Pilihan kami semua hari ini. Cafe Singgah Sana.
Rembau, Negeri Sembilan
Dari mula drive terus kami niat jika sedap memang
rezeki kita, jika tak pon rezeki kita...
Yg penting kita happy... Ok
Macam biasa bersama Kak Hindon dan Aini...
Daku dan Anis
Dengan niat apa pon tak apa asal kita happy... Ok
Kak Hindon n Aini..
Ke cafe yg penuh tradisional di mana setiap meja dgn
tutup meja batik yg cantik.... Hmmm menarik.
Hidangan set yg ok.. Masuk selera Kak Hindon dan Aini yg tak makan
pedas dan bagi aku dan anis bagaikan kurang pedas.. Kedai Kak Teh...
Sedap sangat menunya. Kami singgah Kedai Kak Teh untuk beli gulai
lemak siput kegemaran Una, Afiq anak Maznah.
Kami beli untuk kami makan mlm. Harganya murah sgt dgn sedap sekali...
Harga murah sekali ganda pada gulai yg Kak Hindon beli untuk makan malam
di Cafe Singgah Sana... Kak Hindon bawa balik masak lemak harga RM20...
Hihi sama banyak dgn RM10 di kedai Kak Teh... Hi hi...
Kak Hindon puas hati makan sini, tapi daku dan anis lebih suka
dgn menu Kak Teh, yg agak pedas dan sedap. Hihi
Hidangan satu set pilihan.
Agak tradisi.. Ada jual tapai nasi... Tapai ubi...
Lempuk Durian yg lembut... lempuk durian jika lembut bermakna tidak banyak sangat kandungan duriannya. Jika dapat yang kenyal dan keras bermakna durian yang di letakkan banyak. Daku biasa masak tolong mak kacau lempuk kat dalam dusun durian. Seronok sangat. Lempuk ini di kacau dengan tanpa mengasingkan isi durian dari bijinya. Kita akan kacau sehingga dia mengering dan hingga tiba masa biji durian terasing daripada isinya. Lempuk dikacau tanpa meletakkan gula kerana kandungan manisnya hanya dari isi durian tersebut. Hmmm. Kenangan dengan Mak. Mak Eni ingat Mak. Moga Mak sejahtera di sana bersama orang2 yang soleh.
Di Cafe ini ada di sediakan tempat bersantai sementara mendapat
tempat duduk di meja makan Cafe ini di dalam kawasan
padang yang luas yang di tanam dengan
beberapa batang pohon durian.
Singgah Sana... Hihi... bukan singgah sini....haha
Rumah minangkabau.. Dlm pagar kawasan yg penuh
dgn pokok2 durian...
Hihi... Macam pokok durian Pak tanam kan...
Pokok durian di tgh padang
Berbuah sebiji di tengah dahan
Selepas makan kita pulang
Sampai ke petang boleh bertahan.
Hihi pantun daku yg tak seberapa.
Cantik view dia kat sini
Ingat ...Singgah Sana bukan Singgah Sini.
View di kejauhan dari depan Cafe Singgah Sana
Parking memang banyak..
Syukur la dgn apa yg kau makan wahai ... Hihi
Dah sampai...
Sayur lemak putih kobis... Sambal ulam timun... Sambal ikan keli kegemaran
Anis, Aini dan Kak Hindon jugak...
Syukur Ya Rabbb atas rezeki yg Engkau berikan...
Daku dan anis... Niat nak happy...
Kita happy kan...
Sampai rumah Kak Hindon petang... Kami makan mlm
dahulu baru pulang. Sampai di Semenyeh..
Beli Durian untuk makan di rumah Kak Hindon sbb tak mahu bawa
pulang kerana Baby dah tak tahan makan durian. Nanti dia berbau.
Kesian dia. Dia dah tua mungkin tak boleh lagi dah makan durian.
Dia akan muntah. Kesian Baby.
Kak Hindon n aini...
Moga Happy hari ni... Aamiin
Lama dah tak jumpa kata Kak Hindun.. Rindu mika..
. Kami pon rindu mika juga... Kataku... . Hihi



























