1836
Pagi saya dikunjungi oleh seorang tokoh akademik University of Oxford, Prof Raihan Ismail. Beliau merupakan Professor of Comtemporary Islamic Studies. Ayahanda beliau orang Melayu Perlis. Ibu beliau keturunan Arab Mesir. Sejak dahulu beliau selalu berhari raya di Kampung Tok Pulau, Perlis. Keluarga beliau masih ada di Perlis.
Saya rasa beliau satu-satunya keturunan Melayu yang berstatus 'Professor' di Oxford. Bukan sekadar pensyarah biasa di Oxford. Beliau juga mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Boleh lihat tentang beliau di sini:
Raihan Ismail | Faculty of Asian and Middle Eastern Studies https://share.google/y5lg2VyF4muYU6xHi
Beliau fasih berbahasa Inggeris, Arab dan Melayu. Boleh cakap utara dengan fasih. Beliau tidak pula menyebut "My Malay is rusty, I can't speak it anymore". Saya beritahu beliau bahawa orang seperti beliaulah patut diangkat di Malaysia. Semangat membela Umat Islam beliau juga kuat. Berani dan jelas.
Beliau banyak tahu tentang usaha-usaha reform pemikiran di Malaysia dan mengukuti perkembangan saya. Walaupun sumbangan saya itu tersangat kerdil dan teramat-amat sedikit, namun beliau mengikuti perkembangan idea-idea tajdid tersebut. Beliau turut bertanya kepada saya beberapa soalan.
Saya pernah di Oxford dahulu sebagai fellow. Beliau mengajak saya ke sana lagi untuk berdiskusi wacana pemikiran saya.
Kami berbincang beberapa topik pemikiran dalam agama dan politik. Beliau banyak kajian tentang Timur Tengah. Pertemuan yang sangat menarik.