Ahad, 30 Julai 2023

Berdamai lagi dituntut.

 Jika dikau tahu cerita sebenarnya dikau tidak sanggup mendendami dan memarahi daku sahabat. Daku bertolak ke Kuala Lumpur.  Tinggal sementara di rumah kakak saudaraku.  Masih ingat lagi, pada masa tu tak banyak bangunan menckar langit.  Dayabumi ,Bangunan UMBC , Bank Negara dan Kompleks Pejabat2 Kerajaan di Jalan Duta Kualaa Lumpur ,dan beberapa lagi...Kami ramai2 ditempatkan di Bangunan UMBC, di bilik mesyuaratnya.  Kami, rasanya hampir 30 orang jumlahnya. Tiga hari disitu hanya bersembang sahaja.  Belum tahu samaada di tempatkan di Shah Alam atau di Jalan Duta.

Susah  juga ketika tu sebab tak tahu jalan..Hihi! Li,adik saudara ku tunjuk pada hari pertama nak naik bas apa.  Dan hari kedua dia tunjukkan  sekali lagi dimana senang dapatkan bas dan seterusnya...Daku dah paham...Daku telah di tempatkan di Kompleks Pejabat2 Kerajaan , Pembendaharaan Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Seksi Pelaburan Kementerian Kewangan, Tingkat 7. 

Setelah beberapa bulan bekerja disitu daku dan beberapa teman2 baru telah diminta menjalani Peperiksaan Am Kerajaan...Kami  menjalani peperiksaan di Dewan Tengku Chanselor Universiti Malaya KL.  Masa ni kakakku masih belajar disini.   Masuk kedewan ni daku teringat kepada seseorang yang daku wajib kena lupa.  Rupa2nya sukar untuk melupakan, samaada peristiwa itu manis atau pahit. 'Ya Allah daku sedih!...Bantulah daku.!'  Selesai...keluar dgn rasa syukur... daku yakin lulus ketiga2 paper. Balik kerumah selang beberapa hari daku dapat surat dari sahabat baikku...Dia beritahuku bahawa Azizah telah menjadi isteri.  Pada tarikh aku menjalani peperiksaan Jabatan.  Betul apa yang aku dengar dulu dia telah bertunang...Aku banyak dengar ceritamu dari kawan2" Daku maafkan dikau , Daku doakan dikau bahagia. Dikau jugak perlu maafkan daku...Doakan daku jugak...

Daku ada masaalah lupa mati.  Memang salah ku ,daku tahu sebabnya... daku berdoa dan kadang2 solat hajat mintak daku lupa "kenangan semalam"  Tapi malang nya lupaan itu menjadi serius terhadap ku.   Daku terlupa macam2.  Kata bosku "hai anak dara ni... muda2 lagi dah lupa !dia ketawakan daku...Adoi.  

Semasa balik dari pejabat ,daku take action. Daku singgah di "Flat Cho Cheng Kay" Oppesite Wisma Putra...Daku Tinggal di situ. Tepi Dewan Bahasa Dan Pustaka. Di bawah flat itu ada kedai Sin Seh Cina.  Daku beli Vitamin untuk memulihkan ingatan.   Balik, daku ambil vitamin tersebut.  Nak pergi kerja daku telan juga.   Tak sangka masa nak balik sampai di Bas Stand Kelang.. daku tahan Teksi ...tapi daku dah hampir jatuh.  Daku peluk tiang pagar kat bas stand Kelang.  Nasib baik tak jatuh...Seorang Kakak  dengan suaminya cepat2 menghampiriku..." Adik nak balik mana?"  Daku kata "Dewan Bahasa , Jalan Wismaputra!."   "Tak apa akak tolong adik..." Baiknya akak ni... MaasyaAllah ...Allah hantar utusan untuk tolong daku, daku tahu itu semua tentu doa dari ibuku di kampong.  Syukur Ya Allah.   Sampai di tepi rumah  teksi berhenti dan kakak tu offer nak hantar tapi daku kata daku boleh jalan. "   Daku hulurkan duit tapi kakak itu tak mahu terima.Daku ucap terima kasih dan daku sertai doa untuk mereka berdua.  Jasa mereka tak dapat ku balas kerana daku tak mengenali mereka..Selamat daku dari musibah besar.  Syukur sekali lagi Ya Rabb...

 Terus menerus solat hajat..Moga dapat Guru sebab emakku suka sangat daku jadi guru... Tiada seorang pon dpd 12 beradik kami mahu jadi guru.  "Mak Pak, Guru" tapi....Kami semua tidak berminat ..Daku, kesian mak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan