Jumaat, 2 Oktober 2026


@GhulamAlDakwah​​Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.
@GhulamAlDakwah​​Apa definisi Iman? - Benar dalam hati, dan dibuktikan oleh kata-kata, disahkan oleh perbuatan - Walaupun dah lengkap 3 unsur, Allah masih perintah bertaqwalah... kena terus beriman & istiqomah
@GhulamAlDakwah​​- Berniat benar, berkata benar, perbuatan sama dalam hati. - Dalam hadis, Permulaan nak masuk syurga, hendaklah kamu berkata benar, kerana berkata benar itu membawa kepada kebaikan.
@GhulamAlDakwah​​- Jaga-jaga kamu berkata dusta, kerana bercakap bohong membawa kepada dusta, kejahatan itu membawa kepada neraka. - Berkata benar permulaan ke Syurga, berkata bohong permulaan ke Neraka
@GhulamAlDakwah​​Surah Al-Ma'idah 5 : Ayat 119
@GhulamAlDakwah​​قَالَ ٱللَّهُ هَـٰذَا يَوْمُ يَنفَعُ ٱلصَّـٰدِقِينَ صِدْقُهُمْ ۚ لَهُمْ جَنَّـٰتٌۭ
@lailahashim1122​​Assalamualaikum ustaz
@GhulamAlDakwah​​تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًۭا ۚ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ ١١٩
@GhulamAlDakwah​​Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka;
@GhulamAlDakwah​​mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".
@GhulamAlDakwah​​Amalan tak semestinya memberi manfaat, yang penting adalah benar - Jujurlah dalam perbuatan, amalan kita kepada Allah... Di depan orang lain, belakang orang lain... di masjid lain, di rumah lain...
@GhulamAlDakwah​​di asrama lain, di rumah lain... jujurlah, sekiranya tidak, sia-sia amalan kita.... Ciri-ciri orang yang benar, surah apa? - Dia beriman - Tidak ragu-ragu
@GhulamAlDakwah​​- Korbankan harta dan nyawa untuk fisabilillah
@GhulamAlDakwah​​Surah Al-Hujurat 49 : Ayat 15
@GhulamAlDakwah​​إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ ١٥
@GhulamAlDakwah​​Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,
@GhulamAlDakwah​​ serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
@4rsyad​​ilmu yg sgt mahal. tq buat siaran d youtube
@GhulamAlDakwah​​Syarat orang yang benar-benar beriman adalah tunjukkan keyakinan kamu itu dengan amal soleh...
@GhulamAlDakwah​​Jangan mengaku beriman tetapi tidak solat, tidak tutup aurat!Jika betul iman mantap akan ikut segala Syari’ah dan undang-undang Allah s.w.t!...
@GhulamAlDakwah​​Iman itu wajib dibuktikan dengan amal. Kemudian mereka terus percaya tanpa sedikit keraguan langsung...
@GhulamAlDakwah​​Lagi sifat orang yang benar-benar beriman ialah: mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah....
@GhulamAlDakwah​​Bersedeqah dan infaq ke jalan tanpa sedkit keraguan. Begitu juga rela berkorban nyawa untuk jalan Allah....
@GhulamAlDakwah​​Maka mereka itulah orang-orang yang benar pengakuan imannya.Mereka inilah yang dijamin Allah sebagai orang yang benar-benar beriman!...
@GhulamAlDakwah​​Yang kita ucap sama dgn dalam hati, yang kita buat sama dengan yang kita cakap..barulah dpt jadikan solat kita Qurratun 'ain
@GhulamAlDakwah​​Setakat mana kita kosongkan hati kepada Allah... setakat mana kita tidak berpaling kepada Allah, selain daripada Allah... Khusyuk dalam solat ni..
@GhulamAlDakwah​​seumpama roh kepada solat... perbuatan solat itu (Badan)... apabila hilang roh... maka, ia seperti badan yang tidak ada roh...
@GhulamAlDakwah​​Hamba itu tidak malu ke menghadap Tuhannya, atau memberi kepada Tuhannya, satu badan yang tidak ada nyawa... Kita bagi pada Allah solat yang hanya pergerakkan, tapi tidak ada nyawa... kena muhasabah..
@GhulamAlDakwah​​Solat kata apa kepada orang yang tak Khusyuk? "Semoga Allah sia-siakan engkau, sebagaimana engkau mensia-siakan aku..."
@GhulamAlDakwah​​Solat yang sempurna (khusyuk) zahir & batinnya akan diangkat & seumpama Nur (cahaya) matahari... Lalu, Allah redha & terima solat itu...
@GhulamAlDakwah​​Maka, solat itu kata... "Semoga Allah jaga engkau, sebagaimana engkau jaga aku..."
@GhulamAlDakwah​​Yang ke-3... untuk solat yang khusyuk & penyejuk ... Ikut... ikut cara solat Nabi SAW....
@GhulamAlDakwah​​- Berusaha solat sebagaimana Nabi solat... dan mustahil dia tak dapat ikut cara solat Nabi kalau dia tak belajar cara solat Nabi- Jangan ada penambahan & pengurangan...
@GhulamAlDakwah​​- Lelaki mesti solat di masjid, jika di rumah, tak ikut sama macam Nabi...
@GhulamAlDakwah​​Apa dalil wajib solat ikut Nabi?.Dalil dari al-Quran... Surah An-Nisaa' 4 : Ayat 65
@GhulamAlDakwah​​فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًۭا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًۭا ٦٥
@GhulamAlDakwah​​Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka,
@GhulamAlDakwah​​ kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
@alldaecare6315​​kalau solat jemaah tak ikut waktu nabi ajar bagaimana pula dengan keadaan itu?
@alldaecare6315​​okay,got the answer,alhamdulillah
@GhulamAlDakwah​​Bila berselisih, bergaduh...- Ambil Nabi sebagai pemutus... baru selesai... jika ambil selain (mazhab, tok guru, pendapat sendiri) belum selesai, belum beriman....
@GhulamAlDakwah​​3 steps...- Jadi Nabi sebagai hakim (Islam)- Jangan ada rasa tak puas hati (Iman)- Serah semua sekali... jangan yang dia suka sahaja... semua sekali... (Ihsan)Islam, Iman, Ihsan
@GhulamAlDakwah​​Apa-apa berlaku, mesti balik semula kepada Rasulullah SAW... Surah apa?.Surah An-Nisaa' 4 : Ayat 59
@GhulamAlDakwah​​يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ
@GhulamAlDakwah​​وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌۭ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ٥٩
@GhulamAlDakwah​​Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
@GhulamAlDakwah​​Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya -
@GhulamAlDakwah​​ jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
@masterazlan6999​​jika...ikut ustaz..takyah lah pakai mazhab...ha4 ok
@GhulamAlDakwah​​- Kemudian Allah perintahkan agar taat kepada Allah & Rasul. Taat kepada Allah & Rasul Allah letakkan bersama & serentak
@GhulamAlDakwah​​kerana segala perintah & arahan atau larangan yang dibuat oleh Rasul adalah berasal dan bersumber dari perintah & larangan Allah SWT juga.
@GhulamAlDakwah​​Manakala perintah untuk taat kepada pemimpin atau pemerintah, hanya dalam skop selagi ia tidak menyalahi Syari’ah Allah SWT & Sunnah Nabi SAW.
@GhulamAlDakwah​​Taat kepada manusia tidak mutlak, hanya bersyarat selagi dia taat kepada Allah & rasul.Jika berselisihan dan ada percanggahan dalam masalah agama,
@GhulamAlDakwah​​sentiasalah berbalik rujuk kembali pada Quran dan hadis sekiranya kamu beriman pada Allah dan rasul.
@masterazlan6999​​jika...ikut ustaz...takyah lah pakai mazhab...ha5 ok
@GhulamAlDakwah​​Yang ke-4 untuk bantu kita Khusyuk dalam solat ... "Kita sembah Allah seolah kita nampak Allah"-
@هسليناعثمان​​Al Haya' = Malu
@GhulamAlDakwah​​ Bab 12: Enam “Pandangan Hati” Dalam Solat Khusyuk->(Halaman 85–92)
@GhulamAlDakwah​​->Ibn al-Qayyim رحمه الله menerangkan bahawa solat yang menjadi قُرَّةُ الْعَيْن — penyejuk mata dan kerehatan hati menghimpunkan enam keadaan hati
@GhulamAlDakwah​​(مشاهد). 1. مشهد الإخلاص — IkhlasSeseorang mendirikan solat semata-mata kerana Allah:-> mencintai-Nya,-> mencari keredaan-Nya,-> mahu mendekat kepada-Nya,-> berharap pahala dan keampunan-Nya,-
@GhulamAlDakwah​​> takut akan azab-Nya.Bukan kerana:-> mahu dipuji,-> mahu dilihat soleh,-> kedudukan,-> atau kepentingan dunia. Khusyuk bermula apabila tujuan solat itu benar: Allah semata-mata.---
@GhulamAlDakwah​​2. مشهد الصدق والنصح — Benar dan bersungguh-sungguhMaksudnya seseorang memberikan hatinya sepenuhnya kepada Allah ketika solat.
@GhulamAlDakwah​​Dia berusaha menyempurnakan solat daripada dua sudut:Zahir: bacaan, berdiri, rukuk, sujud dan seluruh pergerakan dilakukan sebaik mungkin.
@GhulamAlDakwah​​Batin: hati hadir, khusyuk, merasa diawasi Allah dan tidak sengaja membiarkan hati berpaling kepada yang lain.Ibn al-Qayyim mengumpamakan: Hati ialah roh solat, manakala perbuatan badan ialah jasadnya
@GhulamAlDakwah​​.Jika jasad ada tetapi roh tiada, apa nilainya?---
@GhulamAlDakwah​​3. مشهد المتابعة والاقتداء — Mengikuti Nabi ﷺOrang yang mahu khusyuk hendaklah berusaha: Solat sebagaimana Nabi ﷺ solat.Dia tidak:-> menambah sesuatu sesuka hati,-> mengurangkan sunnah,
@GhulamAlDakwah​​-> mencipta bentuk ibadah sendiri.Apabila hadis Nabi ﷺ telah jelas, ia didahulukan daripada kebiasaan, pendapat manusia atau fanatik kepada seseorang.
@GhulamAlDakwah​​Prinsipnya: Kesempurnaan solat bukan mengikut rasa kita, tetapi mengikut Rasulullah ﷺ.--- 4.
@GhulamAlDakwah​​4. مشهد الإحسان — Merasa diawasi AllahInilah maqam: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ “Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.”Hati benar-benar sedar:-> Allah melihatnya,
@GhulamAlDakwah​​-> Allah mendengarnya,-> Allah mengetahui apa dalam dadanya,-> tiada satu pun gerakan atau lintasan tersembunyi daripada Allah.Daripada kesedaran ini lahir:-> malu kepada Allah,-> pengagungan,
@GhulamAlDakwah​​-> takut,-> cinta,-> tawakal,-> tunduk,-> kembali kepada Allah.Dan antara kesan terbesarnya: waswas semakin terputus dan hati semakin terkumpul kepada Allah.
@GhulamAlDakwah​​Sebab itu dua orang boleh melakukan solat yang zahirnya hampir sama, tetapi nilai solat mereka di sisi Allah boleh berbeza seperti langit dan bumi.
@GhulamAlDakwah​​--- 5. مشهد المِنَّة — Menyedari semuanya kurniaan AllahJangan melihat diri: “Aku hebat sebab aku solat.” “Aku rajin.” “Aku orang baik.”Sebaliknya sedar:
@GhulamAlDakwah​​ Allah yang memberi taufik sehingga aku mampu berdiri di hadapan-Nya.Allah yang:-> memberi iman,-> menjadikan kita Muslim,-> membolehkan kita berwuduk,-> menggerakkan tubuh untuk solat,
@GhulamAlDakwah​​-> memberi hati yang mahu taat.Allah berfirman: بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ “Bahkan Allah-lah yang mengurniakan nikmat kepada kamu dengan memberi petunjuk kepada iman.”
@GhulamAlDakwah​​ ->(al-Hujurat: 17)-> Kesan memahami perkara iniIa membunuh penyakit:العُجْب — kagum terhadap diri sendiri.Kita tidak lagi berkata: “Aku berjaya buat.”
@GhulamAlDakwah​​Tetapi: “Allah yang menolong aku melakukannya.”---
@GhulamAlDakwah​​ 6. مشهد التقصير — Menyedari kekurangan diriWalaupun kita sudah:-> solat awal waktu,-> berjemaah,-> membaca panjang,-> cuba khusyuk,jangan merasa: “Aku sudah menunaikan hak Allah dengan sempurna.”
@GhulamAlDakwah​​Ibn al-Qayyim mengingatkan bahawa hak Allah jauh lebih besar daripada seluruh ibadah kita.Jika manusia pun menghormati raja dengan penuh adab, maka bagaimana sepatutnya kita berdiri di hadapan:
@GhulamAlDakwah​​ ملك الملوك ورب السماوات والأرض Raja segala raja dan Tuhan langit serta bumi?Maka selepas beribadah, seorang mukmin tetap:-> meminta ampun,-> mengakui kekurangan,-> tidak berbangga dengan amal,
@GhulamAlDakwah​​-> berharap Allah menerima amalnya. Jangan merasa kita “berjasa” kepada AllahHakikatnya: Allah tidak memerlukan ibadah kita. Kitalah yang memerlukan-Nya.
@GhulamAlDakwah​​Bahkan masuk syurga sendiri akhirnya adalah dengan: رحمة الله وفضله rahmat dan kurniaan Allah.---
@GhulamAlDakwah​​Rumusan: 6 perkara hati dalam solat khusyuk
@GhulamAlDakwah​​1. الإخلاص — Solat hanya kerana Allah.
@GhulamAlDakwah​​2. الصدق والنصح — Berikan seluruh hati dan usaha kepada Allah.
@GhulamAlDakwah​​3. المتابعة والاقتداء — Ikuti cara Nabi
@GhulamAlDakwah​​ﷺ.4. الإحسان — Sedar Allah melihat kita.
@GhulamAlDakwah​​5. المِنَّة — Sedar kemampuan beribadah ialah kurniaan Allah.
@GhulamAlDakwah​​6. التقصير — Sedar ibadah kita masih jauh daripada menunaikan hak Allah dengan sempurna.
@GhulamAlDakwah​​Di akhir perbahasan, Ibn al-Qayyim merumuskan empat asas yang sangat cantik: نِيَّةٌ صَحِيحَةٌ، وَقُوَّةٌ عَالِيَةٌ، يُقَارِنُهُمَا رَغْبَةٌ وَرَهْبَةٌ
@GhulamAlDakwah​​Niat yang benar + kesungguhan yang tinggi + berharap kepada Allah + takut kepada Allah. Inti pati Bab 12Khusyuk bukan sekadar “jangan fikir benda lain ketika solat.
@GhulamAlDakwah​​”Khusyuk ialah hati yang masuk ke solat dengan kesedaran: Aku solat kerana Allah → aku ikut Rasulullah ﷺ → Allah sedang melihatku → kemampuan aku solat ini pun pemberian Allah →
@GhulamAlDakwah​​dan walaupun aku sudah berusaha, aku masih banyak kekurangan di hadapan-Nya.Apabila enam perkara ini hidup dalam hati, solat mula berubah daripada rutin menjadi pertemuan dan munajat dengan Allah.