Mungkin Khai Bahar ini cucunya Johar Bahar pemuzik tu ke.?
Daku pernah pergi ke rumah Johar Bahar yang penuh dgn peralatan Muzik di dalamnya. Dah lama semasa daku mula bertugas di KL. dulu.

KEMBALINYA pencipta lagu Allahyarham Johar Bahar ke pangkuan Ilahi, 17 tahun lalu menandakan berakhirnya satu era penting seniman muzik memainkan peranan dalam perjuangan kebangsaan. Selepas Johar, tidak ada lagi pencipta lagu patriotik era sebelum merdeka. Era penting itu telah membuktikan muzik sebagai wahana perjuangan kebangsaan selain gerakan berbentuk politik dan kesusasteraan. Bukan itu sahaja, malah muzik memperlihatkan sisi yang tersendiri dalam mengingatkan anak bangsa pada negara. Kita tentu beruntung memiliki…