Khamis, 16 April 2026
Doa selepas solat agar mengingati Allah, bersyukur kepada Allah dan selalu beribadat kepada Allah.
Tuesday, 21 January 2025
Surah AT-TUR(17-28) Tq...(Orang yg bertakwa akan berada dlm syurga yg penh kenikmatan...)
Pengalaman Penempatan Di Kampung Sendiri..( Terima kasih teman yg view...daku meniti kenangan kembali)syukur.
Jika tidak mereka view mungkin daku dah lupa apa yg kulalui dulu. hihi...Tq teman2.
Rabu, 3 Ogos 2022
Pengalaman Penempatan Di Kampung Sendiri...
Setelah keluar dari Maktab, pada tahu 1985 daku ditempatkan mengajar di Kampung Halamanku sendiri. Pada ketika itu ada sahabat2 ku yang bertanya kepadaku samada daku ada kabel besar untuk dapat kembali ke kampong halamanku...Sebenarnya tidak,.. ini adalah polisi Kementerian Pendidikan pada masa itu. Daku di tempatkan mengajar di sekolah Kebangsaan Lenggong, Perak. Sekolah ini adalah sekolah dimana aku belajar semasa kecilku. Di sekolah rendah inilah aku mengenal A,B,C...1,2,3... hehe seronoknya kenangan...Daku murid tua di sekolah ini....
Pada masa ini daku mengenal erti dewasa...aku mengenal teman2 ibuku serta bapaku. Jika dahulu daku tak pernah sekali kali mengenali mereka meskipon teman ibu dan bapaku pernah datang kerumah ibu. Akhirnya daku Allah ketemukan dengan mereka disini. Mereka yang belum bersara menjadi rakan sekerjaku. Berganding bahu bersamaku , mendidik anak2 Lenggong tercinta.
Pada masa ini daku mengenali Cikgu Aziz,Cikgu Bahari, Ustazah Masitah dan ramai lagi kawan2 ibu yang mengajar di sekolah yang berlainan denganku tatkala berjumpa ketika kursus atau sebarang perayaan sekolah. Semoga kawan ibuku yang telah pulang ke rahmatullah dicucuri Rahmat ke Atas Rohnya disana. Aamiin....
Semasa mengajar di sini daku membeli Rumah di Taman Meor berhampiran dengan Taman Bukit Raja Lenggong. Tiba masa daku berpindah ke Taiping...daku jual rumah ini...Daku malas menyelenggarakannya untuk disewa. Dengan itu rumah yangku sewakan itu kujual.
Apa. Khabar..
-
Assalamualaikum sahabat. Tadi, semasa daku menunggu di luar HSAAS (UPM) daku pon santai buka phone. Nak dengar ceramah bunyi bising rama...
-
Apakah yg menyebabkan anda senyum wahai Rasullah. Sesungguhnya telah turun kepdaku satu surah... Surah innaa' thoina kal kau sar.. ...
-
@bkerdas 2 years ago Lagu ini pertama kali ku dengar pada tahun 1978 walau pun beberapa tahun sebelumnya lagu ini telah pun dirakamkan oleh ...




