Khamis, 13 Februari 2025

Nasi Goreng Berempah yg sederhana tapi sedap


Nasi Goreng Berempah serta Minuman air Mangga Bersantan
Bapakku. Yummy.


Nasi Goreng Berempah membawa nostalgia sebagai Guru Pelatih di Kuantan Pahang.  Setiap pulang dari Kuliah daku akan beli Nasi Goreng dari Haryati Restoren di bawah flat kami tempat  Guru2 pelatih tinggal kerana pada masa itu guru2 pelatih (senior dan junior) hanya menyewa  di flat2 sekitar bandar Kuantan.  Ketika itu kami menumpang  di Bangunan Sekolah Kebangsaan Teruntum Pahang yg di panggil Maktab Perguruan Teruntum Kuantan Pahang.  Maktab Perguruan Kuantan Pahang bertempat di Semambu, masih dlm  pembinaan dan kami berpintah ke Maktab Perguruan Semambu Pahang ketika  berkursus di Tahun Ketiga .  Kami adalah Pelopor Guru2 Pelatih yg latihannya Selama Tiga Tahun.
Cakap pasal makanan,
Daku seorang yang boleh mencuba menu  daripada merasai makanannya.   Makanya, Nasi goreng berempah dapat daku hasilkan  sebaimana produk mereka hasilkan puluhan tahun dahulu.  Syukur Ya Robb.  


Apa perlu ada pada Nasi Goreng ini.  Tumiskan sambal yng di blend bawang putih, bawang merah dabn halia dan di masukkabn sesudu rempah serta di pecahkan telur dua biji kedalam gorengan ini.  Paling sedap jika sayurnya sayur sawi dalam kadar yg banyak Kicap di letak sedikit sahaja.   Terdapat hirisan daging untuk proteinnya.
ulamnya timun  dan tomato pulak,
mereka letakkan satu hirisan sahaja dan beberapa hirisan lagi di dalam nasi


Tabur daun soup atas nasi sebagai hiasan dan sedikit dpdnya 
dimasukkan ke dalam nasi yang di goreng.


Taburan bawang goreng untuk membangkitkan rasa.


Ini Nasi tambah untuk portion dua orang makan.


Menu ini, menu diet kami,


Minuman ini ialah minuman buah mangga berkuah santan yang diletakkan 
gula dan garam serta air batu.

Nasi Goreng Berempah.


Menu berbukaku hari kelmarin.


Mangga dipotong kiub kecil2.  Bapaku membuat minuman ini dengan 
meletakkan buah kuini yg ditanamnya.  Bapaku sangat pandai menanam.  
Segala jenis pokok buah2an  ada dia tanam di keliling rumah kami.  
Lemahnya daku tak mahir menanam , kecuali Abang Halid Kakak
 dan Kak Badariah. 
 Kak Nyah pandai juga menanam. 
 

Celaru...daku taip sambil tidur ...lengoh...hihi...Jom dhuha jap..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titah DiRaja Kebawah DYMM Sultan Pahang