Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:
1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah
rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan
“Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara
berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke
peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan
menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan
dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak
mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah
dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama
20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan
generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di
“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah
setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam
bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar
adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan”
yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada
ujian bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan
tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone
sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa
setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan
sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam
satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa,
dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan