Rabu, 3 Januari 2024

" Suami Soleh Mencorak Kebahagiaan Rumah Tangga" - oleh YBhg. Dato' Ust...

Dengar ceramah ini ,teringat daku saat daku menjadi Warden di Asrama RISDA, Grik.  Masa ni kadang2 daku buat semak, cara2 anak2 Pekebun Kecil Getah yang tinggal di Asrama itu mandi wajib..First2 aku bagi ceramah cara2 mandi wajib yang betul.  Hi Hi ada yang daku perlu mintak mereka pergi mandi hadath semula.... MaasyaaAllah mujurnya aku tahu sedikit sebanyak hukum2 Islam sebab mak didik kami dari membangunkan solat hinggalah ke hukum2 lain...Masa anak dara Pak Mak pergi mengaji Hukum rumah Paklong Sarip setiap malam Sabtu rasanya.   Kami mak kerahkan pergi sama...hihi...Kadang2 terlena masa mendengar...Syukur mak.  Masa tu Pak Long Sariplah orang berilmu tinggi ..Cuma beliau tak ambil Tauliah, aja ..Mengajar di rumah sendiri...Alhamdulillah moga Mak dan Pak Sejahtera di sana ..Aamiin.

Mak! mak!..dalam masa kami dah dewasapon, masih mak ambil prehatian lagi.  Mak nak anak lelaki mak ,anak mak dan anak2 menantu mak dengar ceramah, mak Jemput Tuan Guru datang kerumah pada hari Jumaat.  Kami dapat dengar Ceramah Agama di rumah pada hari Jumaat ...Mak bayar Tuan Guru tu...Mana2 orang2 lain nak derma dapat lah sedikit tambahan pada Tuan Guru tersebut...Masa ni daku Tinggal di bawah rumah mak.  Daku akan masakkan masakan makananuntuk menjamu mereka yang hadir mendengar ceramah. Jumat petang selepas Solat Asar.  Syukur ada Majlis Agama jugak di rumah mak dan Pak tu...Sekarang kayu2 rumah itu dah jadi rumah orang lain ...Moga Kayu2 tu mendapat Keberkatan...Kayu2 duit gaji mak dan mak masa muda.   Syukur anak mak dan Pak boleh bawa diri masing2 sudahnya.  Kami 12 beradik, semua dengan haluan masing2. Kami tak lah kaya macam orang lain. Kami orang biasa2 saja.  Syukur Ya Rabb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...