Ahad, 16 Ogos 2026





 

 

Khamis, 11 Jun 2026

 

Jumaat, 6 Mac 2026

Hold On To Me | A Heartfelt Dua To Allah | Lyric Video

 

Sabtu, 27 September 2025

The night.. Al lail


1)  Demi malam apabila ia menyelubungi  segala-gala dengan gelap gelita.
2) Dan siang, apabila ia lahir terang benderang
3)Demi Yang (menciptakan makhlok2Nya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina):-
4)Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai2 keadaan
5)Jelasnya:  Adapon orang yang memberikan apa yg adapadanyake jalan kebaikan dan bertakwa(mengerjakan suruhan allah dan meninggalkan sebarang larangan.)
6) Serta ia mengaku dengan yakin akan perkara yg baik
7)Maka sesungguhnya kami akan memberikannya  kemudahan untuk mendapat kesenangan(Syurga)
8) Sebaliknya:  orang yang bakhil(daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya.
9)Serta ia mendustakan perkara yang baik

You need a partner in your life...You need someone to support you...to go to someone when you need...his support or when need...he need your support  or ect...ect....but ,We have to live all together in order to continue and carry on...This is how what we understand from the ayah and the verses of Allah The Almighty...

Semua manusia suka ada pasangan hidup...tapi banyak yg kita  bimbangkan apabila kita dah berusia tua, kita hanya boleh percaya kepada orang yang benar2 ikhlas sayang dan cinta kepada kita bukan hanya (admire kita sahaja)
Dia sanggup menjaga kita di samping kita menjaga dia.  Bolehkah kita dapat  yang benar2 mahukan kita,
 di saat kita berusia  tua?   
Itu semua di tangan Allah. 

Ini pendapat saya. 

 Bismillah...Assalamualaikum

Saya ingin memohon maaf kerana Allah atas segala hal yang menyentuh hati atas kata2 saya selama ini.  Tak perlu nak balik kampong nak raya ka, baru nak minta maaf.  Takut nyawa saya habis malam nanti  atau bila2 masa.  Maafkan saya Ya.. Kerana Allah..  

Ahad, 29 Mac 2026

SEBELUM BALIK MAAFKAN SAYA KERANA ALLAH..

 ASSALAMUALAIKUM...

 DAKU UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRANMU SELAMA INI.  KESUDIAN UNTUK HADIR  DENGAR CERAMAHPON PON BUAT DAKU GEMBIRA .  BIASALAH SEGALA KESILAPAN  BERLAKU KERANA TAK ADA DIALOG ANTARA KITA.   SEBENARNYA PERANTARAAN SAHABAT DAN SAYA HANYA BACAAN PERASAAN SEMATA2.   KITA BUKAN MALAIKAT UNTUK MEMAHAMI/ MEMBACA HATI MANUSIA.  BERCAKAP DAN BERSEMUKA BARU JUJUR DAN KEFAHAMAN UJUD.   

ALLAH CIPTA  MULUT UNTUK BICARA.  AKAL UNTUK MEMIKIRKAN HATI  DAN KHALBU UNTUK MEMBUAT PERTIMBANGAN..SEMUA YG ALLAH ANUGERAHKAN  ITU KITA TAK GUNAKAN.  

TIBA2  SAYA TERFIKIR,  MUNGKIN SALAH APA YG SAYA TULIS PADA  LAGU ITU.MUNGKIN BUKAN DARI SAHABAT..... MAAFKANLAH SAYA  SEBAGAI SEORANG SAHABAT KERANA ALLAH " Inni muhibbukum fillah"    MAAFKAN KAN SAYA  KERANA ALLAH .  SAYA TAKUT  PERJALANAN SAYA  TAK BERKAT SBB ADA SALAH  TERHADAP  SAHABAT .  DOAKAN SAYA DAN SAYA  DOAKAN SAHABAT  SELAMAT SEPANJANG HIDUP.

SAYA  HARAP SAHABAT  DAPAT MAAFKAN SAYA .  

TERIMA KASIH.  

 Rajin nya view cerita2ku di kampong. ..sebenarnya daku rindu...Tapi harapan untuk mendapat hasilnya belum tahu sebab banyak monyet dan babi menurut adik iparku.  Tak apalah anggap  sedekah pada haiwan tu aja.  Moga dapat pahala.  Ntah bila daku boleh balik kampong lagi.  Cuma ada rindu dihatiku.  Baru2  ni daku balik pokok2 ni dah besar2 belaka.  Pokok Kurma itu pon dah di makan anai2 jugak.  Sebenarnya tanah bahagian belakang ini ada anai2.  Baru daku  teringat  ianya adalah kerana terdapat batang pokok durian Pak yang tertanam di situ.  Mungkin akarnya menjadi sarang anai2 (busut)  Dari situ sbb anai2.  Sebenarnya boleh basmi dgn racun anai2.  Tapi daku dah tak punya masa dah.  Sekarang pokok semua tu dah besar2 .  Pokok masta...manggis Terengganu tu dah berbuah.  Hmmm buahnya rapuh sedap.  Betul ia buah mesta.  Bila kena tinggal semua pokok ni dah meragam. Durianku tak pernah berbunga lagi.   Daku lihat mnasa balik kampong pokok rambutan kecilku dah berbuah tak sempat rasa .  Moga buah nya sedap.  Pin dah letakkan baja ...Moga cermai boleh berbuah, mempelam Maha., avokado, longan pingpoong dan merapoh...(kundang Thailand.)

Ahad, 14 September 2025

Tanaman di keliling rumah saya yang baru belajar berbuah (Part 1)


Update...Pokok Rambutan yang saya sangkakan rambutan anak sekolah rupa2nya Rambutan Gading... Dah 3 kali berbuah .  Banyak buahnya malah saya sempat bersedekah kepada jiran2 sekeliling rumah saya.  Pernah juga Shah bawa  ke masjid pada masa itu.  Ianya adalah Rambutan Gading.  Penjual pokok2 tu pakai sebut aja nama tu...tapi daku tak menyesal kerana rasanya sedap sangat...Rapuh isinya.  Malahan jika daku kupaskan ia dan letak dalam peti sejuk ...sangatlah sedap.  hihi Syukur.  Menurut Bah adik iparku baru2 ni pokok mastaku atau manggis Terengganu yang rapuh dan sedap dah belajar berbuah.  Ianya perlu di letakkan baja.  haha.  daku asyik lupa aja nak surun pin bajakan.  Tak apalah nanti akan ku berikan baja yang cepat berbuah yang ku lihat dalam you tube. (Pin dah bajakan dah pon)

Pokok  Limau Taiwanku berbuah begitu lebat sekali masa daku balik kampung dulu.  MaasyaaAllah manis buahnya.  Moga Pin dapat jaga dan daku pesan apa yang ada itu ambillah dan jika buah2 berlebihan maka sedekahlah kepada siapa sahaja yang mereka hendak sedekahkan.  

Masa daku tinggalkan dulu pokok mempelam emas hitamku berbunga lebat tetapi pokok itu diserang oleh anai2 akarnya , makanya ia sujud menyembvah bumi tanpa sempat menghadiahkan daku buahnya.  Adoi sayang sungguh...Daku memang suka mempelam"Emas Hitam"  sekarang daku tak pernah berjumpanya.  Dulu masa daku tinggal di Sendayan, banyak buah ni di jual di Negeri Sembilan.  Di Bangi daku tak pernah lihat buah tu...Hmmmm...kecewanya daku...

Harap pokok avokadoku boleh berbuah juga nanti.  InsyaaAllah.  Pokok merapuh  (Kundang Thailand)  pon sepatutnya dah berbuah. tapi entahlah...mungkin satu hari nanti dia berbuah juga agaknya.  Pokok Cempedak durianku berbuah.  MaasyaaAllah buahnya mempunyai isi yg besar ulasnya dan manis tak terperi.  .

Daku kena balik bila2 nanti kerana daku rasa rindu sangat kepada pokok2 di keliling rumah kecilku...Hmmmm....Rindunya aku...  haha daku teringat pulak tentang pokok Longan pingpong Hibrik ...dah berbuah tetapi ruginya ia  diserang oleh monyet2...di sekitar hutan yang datang. 

Pemerintah berdosa sebab mereka tak menjaga keselamatan tanaman orang2 kampong dengan membasmikan monyet2.   Macam mana lah orang2 kampong nak dapat hasil jika serangan dari binatang2 ini masih berleluasa.  

Daku dapat tahu monyet2 yang di tangkap di pinggir bandar yang di arahkan di hantar ke pulau2 tidak pon di hantar ke sana kerana ada pekerja yang tak amanah hanya melepaskan monyet2 itu dalam perjalanan ke Grik.  Alertlah pemerintah...dikau akan di tanya Allah nanti...Sudahkah dikau smart   (smart in everything)  dalam menjaga rakyatmu?  Sudahkah amanah mu kamu jalankan dgn betul. Tanggungjawab sebagai pemerintah itu BESAR sangat...Jika monyet masih berleluasa bagaimana orang2 kampung hendak menikmati hasil tanaman mereka? Fikir2kanlah wahai pemerintahku.  Allah akan tanya dikau nanti di MahsyarNya.    Sudahkah tanggungjawabmu kau tunaikan ?   

 

Friday, 20 March 2026

Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.

 

Monday, 26 May 2025

Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.

   "إني أوهيبوكا فلة". "أنا أحبوكا فلة". 

Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.


 "Inni uhibbuka fillah". "Ana uhibbuka fillah". 

Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.