Sardin Puff ini adalah menu mudah yang sedap untuk dibuat makan malam. Ini adalah sntapan Jasmani sahaja. Tapi perlu di syukuri. Syukur Ya Rabb aku tetap bersyukur. Masih lagi Jari jemariku dapat menghasilkan kueh yang sebegini enak untuk ku cicip buat kenangan yang akan ku tinggalkan. Aamiin. Aku sedang ,melorek awan untuk aku melukis kenangan. Lukisan di Awan ini yang bakal ku tinggalkan nanti...Bolehkan kau menikmatinya. Lukisan ini. Kau perlu nampak lakaranku di awan. Awan di langit biru.
Eni ...Ini hiburanmu dalam meniti hidup yang sikit lagi bakal berlalu. Ya betul tu...Aku bukan lagi Noraini dahulu yang boleh bergaul dalam beribu manusia macam dulu. Aku adalah aku...Aku lihat kawan2ku terbang di luar sana dengan riang ria menjadikan aku takut Ya Rabb..,. Aku bukan Noraini yang dahulu...Aku Noraini Rumahan Ya Rabb. Kau peluklah dengan keimanan. Aku takut sangat mata "helangku" yang boleh melihat keindahan yang jauh itu. Aku kena limitkan 'Eagle eyesku' dan 'Hawkeyeku" InsyaaAllah kau boleh Eni.
Jauhkah lagi perjalananmu?...Entahkan dah dekat tapi entahkan jauh lagi. Engkau yang kena hiburkan hatimu. Jangan kau biarkan ianya pergi begitu sahaja. Abaikan segala rasa duka dahulu yang menghimpit rasa. Berpijak di alam nyata. Jangan mengharap sia2. Itu bukan Noraini dahulu...Itu bukan aku. Di samping santapan Jasmanimu kau perlu ada santapan Rohani. Berusaha terus maju. Biarkan mereka bebas diluarsana. Telah lama kau tinggalkkan "pandangan mata helang" mu. Tinggalkan terus. Jangan kau kembali..."Forget your eagle eyes Noraini. Please Forget your Hawke Eyes also... It's you Noraini. Kosongkan benakmu ...kosongkan otakmu macam dulu...Barulah kau menjadi Noraini yang kuat. Yes Allah will always be with you. InsyaaAllah.
Kau rangkum kembali sajak yang berpuluh tahun kau gengam dulu. Pegang kuat sampai kau berjaya. InsyaaAllah dengan solat hajat kau akan berjaya lupa macam dulu.
Betapa pentingnya lupaan...Yaa Rabb. Begitu jugak pentingnya ingatan Yaa Rabb...
Ingatan dan lupaan. Kedua2nya amat penting bagi kita. Ingatan sementara dan ingatan kekal. Mana kau mahu Noraini? Mari kita share sajak Anis Sabirin ini kalau2 ia boleh menjadi ubat pembalut lukamu sekali lagi .
"Ku Bunuh Cinta."
Ku bunuh cinta dalam hatiku,
Pisau tajam berkilau,
darah pecut merah, aku menjerit
Ketawa dalam kepedihan.
Cintaku terkulai merah
Gigil kian lemah
dan pisau tajam berdarah
kulempar jauh-jauh
Hilang di balik malam
Sudah ku bunuh cintaku merah
Darah mendidih pekat
Aku senyum
Aku tidak lagi cekan
Di bunuh oleh cintaku.
Titian Zaman .... "Anis Sabirin"
Kepada sesiapa sahaja yang dalam rasa "keserbasalahan" Ambil sajakku pinjamkan ini ... Gengam...kau akan berjaya melupakan mereka yang kau serbasalah untuk kau lupakan. Sedekahku di pagi mulia ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan