Sumber Facebook.com
Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-
1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.
2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.
3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.
.
► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)
Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas
adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak
perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah
mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut,
sebagai contoh:-
Jika kita segera menyahut dan mendekati dia
ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan
segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita
memanggilnya.
Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya
sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau
mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.
Di saat kita
berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang
besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia
juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat
kesilapan kepadanya.
Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan
anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan
membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan
bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja,
maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.
► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)
Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia
akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai
larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai
untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.
Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun
dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan
hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu
tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu
yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang
hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang
diwajibkan atau dilarang, seperti :-
1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman
(hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada
usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti
tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.
Walau bagaimanapun, layanan
terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak
mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan
tersendiri).
► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)
Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki
usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita
sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh
Saidina Ali bin Abi Thalib.
Ini adalah masa yang baik untuk
bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah
seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.
Perlu diberitahu
tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan
mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan
ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para
ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita
bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku
amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan
dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya
mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu
bapa.
Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu
disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu
anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting
di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan
mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan
kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.
Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih
berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita
ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar
supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas,
bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Contoh tanggungjawab yang
harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk
membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan
oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan
kewangan sendiri.
Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
.
"Ya Rabbku, berilah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik.
Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa." (Al-Quran, Ali Imran:
38).
******
Sumber: FP Alhabib Quraisy Baharun
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
NTAHLAH KENAPA...
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA, AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan