Assalamualaikum,
Hari ini saya cuba menulis lagi setelah sekian lama menyepi. Ramai yang mencari cari Kajian Tindakan dan saya Ianya telah mati bersama matinya account WordPress saya
Alhamdulillah saya akan kembali menulis demi membantu apa yang patut bagi saya untuk memudahkan adik-adik guru yang sentiasa melawati halaman saya untuk menjenguk Kajian Tindakan yang pernah saya coretkan dahulu.
Disini saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya telah dengan rasminya bersara dari bidang perguruan bermula dua haribulan Januari 2012. Saya kembali menulis apabila saya masih lagi mendapat panggilan daripada adik2 yang bertanyakan mengenai Kajian Tindakan khlas kerana Allah saya kembali menulis. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa ingin mengkaji demi untuk memperbaiki lagi pengajaran masing2 demi kebajikan anak-anak murid tercinta. Saya tahu betapa bagusnya jika guru-guru membuat kajian tindakan Ini pendapat saya yang tidak boleh saya lupakan semasa saya menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan dahulu.
Saya sekali lagi akan mencoretkan kisah-kisah dan pengalaman saya dalam kajian Tindakan. Cadangan saya untuk mengeluarkan buku mengenai “Nori’s Quick Score” tergendala buat beberapa ketika kerana saya sakit. Banyak masa saya tumpukan kepada sakit saya. Hari ini saya masih boleh bersyukur kerana ramai murid saya membuat matematik dengan menggunakan teknik saya, malah saya melihat semasa kelas tambahan ada juga murid lain diajar oleh guru mereka dengan teknik ini. Syukur kepada Allah. Moga dengan adanya teknik ini murid yang lemah dapat memahami(menangkap) pelajaran dengan pantas.
Helmi…Saya kagum dengan anda kerana mengajar teknik ini kepada murid2 anda. Saya nampak murid anda dapat membuat matematik menggunakan teknik ” Skor Pantas Saya ” semasa kelas tambahan yang saya bantu sebelum saya pencen. Terima Kasih dari saya.
Helmi. Jika Helmi membaca artikel saya saya harap Helmi teruskan mengajar teknik ini dan bersemangat untuk menulis Kajian Tindakan seterusnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Nor Ema kerana berminat untuk belajar teknik ini…gunakanlah ia dan semoga Raja Ema juga berjaya dalam kerjaya yang mulia ini.
Saya kurang faham dengan keadaan di sini.Jika di Perak ” Satu sekolah satu kajian Tindakan menjadikan Guru Besar sangat hampir dan arif dengan Kajian Tindakan tetapi di sini ianya tidak dihighlight sebegitu rupa. Mungkin satu hari nanti ianya akan diwajibkan juga …siapa tahu???.