Isnin, 31 Julai 2023

Siapakah Saad Bin Muadz?

Siapakah Saad bin Muadz.

Susuk tubuh hebat yang dipuji oleh Rasullullah...

Mengapa beliau hebat sangat?

Beliau jugak tetap mendapat himpitan kubur... 

Seringan ringan2 himpitan kubur adalah terhadap Saad bin Muadz.

Beliau adalah Ketua suku kaum Bani Al Ashhal yang berada di Yathrib, sekarang Madinah

Nabi hantar Musaad bin Umair,anak tunggal orang yg paling kaya yg masuk islam yang meninggalkan

 kekayaan ibunya, hijrah ke Madinah Yathrib ketika itu, untuk berdakwah.


Pada masa itu Saad Bin Muadz, Ketua suku kaum Bani Al Ashhal hantar orang kanannya berjumpa

 Musaad bin Umai.  Pada ketika itu  yang menjadi pengikut Musaad adalah sepupu kepada Saad bin

 Muadz  yang bernama...Asaa'd bin Zurarah. (telah masuk Islam)


Saat bin Muadz hantar orang kanannya Hussain supaya bertanya apa yang dia mahu datang ke

 sini...Maka pergi Hussain sampai depan Musaad bin Umair...Musadd yg mempunyai gigi yang jarang

 bila dia berbicara ternampak kejujuran keluar di celah2 giginya...memang tepat orang yang di hantar

 Rasullullah.   Musaad menjawab dengan penuh teratur dan bernas menjadikan orang kanan Saad bin

 Muadz, Hussain (terpegun dan berkata kalau saya hendak masuk islam bagaimana?  Satu sessi sahaja

 mereka masuk islam. Dengan mudah beliau berkata mandi pakai baju bersih , ambil  shahadah dan

 solat 2 rakaat. 


Seterusnya  Saad bin Muadz pergi sendiri berjumpa Mussad bin Umair dan kejadan berlaku seperti 

 biasa..Masuk islam seperti orang suruhannya dalam satu sessi perjumpaan sahaja.  Beliau balik kepada

 kaumnya dan keseluruhan kaumnya masuk Islam tanpa tersisa seorang pun...MaasyaaAllah.  Ini lah

 susuk tubuh yang menjadi kesayangan Rasullullah sehinggaklan pada satu kisah Rasullullah di

 hadiahkan sehelai Jubah Sutera. yang cantik di sentuh2 dan di puji oleh semua, dan Rasulullah berkata

  Kain Sutera tidak boleh dipakai oleh lelaki , nabi lantas berkata "Sapu tangan Saad bin Muadz di

 syurga lebih baik daripada Jubah Sutera ini"  Betapa Nabi sangat sayangkan  Saad bin Muadz sehingga

 membandingkan sapu tangan Saad bin Muadz  dengan jubah sutera yang di kagumi tersebut.


Kitab petikan Bahrul Al-Madzi karya Ustaz Idris Al Marbawi, yang mendapat Tokoh Maal Hijrah

yang Pertama.  Kitab beliau ini berjumlah 22 Jilid .   Pusara beliau terletak di Kampong Lubuk

 Merbau, Kuala Kangsar Perak.


Selamat Membaca...Moga dalam Rahmat Allah ...Aamiin.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan