Sabtu, 12 September 2026

 


 

Jumaat, 11 September 2026


 

Selamat menunaikan Solat Tahajjud dan Solat Tardhu Subuh...

 

Jumaat, 11 September 2026

 

Ahad, 31 Mei 2026

 


Sahabat adalah mereka yang tetap ada...


 

Sabar , Redho dan Syukur

  Sabar , Redho dan Syukur

Doa iftitah yang di riwayatkan oleh Imam Muslim... Dari Sahabat, Abu Salamah.

Rasulullah baca doa ini sebelum baginda memulakan solat Qiam malam.

Allah humma rabbal jibrail, wa mika il waa is rafil, faa tiras sama wa ti wal ard. A' limal ghai bi wash sha ha dah, an ta takh ku mu bai ni iba di ka ki ma iba di ka nu fi hi yakh talifun ih dini li makh tuli fafih hi minal haq ti bi iz nih.


Ya Allah Engkaulah Tuhan Jibril,Mikail, israfil, Yang mula2 mencipta langit dan bumi,
Paling mengetahui benda yang tersembunyi dan benda yang nyata,
Engkaulah tuhan yang memberi keputusan kepada hamba2 kamu yang berselisih,
Tunjukkan kepadaku apa2 yg di perselisihkan ini dan benda itu cenderung kepada kebenaran dengan izin Kamu

Doa ini menepati tempat kedua selepas doa Istiqarah yang Nabi ajar.


(Rujuk doa di perisai Muslim.)

Apa itu Ikhlas?

 

Ahad, 6 September 2026

 

Rabu, 29 Mei 2024

Apa itu Ikhlas?


Satu hari Rasulullah pernah di tanya tentang Ikhlas.

 Rasullullah berkata, beliau belum pernah ditanya tentang itu sebelum ini.

Ya Rasulullah...

Apa itu Ikhlas.?

Rasulullah berkata beliau tidak tahu dan akan bertanya  Jibril...

Jibril berkata dia tak tahu  maka dia akan bertanya Allah Azzawajalla.

Jibril berkata:    "Biarku tanya Rabbal Izzah."

Kata Allah Ikhlas adalah satu rahsia daripada rahsia2 yang kutitipkan kepada hamba2Ku, di kalangan Aku kasih dan hanya orang yang tahu ikhlas itu sahaja yang tahu  erti Ikhlas.

Ikhlas hanya kerana Allah.

Susahkah hendak Ikhlas...Ya Memang Susah...

(Adakah  tujuan lain datang bagi Ilmu...Tiada lain melainkan Allah.)

Itulah tujuan ibadat yg Allah terima. " Hati itu adalah pandangan Allah"

Kita besarkan anak2 bukan kerana mengharap pertolongan dari anak2 kita. 

Bahawa memuliakan ibu ayah adalah kewajipan.  Lepas tanggung jawab ibu ayah untuk memberi ilmu kepada anak2 agar mengenal Allah.

Ikhlas itu:"   Jika Allah tak buat syurgapon daku beramal jika ada syurga pon daku beramal.

Jika solat Dhuha ...aku tak mengharapkan murah rezeki..tapi daku solat kerana Allah.

Bagi setiap makam itu ada orangnya.  Mari kita jaga hati kita.  Kita perbetul hati kita supaya hati kita di pandang Allah.  Bila hati di pandang Allah...Maka dekatlah kita denganNya.   Orang yang berjalan kepada Allah adalah orang yang dekat kepada Allah

Hati kena murni, dicuci sehingga bekas2 makhlok pon tiada.  

Hati kena bersih dan suci...  ketika itu ,,,masuklah kebesaran Allah kepada kita.  Ianya satu perjuangan yang panjang.  Berlawan untuk membersihkan hati.  Umpama baju yang putih...didapati ada kotor...bersihkan cepat2.  Barangkali baju kena minyak...kita tertanya2 keluar atau tidak.

Kalau hati kita ada hajat membuat kejahatan...maka hati melawan...jika kita buat juga ...maka kejahatan itu akan susah nak keluar...MaasyaaAllah,.

Tolong  lawan nafsu yang ada dalam diri.  Jika kamu tolong Allah , nescaya Allah tolong kamu.  Tolong Allah ialah tolong nafsu dalam diri...

Cukuplah kita kata bagaimana kita nak mengikhlaskan diri kita.  Perjuangan untuk membersihkan jiwa adalah perjuangan yg sangat mencabar.  Tapi seandainya kita berusaha.  

Almukhlasin...orang yang ikhlas dalam mungerjakan kerja2 agama.

Al Mukhlisin masih dalam tipu daya Iblis dan syaitan...Janji Iblis akan ku sesatkan mereka melainkan mereka2 yang Al Mukhlasin (yg ikhlas dlm mengerjakan kerja2 agama.)