Khamis, 4 Januari 2024

Ayah of the day





 

Air mineral bersilika dan manfaatnya

 


Air Mineral Je Pun, Boleh Cantikkan Kulit? Itulah Powernya Silika! Ini Patut Korang Tahu!

Sejak pandemik melanda, kita semakin prihatin dengan penjagaan kesihatan diri. Semua orang lebih lebih teliti dari segi pilihan makanan serta gaya hidup, yalah,masa sihat ni kenalah jaga betul-betul. Dah sakit nanti apa pun tak berguna lagi.

Sekarang ni, rakyat Malaysia dah mula membaca label nutrisi pada pek makanan. Kepentingan zat-zat seperti karbohidrat, serat, kalsium, protein, Omega-3, lemak dan sebagainya semakin difahami.

Untuk air yang diminum 8 gelas sehari bagi kekal terhidrasi, ramai yang sangka, air hanya sekadar air semata. Pernah tak korang dengar zat silika dalam air minuman yang mempunyai banyak kebaikan untuk badan?

Apa itu silika?

Silika secara semulajadinya ditemui dalam bentuk kristal boleh didapati dalam makanan dan air yang boleh diserap oleh badan. Salah satunya adalah air mineral semulajadi selain sayuran, buah dan banyak lagi.

Silika bantu badan lebih sihat

Silika ini adalah bahan penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan silika yang cukup boleh membuatkan rambut bersinar, kulit lebih anjal dan kuku yang kuat. Badan yang mendapat silika yang cukup akan memastikan kolagen juga tidak bermasalah dihasilkan. Hasilnya tulang, sendi, ligamen dan tendon berfungsi dengan optimum. Kuranglah kemungkinan sakit sendi bila menginjak usia nanti.😅

Kebaikan untuk sistem dalaman badan

 Memang tak dinafikan minum air yang cukup mampu menjadikan kulit kekal sihat dan lembap.

Tapi tahu tak ada satu kandungan mineral semula jadi yang sangat penting buatkan kulit korang lebih sihat dan anjal? Haa mineral ni digelar sebagai silika!

Kalau korang nak tahu Spritzer adalah air mineral yang tinggi dan kaya dengan silika tau!

Bayangkan satu liter Spritzer ada 60mg mineral silika! Tinggi kan? Bertuah orang Malaysia dapat minum air tinggi silika, ni tak perlu cari mahal-mahal!

#1 Sangat Bagus Untuk Keanjalan Kulit, Rambut Lebat & Kuku Yang Sihat! 

Seperti yang korang tahu, kolagen sangat penting untuk menjadikan kulit, rambut dan kuku kita sihat. Jadi dengan silika ni, ia akan membantu proses membina kolagen dalam badan secara semula jadi.

Apabila silika mengawal elastin bersama-sama dengan kolagen, keanjalan kulit akan bertambah baik dan sihat, sekali gus menjadikan kulit lebih lembut dan berseri. Bagus kan?

Selain itu, silika juga berupaya mempercepatkan pertumbuhan rambut yang lebih lebat, berkilat dan sihat.

Bukan itu saja, silika turut memudahkan nutrien diserap ke dasar kuku, sekali gus menguatkan dan juga mempercepatkan pertumbuhan kuku.

#2 Bagus Untuk Kesihatan Tubuh & Mengurangkan Risiko …. 

Kita tahu silika ni menggalakkan pengeluaran kolagen. Tapi tahu tak kolagen juga adalah nutrien penting untuk tulang, sendi, ligamen, tendon dan rawan?

Jadi dengan jumlah pengambilan silika dan kalsium yang betul, korang akan merasai manfaat tulang yang lebih sihat dan kuat!

Selain itu, apa yang bagusnya tentang silika, jika diambil secara konsisten ia mampu mengurangkan aluminium yang berlebihan yang menjadi punca Alzheimer. 😱

#3 Usus Lebih Sihat, Imun Pun Kuat 💪

Satu perkara yang mungkin korang tak tahu, silika ni juga membina dan mengekalkan saluran penghadaman supaya usus mendapat nutrien yang diperlukan untuk menyuburkan sel-sel imun kita. Kesannya, sistem penghadaman dapat dipertingkatkan secara menyeluruh.

Selain itu, silika sangat penting untuk mempertahankan sistem kardiovaskular kita tau!

Spritzer Kaya Dengan Silika! Jadi Pilihan Utama

Minum air yang mencukupi memang dah menjadi rutin harian kita. Namun, untuk air yang lebih berkualiti pilih lah air yang kaya dengan mineral silika.

Tak semua air kaya dengan silika tau. Ini Sebab kenapa Spritzer pilihan terbaik 👇

✅Salah satu jenama air mineral di dunia dengan kandungan mineral silika yang tinggi

✅Tulen dan bersih, sumber air terus dari alam semula jadi ke setiap botol

✅Pengiktirafan International Superior Taste Award

Silica, also known as silicon dioxide, is a natural occurring
mineral that has many health benefits.

Hanya terdapat dari air miniral Spritzer keluaran  Taiping





Rabu, 3 Januari 2024

10 Tanda2 kecil kiamat -Tanda2 kecil kiamat ke 2.

            10 Tanda2 kecil kiamat                                


                     

  2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang buruk, yang

 seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman

mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim                

Doa' selepas Tasyahhud Akhir dan sebelum beri salam


Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim

Daily Inspirations





 

Allah akan bangunkan manusia dlm 10 gulungan

 


Allah akan bangunkan manusia dlm 10 gulungan

Ya Muaz …
Allah akan bangunkan manusia dlm 10 gulungan\

1. Macam kera (penyebar fitnah)

2. Manusia dibangunkan dalam bentuk babi yang kakinya di atas (gulungan yang makan harta
haram) Rasuah,tipu ,putar belit, riba,

3. Mata mereka semuanya buta.( orang yang tidak adil dalam pemerintahan mereka,tidak adil dalam hukuman,zalim dan tidak adil…

4. Keluar dpd mulut lidah sampai mencecah dada menghancurkan lidah2 mereka…mereka itu gulungan ulamak yanmg bercakap hokum agama dan tak jalankan hokum itu…

5 Ada yang pekak dan tuli ( gulungan yang ujub dalam pekerjaan mereka…dialah yang terbaik…
macam burung merak dia sahaja boleh memerintah…ujub…takabbur…

6. Ada lidah mereka terjelir mencecah dada dan keluar nanah bagai air keluar dari pancuran air

7. Yang lain tangan mereka terpotong dan terputus (orang timun tak da kaki tangan…orang yang
dalam hidup suka menyakiti jiran…hatta kalau nak beli umahpun kena tengok jiran dulu
tiap2 kali jibril jumpa aku, dia berpesan tengok jiran, jangan menyakiti jiran…kata nabi bukan
golongan aku orang yang boleh tidur lena jika jiran lapar.

8. Kaki pulak terpotong

9. Lain pula bangun dalam mereka tersula,lain

10. Bau mereka itu amat2 busuk…itu orang yang hidup dalam dunia mahu mengikut nafsu sahwat mereka saja. Orang yang tidak menunaikan zakat.

10 puak ini semua di sebut dalam Al Quran.

" Suami Soleh Mencorak Kebahagiaan Rumah Tangga" - oleh YBhg. Dato' Ust...

Dengar ceramah ini ,teringat daku saat daku menjadi Warden di Asrama RISDA, Grik.  Masa ni kadang2 daku buat semak, cara2 anak2 Pekebun Kecil Getah yang tinggal di Asrama itu mandi wajib..First2 aku bagi ceramah cara2 mandi wajib yang betul.  Hi Hi ada yang daku perlu mintak mereka pergi mandi hadath semula.... MaasyaaAllah mujurnya aku tahu sedikit sebanyak hukum2 Islam sebab mak didik kami dari membangunkan solat hinggalah ke hukum2 lain...Masa anak dara Pak Mak pergi mengaji Hukum rumah Paklong Sarip setiap malam Sabtu rasanya.   Kami mak kerahkan pergi sama...hihi...Kadang2 terlena masa mendengar...Syukur mak.  Masa tu Pak Long Sariplah orang berilmu tinggi ..Cuma beliau tak ambil Tauliah, aja ..Mengajar di rumah sendiri...Alhamdulillah moga Mak dan Pak Sejahtera di sana ..Aamiin.

Mak! mak!..dalam masa kami dah dewasapon, masih mak ambil prehatian lagi.  Mak nak anak lelaki mak ,anak mak dan anak2 menantu mak dengar ceramah, mak Jemput Tuan Guru datang kerumah pada hari Jumaat.  Kami dapat dengar Ceramah Agama di rumah pada hari Jumaat ...Mak bayar Tuan Guru tu...Mana2 orang2 lain nak derma dapat lah sedikit tambahan pada Tuan Guru tersebut...Masa ni daku Tinggal di bawah rumah mak.  Daku akan masakkan masakan makananuntuk menjamu mereka yang hadir mendengar ceramah. Jumat petang selepas Solat Asar.  Syukur ada Majlis Agama jugak di rumah mak dan Pak tu...Sekarang kayu2 rumah itu dah jadi rumah orang lain ...Moga Kayu2 tu mendapat Keberkatan...Kayu2 duit gaji mak dan mak masa muda.   Syukur anak mak dan Pak boleh bawa diri masing2 sudahnya.  Kami 12 beradik, semua dengan haluan masing2. Kami tak lah kaya macam orang lain. Kami orang biasa2 saja.  Syukur Ya Rabb.