Selasa, 22 September 2026

 Babykan macam nenek...Sendiri Lagi...

Selasa, 24 Oktober 2023

Baby...Sendiri...Lagi
















Mas ini kenyataan hidupmu kan Mas...Mas daku pon sama ...Hampir sama dengan perjalanan hidupmu Mas.  Mari kita nikmati bait2 lagu ini.  Cuba kita fahami...Moga kita akan bahagia dgnnya.  Moga hidup Mas tenang dan Happy.  Saya doakan Mas.Mas doakanlah saya.

Selasa, 16 Julai 2024

Hey ...Julio Iglecious




Mas...daku tak suka lah lagu ni ...lagu ni membuat daku bedendam dengan seseorang...Sedangkan daku sekarang sedang mengajar diri ku tak berdendam..Moga daku hapuskan rasa dendamku di pagi yang dingin ini.  InsyaaAllah.  Jangan di semarakkan dendammu pada seseorang Mas .  Kau akan kecewa sudahnya.  Kita ingat ya ...Allah lihat kita dari atas sana.  Moga kita tak demdam lagi...Tq Mas, 4 the lagu...

Khamis, 24 Oktober 2024

Broery Marantika Story' WA (1),

 

Assalamualaikum sahabat2ku.

Ini lagu yang sangat baik buat kita semua,  

Mari kita sama2 bersyukur dan manfaatkan lagu pendek ini.

Rasanya macam Allah hantar untuk aku dan kau...Hihi

Cantik bahasanya kan, iramanya juga merdu, harmonis sangat,

tanpa ada rasa dendam serta  lembut jugak alunannya.  Ia nya membawa

seribu makna, menarik  dan menambat hatiku. Jom kita nikmati bait2 senikatanya

yang membuat kita rasa damai.  InsyaaAllah.   Ia nya nyata mendamaikan hati kita..

Cuba kau dengar beberapa kali...Ternyata enak hantaran ini...MaasyaAllah.

Bismillah...Assalamualaikum...


 Bye bye daku kena makan pagi utuk telan ubat...Hmmm Selamat Mendengar Ceramah Ustaz.




 Salam...Daku nak baca balik ini.  

Rabu, 24 Disember 2025

"Daku hamba Allah yang hina"

 

Isnin, 15 Disember 2025

"Daku hamba Allah yang hina"





Jika anda ingin berlumba dalam sesuatu, berlumbalah untuk meraih keredhaan Allah dan mencapai tempat tertinggi didalam syurga.

Mari kita berlumba-lumba kearah ini.  Jangan kita lupa , tiada apa yang lebih bermakna daripada ini.  Kumpullah dari sekarang pahalanya walaupon terpaksasa kau raih dengan kadar  sedikit demi sedikit.  Jika tidak sedikit masakan dapat  menjadi banyak.  Pahala itu akan Allah balas meskipon  sebesar zarrah.
Mari kita ingat buatlah kebaikan dari sekecil2 kebaikan dan Nabi berpesan Jangan dipandang remeh dengan pahala2 yang sedikit.  Ingat sekecil2 Iman ialah mengelakkan daripada berlakunya perkara mungkar.   Jika kita tak mampu mengelakkan dengan  melaksanakan  sesuatu yang besar,  setidak2nya kita memberitahu atau menegurnya, jika kita tak mampu menegurnya  dengan lisan, maka kata Nabi SAW serendah2 Iman itu kita menegurnya dengan hati.

Mari kita ambil iktibar kita(engkau dan aku ) akan bertemu Allah tak beberapa lama lagi.  
Sebaik2nya kita saling tegur menegur,  Daku rela meerima teguran,  meskipon terluka dihati.
Kita gigit kuat2 pesan Nabi kita ini jangan terlepas. kita sama2 jujur dalam hidup kita ini kerana "Siapalah kita di dalam bumi Allah yang tidak kekal ini" Kita tak  kekal, sahabatku.  Kita akan pergi.  Kita akan bertemu Allah jua.

Mari kita merendah diri kepadaNya dan keranaNya.  Daku mengaku ,bahawa daku tak selayaknya menegur sesiapapon kerana daku bukan siapa2 dan daku hanyalah guru biasa,  Daku bukan Ustazah Asma' Harun, daku juga  bukan  Ustaz Maza yang hebat itu...daku hanyalah  sahabatmu yang tak pandai mana.  Bijak daku tiada, malah pangkat  jauh sekali.  Siapalah daku di sisi sahabat.  

Sebelum daku mengundur diri daku susun jari sepuluh ingin memohon maaf di atas setiap teguran yang daku buat dan pernah buat,  Maafkan daku.  
Itu sahaja yang daku mampu pinta dan daku  sedar"Daku hanyalah hamba Allah yang hina"
Sahabatmu.  

 

Ahad, 25 Februari 2024

Bismillah....Assalamualaikum!


 Daku akan view yang diview sahabat kerna nak pilih mana2 yg best untuk ku upload balik. (Mana2 yg ku suka) .  

Untuk daku buka balik hantaran lama2 ku agak sukar.  Jadinya  ..Tq ucapan dari ku.  Moga bermanfaat.


Untuk makluman daku tak boleh upload banyak2 dlm sehari kerana jika banyak sangat , ianya akan  disekat.  So kena tunggu sehari pulak.  Jadinya daku pilih2 blog mana nak ku letak.  Jimat2.  Insyaallah.

Moga masih cukup.  

Wassallam

 

Ahad, 4 Ogos 2024

Dzikir Waktu Petang buat keluargamu,

 Asalamualaikum sahabatku semua.  Ini adalah zikir waktu petang yang boleh sahabat print dan bukukan untuk keluarga tercinta,  Ianya memudahkan anak2, isteri/suami  serta saudara mara untuk membacanya jika diprint pada kertas A4.  Hihi terutama warga emas.  Make sure anda membayar kembali kepada pejabat jika anda print dipejabat senilai kertas dan inknya.  Sekian Terima Kasih.