Isnin, 23 September 2024

Rindu sgt masa bersama mereka,




Kami berkelah di Taman Tasik Cempaka lagi... Rindu sgt perkelahan masa lalu... Hari ini anakku ku beli untukku sambal terung dan gulai siput sedut ini siput laut... Aku sangat suka.. Aku kan org kampong yg rindu pada makanan kampong, kehijauan daun2 kayu sbb aku petani yg dah pencen.  Kakak dan adikku suka sgt dgn pencennya aku jadi petani. Hihi itu kegemaran aku.. Ya betul macam Pakku dan Makku sampai satu masa kena letak kerja itu buat org lain sambungkan.. 

Suratan Allah dlm hidup membuat aku panjatkan kesyukuran... Aku tak pernah tak redho dgn takdir ini.  Hihi klo baik kampung banyak hari aku boleh melorek kembali lukisan lamaku... Rabbb... Rindunya aku.. Tapi sekarang aku ada Quran bersamaku untuk hiburan masa tua... Syukur. 



Makanan aku hari ni..Ni pon nasi banuak sangat.. Tumis sambal terung dan kuah gulai.. serta siput sedut.  Siput in adalah siput laut...Hihi sama ja rasa macm siput sungai.  Aku suka makan siput sedut ni.  Ia mengingatkan aku kepada makku..serta kampongku..nun jauh disana. Syur tumisan terung org ni kurang masin.  Aku suka gulai yang sedikit lagi msin.  hihi..


Hah ini ada anakku belikan pembasuh mulut nenas .  Nenas adikni manis sangat..Syukur.  


Makanan ku untuk kelah kali ni.  Rindunya berkelah di Taman Tasik Taiping macam dulu.  Kalau ada teringat nak makan Ayam Mas daku akan ajak kawanku .miridku ka atau anakku datang ke taman Tasik Taiping berkelah di Gezebo tu sangat seronok untuk di ingatkan.  Perkelahan yang sangat simple dan unik dengan bersembang2 kadang2 cerita besar dan kadang2 cerita kecil...Rabbku masa tu dah lama berlalu.







Aku dah terlalu tua...Tak cantik mcam dulu...tapi aku masih boleh tersenyum mengingatkan masa kini yang penuh dengan cabaran hidup di usia emas ini.  Syukur Allah masih memberi aku tenaga untuk berjalan kadang2 makan angin cara orang tua2.  Hihi kalau dulu tentu aku habiskan masaku pergi fishing...ke driving range , tapi bila tua begini terfikir ianya merugikan masa ...Berpeluh?  Memang berpeluh.  Dulu kalau pukul bola Golf aku lebih jauh pukulan pada Mak2 Datin tu...My Ex dulu adalah guru Golf kepada Pro2  Golfer yang nak ambil "Profesional Golfer."  tu.  Bila mereka nak bertanding selalu panggil dia ajar teknik2 terrentu  Golf.  Yg tu aku tabik la dia pandai.  Aku tak boleh nafi keismewaannya di satu, masa dulu.  Dia pernah menaikkan satu Golf Resort dapada A hingga Z.  Dia  yang menaikkan Pandanusa Golf Resort, Pulau Besar Melaka satu masa dulu .  Aku kagum jugak dengan dia kerana ketika itu Kelab Golf itu adalah diantara satu2nya Kelab Golf di Malaysia yang tidak  menjual Rokok dan Minuman Keras atas arahannya.  Tabik Buat Shah.  Kejayaan paling hebat adalah mereka menerima Pelancong dari Luar Negara dalam Satu Cruise yang besar untuk ke Pandanusa Golf Club Pulau Besar, Melaka.  Dia Resort Manager di situ.  Club Golf Tersebut menjadi Kebanggaan Datok Azmi."My Baby".  Kata nya... 
Mereka rancang begitu baik sekali.   Itu sebab di setiap percutian kami akan pergi ke Melaka dia akan Mengimbau Nostalgia dia di Pulau Besar.  Bila dia sampai ke Melaka ramai anak2 buah dia datang berjumpanya...
Aku puji dia . Dia seorang yang sangat humble. merendah diri sangat.  Orang Lenggong tak kenal dia. 
Syah ada bakat.   Dia berbakat dlm  menulis kertas kerja bila orang nak membuka  cafe, farmasi driving range dll...orang akan cari dia.  Kami berpisah secara baik kerana kami dah tak sehaluan.  Aku bersyukur sangat kerana kami berpisah dan kami tak menyakiti antara satu sama lain.   Syukur Ya Rabb. Moga Shah damai disana dan aku damai di sini.  Aku tulis ni ,bukan apa2 hanya sebagai ingatan orang yang pernah berkhidmat padaku dan aku pernah berkhidmat padanya. Damaikan kami Ya Rabb.



lawa sungguh awan....
Pon disini...lawanya...

MaasyaaAllah lawa sungguh...Ya Rabbku...



   
Wow...Kelihatan langit yang bersih di celah dahan dan  daun pohon rhu tu ...aku suka. sangat.






Langit yg cantik di payungi daun2 pokok rhu... Wow sekali... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan