Ahad, 18 Februari 2024

Berakhirlah mlm pada hari ini


Anakku:   Mak ...minum air...ya !ya.! mak minum!...daku dah rasa macam nak termuntah, dah minum air...berdoa pada Allah moga tak begitu...Anak ku berpesan mak minta doa pada Allah agar mak jangan geli makan itu geli makan ini mintak agar Allah bagi mak larat/lalu makan apa sahaja....Mak tengok, mak tiri anis dah tak ada nikmat makan sekarang banyak benda yang dia tak lalu makan.  Daku berdoa agar Allah bagi aku lalu makan.  Hari demi hari daku jadi geli...Ntah lah...
Moga Allah bagi aku lalu makan...InsyaaAllah. Nikmat makan nikmat tidur adalah anugerah Allah.  Eni...banyaklah  berdoa agar kau dalam handle hidup yang berbaki ini dengan selesa.  InsyaaAllah.

Anakku cakap tadi ada kawannya tanya adakah mak ,benarkan dia pergi makan angin dengan abahnya? Anis jawab, mak saya tak pernah pon marah malah mak lagi nasihatkan saya, agar menghormati Abah saya  kerana, tidak mahu saya berdosa malah mak saya  ajar saya kena sayang ibu tiri saya  sepertimana saya sayang mak.  Itu ajaran Islam.  Mak takut berdosa memutuskan ikatan silaturrahim dan kasih sayang antara seorang ayah dengan anaknya.

Aku ingat lagi, kali pertama anis mula mengenali Abahnya ialah semasa Mak Ndak Hindon bawa Anis pergi bayar bil elektrik di pejabat pos Lenggong.  Anis anakku, telahku biasakan agar dia membayar bil2 letrik dan air di pejabat pos  dari umurnya kecil lagi.   Hari itu Anis pakai baju merah naik ke tangga Pejabat Pos.  Kak Kamsiah ternampak Khairol ayah Anis lalu... Kak Kam Siah Panggil Khairol!  Khairol baru keluar dari Klinik Lenggong sebab ada buat pangku tugas di Klinik Lenggong.
"Khairol!...Hang nak jumpa anak hang tak? Tu budak yg baju merah naik tangga pejabat pos tu, anak hang... Terkejut Khairol sambil masuk kekereta kak Hendon.
Kereta Kak Hendon Besar di belakangnya 'Odessey kak Hendon.Lapang anis tak perasan ada orang.

  Setelah dia bayar bil dia terus masuk ke kereta.  Terkejut dia bilamana seorang lelaki peluk dia sambil menangis. Dia tak pernah tengok pon lelaki ini sebab lelaki ini semasa penceraian berlaku diambil kesemua gambar2nya ,tidak berbaki satupon...Dia seorang ayah yang berjaya mengagalkan anaknya mengenalinya semasa kecil...  Hi! hi Senang tak menangis. 

 Anis pulak tak tahu apa2, keras saja badannya  bila di pelok oleh abah dia.  Akhirnya abah anis hulurkannya RM100.  Hi hi...
Mulai dari hari itu daku benarkan anis pergi mengikut abahnya jika, dia mahu membawa anis berjalan makan angin ke mana2.   Anis suka ikut pergi makan angin dengan mereka kerana dia suka, dia ada kawan semasa bercuti.  Dua orang adiknya sebagai kawan.

Jika daku ajak makan angin ke Telok Senangin ka ,Langkawi ka, nampak anis tak interested langsung,  dia kata sebab tak ada kawan...Mula tu daku sedeh juga...Lama2 daku jadi biasa...Lagipon daku dah ditrain bahawa pahala jika daku ajar anakku menghormati abahnya.  Daku tak mahu, jika anakku membenci abahnya sendiri...Syukur Allah lembutkan hatiku begitu. 

Daku mula sabar , apabila daku dengar Khutbah Jumaat di TV.   Daku memang tak pernah lepaskan peluang bila hari Jumaat daku mesti dengar Khutbah Jumaat di TV yang dipasang kuat...
Khutbah bermula Khatib berkataBarangsiapa  memaafkan orang yang pernah bersalah kepadanya, maka akan Allah bangunkannya "Istana Emas di Syorga" 

Masa itu, marahku terhadap Khairol masih ada, tetapi dengan dengarnya khatib menyebut ayat tadi daku jadi sabar dan dapat memaafkan dia.  MaasyaaAllah...semua itu datang dari Allah.  Daku tahu Allah sayang daku.  Allah tak suka daku simpan dendam dan marah agar daku dapat grabb pahala di akhirat nanti...   Adoi dah 1.20 pagi... Selamat pagi Noraini.  Bye! Bye!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...