HUJAN...SUDIRMAN..
Aku suka betul hujan.
Hujan akan ingatkan aku pada Mak , Pak, keluarga...
Maasyaa Allah. Damailah mereka di sana Rabbku.
hujan yang jatuh di atas daun2 keladi di tepi asramaku dulu,
daun keladi menari2 di depan mataku...
sedeh kan.
Kau datang dan kau pergi jua...RINDU LAGI...
hujan yang jatuh di atas dauh2 pisang di depan rumahku ...terus menemanggil aku pulang...
Rinduuuuuuu Lagi...
Lenggong daku pulang sekejap aja...
Aku akan pulang. Sekejap aja.
Cukup.
Seorang tua di kaki gunung..akan pulang kerana rindu yang tak sudah. Daku sebenar nya teringin sangat nak tengok pokok mestaku yang berbuah tu. Pin kata sedap manis buahnya. Memang manis macam manggis biasa tu tapi daku nak lihat teksturenya adalah ciri2 rapuh ...krup krup macam yang daku pernah makan dulu. Daku rindu nak tengok bagaimana dia masak di atas pokok tu. Cantik masa daku pulang dulu. Daku sakit kaki sangat2, ketika itu..tak dapat nak tengok lama. Daku kuatkan kaki jugak keluar...tapi sekadar sekejap saja.
Daku harap Pin dapat baja pokok2 ku. Daku baru nak tunjukkan pin pokok2 tu...dimana avokado, dimana pokok cermai, mata kucing. merapoh limanu yang tak berbuah2 tu...
Jom Eni...sambung balik.