Rabu, 15 April 2026

Rabbku Permudahkanlah Perjalanan Kami Nanti. Aamiin.

 Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.


Daku kena bersihkan Blogku ini agar dapat aku tinggalkannya  dlm 

keadaan bersih. Banyak dah yang daku clearkan...syukur sahabatku 

view sehingga  daku ketemu kepincangan di sana sini.  Syukur ia dapat

 daku bersihkan.  Terima kasih teman2. View anda menyelamatkanku..  

Banyak perkara dalam hidup ini kita perlu tinggalkan  sementara.  

 Tapi bayangkan jika kita terpaksa  tinggalkan buat  selama2nya !

Bagaimana?   MaasyaaAllah moga Allah bantu daku  dalam 

menguruskan hidupku yang belum sempurna ini untuk menemui-Nya.

 Moga  sahabat2ku semua  terus melayari   Blogku ini agar daku dapatlah

 sedikit pahala untuk bekalan akhiratku.


  Daku percaya...bila mendengar ceramah ustaz kita akan merasa damai. 

  Bagi pelawat dari luar negara...moga2 mereka  dapat menambah Ilmu 

Agama  dan mudah membuat pencarian lantaran  video2 yg daku

 letakkan ini  merangkumi berbagai  topik dan permasaalah Agama. 

 Andaikata,  bukan Islam  yang melihatnya pula harapanku  agar 

mereka  dapat  mengenali Islam dgn lebih  dekat lagi.  

InsyaaAllah.    Rabbku... berilah Taufiq-Mu dan Hidayah-Mu kepada

 yang membaca dan yg mendengar Ceramah di sini.  Aamiin..

Ya Rabbal a'alamin.


Moga tiada lagi cerita2  laghoku ada disini.  Moga daku

 dapat  uruskan lagi selepas ini.  Ya Rabb jadilan kepulanganku

 menyeronokkan  keluargaku.  Daku tahu ada yang merindui 

 kami dan kami merindui mereka.    Anugerahkanlah keselamatan

 kepada kami semua.    InsyaaAllah.   Selamatkanlah perjalanan kami.  

Moga tepatlah masa kami, bertolak dan  elakkanlah daripada 

berlaku perkara2 yang tidak diingini kepada kami.    Sehatkanlah 

 kami dan jauhkanlah daripada sebarang kesulitan baik kecil 

mahupon besar.   Tuhanku ...jadikanlah semingguku happy tanpa 

ada masaalah yang timbul .


Rabbku...Moga anakku  bertolak ke Perkampungan Sunnah dengan 

selamat.   Permudahkanlah perjalanannya. kesana.  Sehatkanlah 

dia agar dapat memandu dan sampai ke sana dengan selamat.

 Anugerahkanlah mereka kedamaian dalam menuntut ilmu 

dan ikhlaskanlah mereka kerana-Mu Tuhanku.  Sihatkanlah anakku, 

anak2  saudaraku serta cucu2 saudaraku.  Permudahkanlah urusan

 menuntut  Ilmu mereka .Aamiin....

Apa. Khabar..