Assalamualaikum...
Sahabat semua. Semoga sahabat di beri Allah dalam keadaan sihat walafiat. Saya percaya hari ini ada sahabat2 yang berpuasa hari Khamis. Tentu letih ya kan. Tak apa Allah kira kesungguhan sahabat untuk kekal berpuasa hingga ke berbuka pukul 7.?? minit nanti.
Daku nak storykan tentang abangku yang dah niat berpuasa sunat sehingga dia meninggal dunia. Tahu tak sebelum dia pergi ke surau malam tu dia berbincang dengan isterinya nak masak apa bersahur nanti. Maka mereka suggest nak makan gulai rempah. Jadi abangku biasanya jka membuat gulai rempah (masak kari) mesti dia sendiri yang masak cara kampung, kerana isterinya adalah orang Terengganu. K Mungkin rasa nya agak berbeza jika orang Terengganu yg memasaknya. Maka petang tu abangku pergi mengerjakan solat di surau di belakang rumah mereka. Imam surau tersebut adalah kawan satu kelas daku. Dulu dia Pegawai Felda. Habis solat abangku pon turn tangga Surau dan memakai kasut. Tiba2 dia naik kembali mereka tanya dia kenapa dia hanya tersenyum sahaja dan meletakkan duit kedalam tabung surau. MaasyaaAllah daku sedeh dengar. Dia turun dan meneruskan destinasinya nak ke kedai membeli terung seperti yang mereka cadangkan. Tiba di junction Taman Perumahan mereka ke jalan raya besar sebuah kereta telah melanggarnya yang bermotosikal dengan tidak sengaja. Trafic light dan situasi di simpang itu mengelirukan. Dah lama mereka komplain. Tapi hari itu mangsa kemalangan adalah dia abangku. Di dibawa ke hospital Grik...Pendarahan di kepalanya banyak sangat. Daku sampai ke Hospital Grik selepas waktu Solat Maghrib. Sedeh daku lihat.
Apa yang daku nak tulis adalah...alangkan manisnya dia pergi dia akhirkan dengan bersedekah di Surau, dia pulak dalam niat berpuasa. MaasyaaAllah. Masih berpuasa. masa daku melawat dia...daku bisik di telinganya...Abang Halid Eni mntak maafbanyak2...Abang Hadi ingat Allah. Abang halid sedang berpuasa. Daku rasa macam yakin sangat dia dengar walaupon bernafas dgn bantuan oksijen.