Surah Sad 38 : Ayat 1 : Mks 453
Surah Al-Munafiqun 63 : Ayat 8 : Mks 555
.يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَآ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ ٱلْأَعَزُّ مِنْهَا ٱلْأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ ٱلْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَـٰكِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ ٨.
Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah
orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman;
akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu wahai Muhammad tidak berdasarkan kebenaran... bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran...
Puak kafir ini ingkar, sombong, melawan dan sentiasa menentang serta menyekat orang lain daripada kebenaran... Mereka sentiasa berlawan dengan kebenaran samada melawan Allah, Rasul,
pengikut rasul yang beriman sehingga ke hari Kiamat.Ayat ini mengajar kepada kita agar jangan berani-berani menolak kebenaran sebagaimana puak kafir ini.
Allah mengungkapkan keadaan orang-orang kafir Mekah yang mengingkari kebenaran wahyu, dan tidak dapat melihat nilai-nilai kebenarannya, yang sebenarnya sangat penting bagi kesejahteraan mereka di dunia dan kebahagiaan di akhirat, karena kesombongan dan permusuhan yang bersarang dalam jiwa mereka.
Walaupun di dalam Al-Quran itu terdapat peringatan, namun orang-orang kafir tidak dapat mengambil manfaatnya kerana sikap mereka yang sombong dan angkuh terhadap Al-Quran.
Ada yang mengatakan yang ayat ini bukanlah jawab kepada qosam dalam ayat pertama. Selalunya apabila ada sumpah, maka ada jawab kepada sumpah itu. Iaitu apa yang Allah hendak sampaikan
sampai Allah bersumpah. Tapi ada keadaan dimana Allah sudah bersumpah tapi tak jawab sumpahnya itu. Ini adalah kerana Allah nak pembaca Al-Qur’an fikirkan sendiri apakah yang Allah hendak tekankan.Sedikit perbincangan tentang Jawabul Qosam ayat ini: Para ulama tafsir berbeza pendapat sehubungan dengan jawab dari qasam-nya;
1. Sebahagian di antara mereka mengatakan bahawa jawab qasam-nya adalah firman Allah Swt.
:{إِنْ كُلٌّ إِلا كَذَّبَ الرُّسُلَ فَحَقَّ عِقَابِ}
Semua mereka itu tidak lain hanyalah mendustakan rasul-rasul, maka pastilah (bagi mereka) azab-Ku. (Shad: 14)
2. Menurut pendapat lain, jawab qasam-nya adalah firman Allah Swt
.:{إِنَّ ذَلِكَ لَحَقٌّ تَخَاصُمُ أَهْلِ النَّارِ}
Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka. (Shad: 64)
Kedua pendapat ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, dan pendapat yang kedua ini jauh dari kebenaran, dan dinilai da’if oIeh Ibnu jarir.
3. Qatadah mengatakan bahawa jawab qasam-nya ialah:
{بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي عِزَّةٍ وَشِقَاقٍ}
Sebenarnya orang-orang kafir itu (berada) dalam kesombongan dan permusuhan yang sengit. (Shad: 2
Ibnu Jarir memilih pendapat ini.Kemudian Ibnu Jarir meriwayatkan dari sebahagian ahli bahasa yang telah mengatakan sehubungan dengan jawab qasam ini, bahawa jawab-nya adalah Shad yang artinya
‘benar lagi hak’.
4. Menurut pendapat yang lainnya lagi, jawab-nya adalah apa yang terkandung di dalam surah ini secara keseluruhan; hanya Allah-lah Yang Maha Mengetahui.Sekian tentang jawaabul qosam ayat ini.
Allah hendak memberitahu bahawa bukanlah Al-Qur’an itu ada masalah, atau Nabi Muhammad tidak pandai hendak berdakwah, tapi mereka tidak terima ajaran Al-Qur’an kerana kedegilan mereka sahaja.
Kalau mereka buka hati mereka kepada kebenaran, maka tentu mereka akan nampak kebenaran yang disampaikan oleh baginda.
Jadi Allah hendak memberitahu bahawa orang kafir tidak terima kebenaran kerana mereka berpegang kepada kemuliaan mereka. Mereka pandang Nabi sebagai salah seorang dari golongan yang rendah
dan mereka tidak boleh bercampur dengan Nabi dan juga golongan sahabat yang miskin itu. Mereka sangka mereka tinggi sangat dalam masyarakat dan kalau mereka bercampur gaul dengan golongan rendah,
kedudukan mereka pun jadi rendah juga.Kalimah شِقاقٍ pula bermaksud perbezaan antara dua benda. Iaitu perkara yang jauh bezanya, sampai takkan berjumpa.
Seperti persimpangan yang berlainan arah dan takkan bertemu. Ia sesuatu yang takkan boleh duduk sekali. Macam batu yang sudah pecah takkan dapat disambung balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan