Lagu ini pertama kali ku dengar pada tahun 1978 walau pun beberapa tahun sebelumnya lagu ini telah pun dirakamkan oleh penciptanya iaitu Titiek Puspa dan telah juga diulang rakam oleh Acil Bimbo. Sentuhan penerbit album ini iaitu A Ali menggunakan piano untuk muzik intro nyanyian Dhalan berbeza daripada muzik intro nyanyian Titiek Puspa atau Bimbo yang menggunakan violin/organ. Kedua-duanya sedap didengar kerana blend dengan mood lagu dan meninggalkan kesan tersendiri kepada lagu. Mungkin Arwah Dhalan seorang peminat Bimbo kerana lagu Kisah Seorang Biduan yang dibawanya semasa final Bintang RTM 1974 juga merupakan lagu nyanyian Bimbo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan