Daku dapat puasa sampai ke akhir semalam. Terima kasih yang sudi mendoakanku. Syukur Ya Rabb. Kiranya daku dan makin pulih sangat2 dah...InsyaaAllah. Semalam means Kelmarin hari Isnin ,Puasa Sunat Isnin...Hihi daku dah berjaya Puasa ...daku memang rindu sangat puasa. Hari ni daku puasa lagi daku bangun sahur macam biasa ...Kami makan nasi yang sedia ada...Anakku nak buat nasi goreng sebab aku request nasi goreng tumis cabai letak sayur. Tiba2 tengok gas habis...Tapi kami masih boleh makan Nasi semalam /kelmarin yang daku masak lebih sikit .
Kami makan dengan gulai "pajeri terung" yang anakku masak siap2 dalam 3 portions sebagai simpanan memudahkan dan mempercepatkan kerja memasaknya. Hihi Nasib baik. Bubuh dlm microwave, selesai dapat makan. Puasa lagi tapi hari ni, bukan puasa Rajjab, (Mana ada puasa Rajjab) tapi kami Puasa Nabi Daud. Puasa selang sehari. Kira hari ni hari mula posa Nabi Daud. Nasib dapat sahur juga. hihi syukur daku dah boleh posa. Berapa lama dah daku tak posa. Daku memang lemah sangat sekarang daku dah makin pulih. hihi syoknya.
Petang ni teringin nak berbuka dgn mee rebus, Mee rebus sepatutnya kena ada cili besar yang hijau...anakku akan cuba beli selepas kerja nanti..Daku akan membuat kuahnya dan anakku akan membuat kerja untuk mencelur mee dan sayur2..Syukur daku dah punya sedikit kekuatan untuk memasak kuah mee tersebut,.. Daku akan rebus siap2 telur rebus...itu saja kerjaku, seterusnya anakku sambung lepas dia balik kerja. InsyaaAllah beres tu.
Syoknya sihat. Syukur sihat Ya Rabb. Aku akan menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur Ya Rabb. Moga daku bertambah2 sihat lagi Daku yakin dengan janji Allah, jika daku bersyukur Allah akan tambah kesihatanku. InsyaaAllah. Aamiin. Doakan daku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan