Khamis, 13 Julai 2023
Buat sahabat lamaku...
Assalamualaikum sahabatku...
Daku tak pernah tulis berita spesifik untuk sahabat. Tapi daku sangat2 mahukan sahabat maafkan daku. Daku ucapkan tahniah atas kejayaan sahabat. Moga dgn ucapan ini sahabat dapat rasa gembira dan happy dgn kejayaan sahabat kerana memiliki jawatan sekarang dan memiliki keluarga bahagia. Punya isteri yang cantik dan anak2 yang baik serta cantik sebagaimana ibu mereka. Anak2 yang mendengar nasihat ayahandanya dan manis budi bicara. Itu doaku buat sahabat.
Siapalah aku di sisi sahabat kan. Daku orang kampong yang selalu cuba mendamai hati ini setiap menjelang tahun baru. Mari kita banyak2 berselawat hari ini. " Selamat Menyambut Maulidurrasul " buat sahabat anak beranak. MogaCinta hati sahabat sihat diberi Allah dan dapat memasak makanan 2 sihat buat sahabat yang kuat bekerja. Tidak akan berjaya seotrang lelaki melain kerana tulang belakang nya yang kuat terpilih dan baik.
Daku tahu sahabat pon sakit sebagaimana daku sakit. Kita redakan dengan Redho kita , sabar kita dan syukur kita. kepada Allah. Kita akan selamat disisi Allah Azzawajall. Daku dapat berita sahabat dulu... Kita perlu pasrah dan maafkan antara satu sama lain. Semoga dikau gembira bersama keluarga tercintamu. Aamiin.
Utusan ini akan ku sambung lagi. Telah ku sambung kini.