Dia adikku, kami besar bersama macam kembar masa kecil...Umur kami tak jarak mana...Hihi hilang rindu pada adikku Maznah...Seronok sangat berjumpa sebab dah bertahun tak bersua muka. Hari ini Faiz datang kakaknya Aini Rohaya serta anaknya, Nurul Husna cucu Maznah juga ada. Seronok sangat kami bersembang santai...Hihi. Maznah ni adikku yang unik sangat di mana sahaja dia sampai ,dia rajin bergambar. Tak pernah hilang kenangan termasuklah gambar2 dan video masa anak2 masih kecil. Hebat adikku ni. Hebatnya dia daku katakan bila dia bersungguh2 mengajar anaknya membaca menulis mengira dlm bahasa Melayu semasa mereka baru balik dari Jepun. Mengajar sendiri, bukan mudah bagiku, baik ilmu dunia mahupon ilmu akhirat.
Masa Kak Hindon dan anaknya Qurata Aini datang melawatku, kami tak rakam gambar...terlupa kami sebab gembira sangat lama tak bertemu. Mungkin masatu daku masih lemah. Mereka jugak lama tak balik kampung dulu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan