dah dewasa, bersaorangan pon boleh timba dan takung air sendiri, pada tapisan yg pak sediakan. Canggih teknologi pak masa tu. Air tu Pak alirkan terus ketempayan Besar di dapur buat air minuman. Pak..Pak... Kreatif betul pak...
Pak adalah Guru Intake pertama di SITC. "Sultan Idris Teknical Colleage" Pak sebenarnya menjalani Latihan Di Kolej Perguruan Melayu di Matang pada ketika itu. Kolej di Matang di tutup dan bertukar ke Tanjung Malim, Sekarang Universiti Perguruan Sultan Isris. Masa intake pertama tu , Pengetua Colleage adalah " OT Dossec" Pengetuanya Seorang Inggeris didatangkan dari luar negeri . Pak Pulak dari muda pemain Bola Sepak yang hebat. Kawan2 Pak kata, pak adalah" Sriker" bola sepak. Hebatnya Pak, waktu itu , Tentera British dari Singapore datang ambil Pak sebagai "Pemain import mereka" Mana sangka zaman pak pon dah ada pemain import. hihi... Pernah satu hari Cikguku, Cikgu Zakaria yang mengajar matematikku berkata " Pak dia sepak bola sampai pecah" hi hi... Pak memang pemain bola hebat macam Mokhtar Dahari.hihi senenarnya Mokhtar dari yg macam pak.
Masa daku di SK Lenggong, ramai2 bersembang masa rehat , Cikgu Jabbar kata pada ku. Noraini apok kamu, (cikgu ni orang hilir perak,loghat peraknya amat pekat) " Saya dengo cheghita apok kamu dulu beli keghete koyok kegheteh, Pak Ayouh ceghite kat saya." Koyok kegheteh tu " Koyak kertas"bawa maksud' Kereta Baru" Katanya orang pertama ada kereta baru disini. Banyak yg daku ingat hanyalah masa mata pak dah rabun, masa pak dah tak boleh drive lagi...Usia mak dengan Pak adalah 20 tahun jarak masa. Jauh sangat jarak usia mak dengan pak. Macam Siti Norhaliza dan Datok K, Mak anak yatim, kawin mak pon dipaksa oleh waris mak...Kesian mak. Mak anak orang kaya kat Gelok. Ayah mak sangat kaya. Orang yang pertama ada peti nyanyi Zaman dulu2 dirumahnya. Tempat orang2 kampong ,jika nak dengar lagu, mereka pergi dengar rumah mak. Bila emak mak meninggal mak di bela oleh ayah mak dan mak pulah kehilangan ayah selepas tu, Mak 3 beradik pon dipelihara oleh waris mereka. Kesian dengar cerita mak yang lagi lagi...
cukup dulu kenangan mak dan pakku...akan ku sambung lagi...
Wassallam.
Mari kita jadi orang beriman yang sentiasa Berwuduk dan Sentiasa Menjaga wuduk.
Assalamualaikum...
Pernahkah kau lihat kalimah ni di mana2?
"Hi! I am still in this world"
Pernahkah kau lihat kalimah ini dalam emailmu 25 tahun dulu?
Kalau tak pernah tak mengapa kerana Allah yang Maha Menutup...Dia akan tutup jika itu tidak
penting bagi kita.
Ya Allah...Aku Redho, Ya Allah. Jadikanlah setiap yang tersurat menambahkan lagi Redhoku
terhadapMu ya Allah...Ya Allah permudahkan urusanku Ya Allah.
Aamiin Ya Rabbal alamin...
"Rindu padaMu terlantun duka nestapaku"
"Rindu padamu membuat aku tersiksa"
Ya Allah sejahterkanlah daku dan Redhokanlah daku terhadap ketentuanMu dan Dikau sejahterakanlah orang yang aku sayang dan selamatkanlah mereka dan Redhokanlah mereka atas KetentuanMu jua... Aamiin.
Bertolak pukul 730 pagi. Tenang dan nyaman udara pagi. Daku solat dhuha atas kereta. Dan solat sunat musafir. Biasanya orang buat di rumah. Lupa pulak nak tanya ustaz boleh ke tak...hihi...Rasa macam boleh sebab solat sunat...Daku teringat cerita Tuan Guru Nik Aziz...Orang drive kereta dia, dia minta " Ana Imam dan anta makmum." Terus angkat takbir dan solat semasa teman makmunnya tu drive. Manurut sedara mara beliau, seharipon beliau tak pernah tinggalkan tahajjud meskipon beliau sedang sakit...Hebat sungguh beliau bagiku...
Sampai Taiping kami pergi makan di Jalan Tamingsari...Di situ letaknya PPD Taiping. Bersebelahan dengan tepi pagar Hospital Taiping. Masa daku kerja dulu daku tak perasan ada tak Medan Selera ni ...rasanya macam tak ada ja. Kecil ja. Mereka perlu upgrade lagi sebab tahun ni Tahun Melawat Perak...hihi. Kalo dulu Syah tak gemar masuk...sekarang mata Shah rabun..."No...Okey ni No "... Majlis Perbandaran Taiping perlu upgrade lagi tak pon mereka sedang upgrade tempat ni kot...Shah nak ke toilet...Syah kata toilet nya tak sesuai untuk perempuan..."Something wrong some where" la tu, rasaku.....hihi....MPT tak perasan kot... Daku tengok ada tertulis "Laman Taming Sari". Daku nampak ada laluan baru di tepi pagar hingga ke entrance hospital..Yes ini mesti dlm proses menaik taraf kawasan ni...Ya kot.. Kami belum breakfast lagi tika tu. Daku lihat tak ada lalat...ok ja..Kami makan nasi lemak letak sambal paru, sambal lemak udang, sayur kangkung dan sedikit sambal tumis . Shah pulak menu yang sama dgn ku ,tapi ditambah dengan gulai rempah ikan bersama 2 biji kacang bendi di dalamnya. Order air, daku air kosong dan Shah sirap harga RM21.00...Wow ! not bad... Kira macam murah juga banyak dan sedap. Daku tak pernah makan sini. Nampak macam orang2 pejabat PPD Taiping,yang ramai.
Shah turun di depan hospital dan daku ambil alih, drive... Daku terus ke Lake Garden Taiping. Rehat di situ dan pergi toiletnya. Biasanya toiletnya tak ada bau...Tapi hari ni ada bau sikit. Daku biasa dah, simbah air bersih2 dahulu sebelum buang air...Dah bersih dah, lihat lantainya, tapi hari ni daku masih rasa ada bau. Hari ni mereka daku beri C sepatutnya daku beri D...tapi rasa kesian la pulak...hihi. Sebab nampak bersih...tapi ada bau. Dewasa 50 sen...Daku biasa beri duit sekeping seringgit sedekah 50sen.. Sekali ni daku rasa was2 dengan kebersihannya, rasa takut ada percikan makanya perlulah balik cepat untuk solat di rumah... Daku balik, daku mandi dulu ,baru daku solat.
Lama di dalam kereta dapat wsapapp dari adikku Maznah tentang "Selawat Ibrahimiah" Haa...Elok sangat lah, daku buka selawat tu...dan Berselawat. Ingat nak sambung baca Suratul Kahfi..supaya balik karang tak yah dah baca...hihi tak jadi...Selawat je. Selawat Hari Jumaat....Rasulullah menggalakkan kita banyak berselawat pada hari Jumaat...
Tepat 12 45. call Shah tak dapat2, daku terus drive balik ke Hospital...Biasanya daku parking di luar pagar Hospital...Parking kat sini susah sangat. Itu sebab kalau dtg ke Hospitalnya kena ada yg drive bawa kereta parking di mana2. Bersembang dengan adikku dia ingatkanku, baca ..."Rabbi yaa sir Wala tu aa sir" Ya Allah permudahkan lah jangan disusahkan... Alhamdulillah biasanya jika daku baca ayat ni parking senang ja dapat....InsyaaAllah. Syukur Yaa Rabb. Allah tolong daku. Harini banyak sangat kereta...ooo baru daku ingat ...bahawa hari ni hari Jumaat , orang nak balik solat Jumaat. Patut banyak kereta...Tapi dilapangkan Allah daku dapat parking.. Syukur Alhamdulillah.
Tepat pukul 1.30 baru Shah Call...Dia dalam rawatan selama 3 jam..Doktor spray ubat dlm mata ...observe...rehat dulu ,,,sampai 3 kali baru selesai...Tak perlu operate lagi ...Doktor suruh tunggu lagi satu tahun...Ok Daku nak ambil dia di tempat diturunkan tadi..Kami terus balik. Hari ni Solat Dzuhur dirumah. Selesai.....Ambik lena sikit...Letih sangat daku sebab lama dah tak drive. Daku drive dari Taiping hingga ke Stesyen Petronas Padang Rengas. Pekan Padang Rengas...Kecewa sangat..Usangnya tak terkira. Macam Pekan Lenggong Tahun 68... ha ha ha ... Ni pekan Nazri...Dia calon kat sini bertahun2 , dulu...Tu sbb Mahadir kata kat dia...'Apa la pekan ni........"tak yah panjangkan cerita ...Berdosa Eni... haha ...Wow dia sekarang dah jadi Duta, sahabat baik Anuar ni...Ni la pekan tinggalan dia...Kesian orang Padang Rengas.
Shahhhh...banyaklah bersyukur kerana masih ada peluang mata tu tak perlu dioperate lagi...Jika kita bersyukur nescaya Allah tambah lagi dan lagi...Aamiin Aamiin...Aamiin...Ya Rabb
Alhamdulillah ala kullihal...Aamiin
Tah!!..Kak kesian Eni! Bila Kak suruh dia kahwin dengan pilihan Kak, Dia ikut ,Tapi dia tak bahagia. , Bila Kak Suruh jadi Cikgu dia ikut...Walau dia tak minat... "Kak rasa bersalah pada dia" Itulah bicara Mak dengan bekas rakan sekerjanya dulu ,Arwah Ustazah Masitah yang telah menjadi rakan sekerjaku pula...Kak tahu dia tak minat jadi Guru. Masa panggilan interview dia balik dari KL untuk interview Guru di Ipoh. Pada masa tu dia tertinggal Sijil2 dia di KL sedangkan esok pagi pukul 9.00 interview. Dia kata kat Kak " Mak! dah tak ada rezeki la tu, tu sebab tertinggal Sijil tu." Kak kata..."Laaa tak boleh kata macam tu ..kita kena usaha." Tak pa lah mak, Eni pon bukan minat sangat jadi Guru. Laa kena usaha...hahaha Mak telefon Abang Manaf kat Ipoh...
Manap! Hang tolong bawa Eni balik gi KL mlm ni jugak sebab dia tertinggal sijil dia di sana. "Laa... macam mana jadi macam tu...Balik nak interview? " Mak nak jugak hang tolong dia. Mak tahu dia tak berapa minat Guru. Hang balik Lenggong ambik Eni, bawa gi KL ambik Sijil2 dia. Daku tak mo mak susahkan abang Manap... "Mak... dah tak dak rezeki dah tu". Daku ulang2 kata2 tu...
Abang Manaf balik ,senang ja dia, apa kata Mak terus dtg...Ok jom Cepat...Pukul 10mlm, bertolak KL sampai KL ambil Sijil2 ku dan bertolak balik terus ke Ipoh pukul 4.00 pagi kami sampai. Tak sempat tidur lama mana dah kena gi Interview... Di sebuah sekolah di Ipoh...Dah lupa dah daku sekolahnya. Abang Manap komplin ku lagi..."Eni hang ni, Abg Manap tengok tak sturdy apa pon... Tengok orang2 lain semua baca buku" Ha ha ha aku senyum ja...
Hihi...Abang Manap! ...Kalo ada rezeki dapat la...Kalo tak , tak laa...Budak2 lain semua masih muda lagi lepasan SPM dan STPM..daku masa tu agak tua sikit ,sebab dah pernah kerja. Ha ha sebab tu tak takut sangat sebab dah kerja...daku dah selesa kerja kerani dah masa tu...kerja di bawah bos yg mude2 dan baik pulak tu...paling baik, Mr Tan Swee Yong, selalu bagi aku kalender cantik2 bila ada meeting dgn delegasi dari Jepun..dia jugak pick karangan bunga2 hidup beri padaku lepas meeting selesai. Daku suka sangat...banyak gambar 4 musim yg daku dapat...marah orang lain...Masa ni aku mude, banyak yang datang melamar,daku tolak semuanya termasuk pupu2ku dan kenalan kepada sedara2ku...daku tak mau...tertutup hatiku...
Sehingga, tibalah satu masa aku mendapat panggilan daripada Maktab...hihi kena pegi jugak sbb mak nak sangat daku jadi Cikgu...mak...mak...akhirnya Eni jadi Guru dalam keterpaksaan...Minat mula bercambah beransur2...Sebenarnya daku dapat Hidayah dari Allah bilamana Ustaz Ali bagi ceramah bahawa Rasulullah pernah berkata bahawa Baginda adalah seorang Guru...Daku pegang itu dan tak lepas2 lagi dah.
Banyak lagi ceritaku...
Mak...Eni jugak buat rumah di tapak yang mak tunjukkan berkali2 itu ..Walaupon pada masa mak ulang2 suruh tu, Eni hanya gelak dlm hati.."mak ni!.... tak kan org nak buat rumah di sini " hihi...berkat doa makku...Daku buat rumah untuk jadikan "Rumah Bila Bercuti" tapi dah jadi tempat aku menginap sekarang...Besarnya doa ibu terhadapku...Daku jual rumah yang ku beli di Taman Jana Setia Taiping..Ha ha Rumah tu besar dan selesa. Daku orang pertama tinggal di Taman tu. Lengkap semuanya , tepi pagar Sekolah Taman Jana Sekolah ketigaku...Sekolah ni terima Guru2 yang terpilih sahaja masa tu. Sekolah Baru. Syukur....Daku diterima ngajar disekolah tu... hehe bila dah lama berpindah dan meninggalkan rumah tu ....daku dah tak minat nak tinggal di situ lagi...Selepas pencen, daku pindah di Teratak Kecilku Di Kampong Pechah Batu yang ku panggil " Hill View Jalan Pechah Batu"...Dapat jugak, tok nenekku pahala bila daku beribadat diatas tanah mereka tinggalkan.Syukur ya Rabb. Daku tanam pokok buah2an apa yang patut, meskipon dimakan haiwan pahala tetap mengalir kepada mereka juga.Aamiin! Aamiin! Aamiin! Ya Rabb.
Sebelum tu, masa mengajar di Sek Keb. Lenggong daku juga ada beli rumah di Taman Meor di tengah2 pekan Lenggong bersebelahan rumah Halim kawan sekelasku seorang polis. Rumah ini dibina oleh Pemaju yang membina rumah di Taman Bukit Raja Lenggong. Sama dapat CFnya... Daku jual juga rumah ini kepada En. Ismail Perancang Bandar yang bekerja di Majlis Daerah pada ketika itu. Masa tu daku dah berpindah ke Taiping. Anak ku Anis, memang lebih mengenali Taiping daripada Lenggong kerana masa membesar... dia di sana...
Assalamualaikum...Semoga sahabat semua sejahtera...Aamiin...
Tamat dulu ceritaku...
Continue:
Teringat jugak ku masa kami tinggal di Jalan Pechah Batu ini kami letakkan alamat kami, Quarry Road Lenggong...Semua surat2 sampai macam biasa ,dengan selamat...hihi...Bijak sungguh Postman Zaman dulu2...
Salam...
Assalamualaikum,
Moga sihat selalu sahabatku.
Waw... dengan siapa sahaja dikau share segala ceritamu.
Daku tak marah, tapi mari kita share dengan Allah agar Allah permudahkan segala urusan kita kerana
semuanya adalah atas ketentuan Allah...Allah jua Pemakbul Doa kita...Aamiin
Daku share dengan Allah sahaja. Moga Allah menjadi pembela kita dan pemakbul doa kita.
Innalillahhiwainnailaihiraajiuun.
Alhamdulillah ala kullihal.
MaasyaaAllah ...
Tabarakallah.