Jumaat, 13 November 2026

 

Selasa, 1 September 2026

Selamat malam yang cantik,

 

Ahad, 11 Mei 2025

Air mata sahabat di usia emas...

 Bertemu sahabat lama dan mengimbau masa kecil kami. Dengar kisah2 kematian yg melibatkan dirinya yg daku juga turut mengalirkan air mata. Daku Sama2 turut sedih mendengar curhat (curah hati) sahabat semasa kecilku.   Sebelum berpisah sempat menyentuh sedikit kisah perpisahanku dimana daku sentiasa menyatakan bahawa perpisahan kami adalah atas dasar suka sama suka demi kebaikan masa depan kami bersama untuk bertemu akhirat Allah.  Kami Sama2 redho. 

Sahabatku sempat melukiskan perasaannya dlm rumahtangga terbaru nya di usia emas spontan tanpa sengaja. Bila sahabatku sebut berbeza jika perkahwinan dgn usia yg sama dpd usia lelaki yg jauh tua dpd nya.  Bagiku mungkin betul andaian itu.  Kalau dulu arwah suaminya lebih tua 8 tahun dpdnya maka. Sudah tentu dia dimanjakan.  Daku tak dapat nak bezakan kerana my two Ex dulu tua setahun sahaja padaku...

Daku dengar dari sayu suara dia dlm nada sedih yg amat sangat.  Bila dia nyatakan padaku daku terus nyatakan daku berdoa atas kesejahteraan rumahtangganya.  InsyaaAllah. Tak payah dia jelaskan dengan lebih panjang daku dapat rasakan kesedihan itu.   Daku menangis semasa daku menulis... 

Dlm perpisahan sahabatku dgn ku daku dapati dia menangis saat bertemu dgn kawannya.  Bila ditanya dia menyatakan betapa sedihnya bertemu sahabat lama yg akan berpisah lagi.  Aku tahu ada perasaan yg tersembunyi di sebalik air matanya...Aku doakan dia bahagia YaRabb... 

Bagiku..jika perkahwinan di usia emas ini kita bukan meminta..... yg terlalu banyak ... Kita hanya perlu keberadaan suami sebagai sahabat yg paling aktrab bagi kita. Kita tak suka sebarang perkataan kasar dan bagi aku jika sahabat tak mahu menghormati daku cukup menyedihkan...  Mungkin betul jugak dgn anggapan sahabatku itu bahawa perlu mereka yg lebih tua dpd kita dan mereka menjadi tempat kita bermanja dan mencurah rasa hati... Tapi rasanya "cinta" sangat2 perlu dlm satu  rumahtangga..(tak kiralah cinta sebelum perkahwinan atau selepas perkahwinan)   Mari kita lihat Rasullullah.. Khadilah lebih berusia dpd Rasullullah.    Betapa sayang dan cintanya Rasulullah kepada Khadijah bt Khuwailid... Cinta itu cinta sebenar.  Cinta suami isteri yg di sertai "mawardah warahmah" MaasyaAllah betapa cintanya Rasullullah kepada Khadijah, sehinggakan apabila ada makanan Rasullullah minta menghantar kan kepada sahabat Khadijah meskipon Khadijah telah lama pergi... Bahagianya Khadijah mendapat cinta Rasullullah kan!  Bila daku  lepas edah dahulu kakakku bertanya adakah aku akan berumahtangga lagi selepas ini? Terus terang daku nyatakan padanya bahawa daku tak akan berumahtangga lagi melainkan dengan orang daku cinta.  Itu sahaja penjelasanku di usia emas ini.   Tapi apapon, daku kena  akur jodoh pertemuan di tangan Allah.

Daku  sekarang kena kejar bersungguh2 "Cintaku kepada Allah dan Rasul".  Beribadat bersungguh2  untuk Akhiratku... Rabbku Peliharalah Noraini Mu dan damaikanlah Noraini Mu dunia dan akhiratnya.



Rabu, 27 Disember 2023

Di situ ada aku.

Cantiknya lagit biru.

Awan  seputih kapas..


MaasyaaAllah putih bersih...


Biru mengimbau masa mudaku....hihi... 
"Putih  Bersih Sebersih Air Mata ibu."


Kembali mendung ..."Awan Kelabu"












 Di sini tempat aku bermain.  Di puncak ini nyaris nyawaku tamat.  Daku hampir jatuh kebelakang, tapi rasa bagaikan ada sesuatu menolakku...aku selamat.  MasyaaAllah daku ingat lagi.  Nakalnya kami.  Mak tak tahu kami boleh sampai di puncak ini bersama Rohani, Kak Hendon, Maznah dan daku.  Kami dapati kami sesat tak tahu jalan pulang...berjalan terus...daku dah hampir menangis, tiba2 tengok bumbung rumah Pah Tok Harun.   Baru senang hati..."Rupa2nya tak jauh mana, dekat ja...hihi...tu lah kanak2  Ditipu oleh                                                                                                    perasaan. Teringat pulak kat Pah, Pah selalu sakit,daku doakan Pah sihat...Aamiin.   Kakak selalu bawa Pah pergi klinik Lenggong, emergency...