Pagi tak stabil
158/91
sekarang
127/70
boleh kot....
Hari...22 hb November...Daku bertolak dengan Anis anakku untuk admit. Kami tak makan apa sebab daku terpaksa Puasa kerana Doktor cakap nak ambil darah. Darah dihantar ke makmal untuk di analisa samaada boleh atau tidak daku jalani operation. Ada orang yg terpaksa tunda jika ada apa2 masaalah disana sini. Syukur daku sebab Doktor panggil anakku pergi keJabatan Hasil untuk buat bayaran dan proceed untuk ke Ward. Admit...Syukur terima kasih Anis tolong mak...Jauhnya dapat Parking. Mak dah tahu Parking memang susah jika di Hospital Taiping.
Daku direhatkan dengan sekejap2 Nurse datang ambil tekanan darah dan test gula dalam darah untuk...Semua stabil...Ni baru daku boleh makan. Daku kesian Anis letihnya dia...Turun naik uruskan daku. Maka betul Anis tak payah tunggu sebab belum ada apa2 yg perlu anis tolong buat masani...Anis kena rehat...syukur Anis dapat pergi tidur di Hotel Legent In Taiping...Ianya dekat sangat dengan Hospital.
Keesokan harinya barulah anis kena jaga mak...Mula dari Tolak masuk ke Dewan Bedah hingglah Habis bawa mak balik...Terima kasih Anis. Betapa lama nya anis tunggu mak dari pukul 12.00 tengahari hingga ke enam petang...Syukur Ya Rabb Anis Tolong daku . Paling kesian anis tak dapat tidur langsung sebab ...Mana mahu lena jika di atas kerusi..Daku tahu anakku bukan baca Blogku ini...hihi. Mungkin bila daku dah pergi esok baru mereka korek2 baca...Apapon terima Kasih Anis...Mak Syukur Mak ada jugak kamu dlm dunia mak ni...
Daku doa pada Allah urusan daku dgn Syah dapat dibereskan dengan baik dan Anis akan jagaku di Bangi Nanti...
Daku dah pulang daku syukur daku masih bernafas lagi..Bila katil daku ditolak kedalam bilik menunggu, doktor pelatih berkata kepada anakku, "Ya nak sayang emak cepat."..anak ku datang dekat untuk menciumku dan salam denganku Mereka melihat Doktor Pakar di pintu lalu menceritakan daku ada meneguk seteguk air pukul 8.00pagi..("Bos boleh tak ni teguk air pukul 8.00.? Doktor jawab . Ok! ) ..Masa daku menunggu untuk ke operation theatre daku baca macam2 . Daku paling bimbang sebab minum air, tentang bius,daku bertawakkal, sempat baca surah Al Mulk, mengucap ,banyak2baca apa yang patut...Daku sebenarnya takut sebab memang ada orang yang meninggal di bilik bedah masa operation sedang di jalankan,
Sepatutnya daku orang ketiga dioperasi pada pagi itu, tapi daku menunggu lama sangat.. Daku dapat tahu bila anakku memberitahuku bahawa daku di masukkan ke bilik operation tepat pukul 3.00 pm. Daku rasa macam sebentar saja dibilik operasi. Rupa2nya daku selesai dioperasi tepat pukul 6.00 petang. Betapa lamanya anakku menunggu diluar bilik bedah. Dari pukul 12.00 hingga ke pukul 6.00 ptg. Enam jam.
Selesai operation daku dalam kegigilan yang teramat sangat dan doktor gosok2 lengan ku dan panggil namaku... Keluar keruang agak panas...daku okey kembali...Daku terpejam mata dan aku sedar di bilik ward Kenanga kembali. Alhamdulillah daku masih ada hayat lagi...Betapa nikmat nya hidup ini. Allah bagi peluang aku hidup lagi , peluang ini harus daku grabb bersungguh2.. Ya Allah Ya Rabb...... jadikanlah perjalanan hidupku berfaedah untuk semua sebelum mati. Matikanlah aku ditempat impianku. Masukkanlah aku kedalam syurga FirdausMu dan kumpulkanlah aku bersama2 orang2 yang Soleh......Aamiin Aamiin...Aamiin Ya Rabbala'lamin...