Jumaat, 11 Mac 2016

Nabi kita Bakal Ketua Makhlok Sedunia (Sedih Sejak Kecil)



Sedih Sejak Kecil | Ustaz Wadi Annuar 

Dengar ustaz ni cerita....sedihnya hidup nabi...

 Abdullah ayahanda Nabi kita adalah anak yang paling di sayangi oleh Abdul Mutallib. Mengapa ? cantik pekertinya...Tok Wan Nabi (Abdul Mutalib) menyayangi cucunya anak kepada anak kesayangannya.  Nabi tinggal dgn datoknya setelah ibunya meninggal pada usia 6 tahun.  Abdul Mutallib memelihara Rasullullah  pada usia itu.  Nabi kita matang sejak kecil. 

 Umur 8 tahun Tok Wan Nabi meninggal.  Abdul Mutalib berpesan jaga baik2 cucunya ini dan diserahkan kepada Abu Talib untuk menjaganya.  Abu Talib jaga Nabi umur 8 tahun...tinggal dengan anak2 Abu Talib....Saidina Ali kecil lagi dan yang lain2.  Mereka, Abu Talib dan Nabi kita, adalah anak sedara seibu seayah.

Nabi tinggal dlam keluarga Abu Talib...Abu Talib bukan orang senang....Nabi terlatih tidak bergantung harap kepada orang.  Bila Abu Talib meninggal Nabi telah bermula berdikari.  Dia terbentuk dengan panduan Allah.

Bila masa makan Nabi kita orang yang terakhir  menghampiri talam makanan.  Abu Talib merasai keberkatan Rasullullah daripada umurnya satu hari lagi.

Semua orang kampung tahu keberkatan dpd budak ini.  Abu Talib tidak membenarkan sesiapapun menyentuh makanan sebelum Nabi menyentuh makanan.  Apabila telah nabi sentuh makanan, makanan akan menjadi berkat. 

Rasulullah mengambil upah memelihara kambing.  Beliau memahami, beliau berdikari, dengan pengalaman nabi bersama kambing Bani Saat pada ketika itu, Nabi dah faham meskipun baru bermur 8 tahun.

"Aku mendapat beberapa Qirat hasil dari pengembalaan" Itu yg pernah Nabi kita ungkapkan...

Abu Talib pergi berniaga di perjalanan musim sejuk dan musim panas. 

Pada Umur 9 tahun...Nabi kita mengikut Abu Talib untuk berdagang. 

Perjalanan musim sejuk mereka ke Yaman dan perjalanan musim panas mereka akan ke Syria (Syam)   Abu Talib berkata Syam itu sangat jauh...berhenti di wadi...perhentian mereka (bukit, air bertakung) Nabi menangis bila Abu Talib tidak benarkannya ikut tetapi nabi menangis nak bantu bapak saudaranya,

Abu Talib faham Nabi menangis  memang  ingin menolong. Kali ini tidak sampai kerana mereka sampai ke Busra, Seria.ketika itu Bukhaira berada di gereja, ada penempatan, ada hamman-bilik mandi, siapa yang hendak buang air mesti di padang pasir jauh.

Kemudian Nabi sampai Mekah,Madinah ,Seria, 20 jam lebih...mereka sampai Busra.

Bukhairo (Pendeta)...Dia melihat dari jauh...dia melihat kelainan kumpulan yg dtg pada kali ini dan mengarahkan pekerjanya masak dalam jumlah yg banyak...Pekerjanya memasak dalam jumlah yg banyak...Dia menunggu...rombongan sampai dia panggil, singgah di sini kami nak jamu makan...

Masuk sahaja pendeta itu perhatikan seorang demi seorang, Buhkairo yg khatam kitab Taurat dan Injil, mereka lebih mengenali Muhammad daripada anak2 mereka sendiri.

Sekali pandang sahaja mereka telah mengenali  Rasul akhir zaman.  

Nasrani dan Yahudi. Mereka mengingkarinya...

Belum masuk semua lagi...masih ada yg belum masuk...Bukhairo suruh panggil budak yg di suruh menunggu barang...Bukhairo lihat Khatamul Nubuwah...Penutup Segala Nabi...

Abu Talib mengakui budak ini tiada ayah dan penutup segala rasul tiada ayah menurut Buhairo.

Bukhoira kata dia penutup segala Rasul. "Wahai Abu Talib, bawa budak ini balik jangan sampai orang Yahudi berjumpa kerana mereka akan membunuhnya"  





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...