Ahad, 7 Jun 2026

Baca 100 kali,diampunkan kesalahannya ,walaupon sebanyak buih di Lautan' Soheh Muslim

 

Selasa, 19 September 2023

Baca 100 kali,diampunkan kesalahannya ,walaupon sebanyak buih di Lautan' Soheh Muslim

                           "Suhhanallahhiwabihamdihi"


" Sesiapa yang membacanya 100 kali pada waktu pagi dan petang "tidak ada seorang pon pada hari kiamat lebih baik daripadanya kecuali mereka yang mengamalkan sepertinya,atau lebih daripadanya".   Dalam riwayat yang lain " Sesiapa yang membacanya 100 kali akan diampunkan kesalahannya ,walaupon sebanyak buih di Lautan' Soheh Muslim (2691,2692)

Rambutan mula berbuah, manggis biasa dan manggis terengganu (Buah Masta)

 

Ahad, 26 April 2026

Limau Taiwan... Rambutan mula berbuah awal.  Manggis pin..

 




 Buah  masta... Manggis Terengganu ni sedap sangat.   Masa daku muda2 dahulu daku pergi kerumah Maznah... Zam beli buah ni   dari Ladang UPM.   Sedaplah sangat buahnya. Manis.  Bukan lembek macam manggis kita... Ianya rapuh sangat.   Isinya agak keras.  Bagiku ianya sedap sangat daripada  manggis kita...

Ya Rabbb.. 

Daku bersyukur padaMu moga dapat ia bertahan hingga masak... InsyaaAllah. 













Ini buah rambutan awal(mula berbuah dan belum tahu apa jenisnya 
Belum rasa lagi.

Jangan cincai...Perlu ada home work..

 Jangan cincai...Perlu ada home work...


Boleh Ke Minta Mati Cepat Bila Rasa Hidup Sempit? Belajar Sikap Optimis Daripada Rakyat Palestin


 

MGPerak: Lenggong Geopark Pertama Di Malaysia Perkenal GeoEntrepreneur



Menutup aurat dengan sempurna dan memenuhi kehendak syaraq.

 

Friday, 12 July 2024

Assalammualaikum

Wahai  suami, Isterimu untuk mu sahaja....

                              

SOALAN                    

Assalammualaikum. Suami saya perli saya pakai tudung labuh, dia kata malu dengan kawan-kawan. Katanya tudung bidang 45 memadai menutupi aurat tanpa perlu memakai tudung labuh bidang 60. Persoalanya, adakah saya perlu mempertahankan dengan memakai tudung labuh dalam keadaan suami yang tidak reda atau ikut kata suami dengan pakai tudung bidang 45 kerana masih batas menjaga aurat? Adakah wajib ikut arahan suami agar meninggalkan amalan yang lebih warak? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggayakan tudung ialah mematuhi kehendak syarak.  Apabila tudung saiz 45 digayakan dengan cara labuh menutupi dada dan tidak nipis (jarang), maka ia masih dalam kerangka menepati tuntutan syarak. Oleh itu, situasi soalan tersebut bergantung kepada kebijaksanaan isteri menggayakan tudung yang menepati kehendak syarak tidak kira saiz bidang 60 mahupun 45 pada masa sama mengikut kehendak suaminya pada perkara kebaikan.  Hal ini memakai tudung saiz 45 yang menutupi dada dan tidak nipis, maka ia sudah cukup menepati syarak. Bahkan, sekiranya suami mengarahkan sesuatu perkara yang harus mahupun sunat maka  ia menjadi kewajipan isteri untuk mentaatinya selagi  dalam kerangka makruf dan bukan perkara maksiat. Namun memakai tudung saiz 60 lebih sopan, warak dan terpuji. Sebaiknya kedua-dua pasangan saling berbincang bagi mencari kesefahaman dan memelihara hak kedua-dua pasangan.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Keluasan Berpakaian

Secara umumnya, Islam tidak menetapkan jenama khusus dalam menggayakan pakaian sekalipun berfesyen. Namun, perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggayakan pakaian ialah menepati ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan mengikut kehendak syarak.  Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk memakai pakaian yang menutup aurat bersandarkan firman-Nya:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ ‎﴿٢٦﴾

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya”

Surah Al-A’raf (26)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah SWT iaitu pakaian untuk menutup aurat, pakaian untuk perhiasan dan pakaian takwa. Perkataan “اللباس” dalam ayat tersebut merujuk pakaian asas (daruriyyah) untuk menutup aurat. Manakala “الريش” ialah sesuatu yang dipakai supaya nampak cantik pada luarannya (takmilat).  Sementara, pakaian taqwa yang dimaksudkan secara kiasan (majazi) ialah amal soleh menurut Ibnu Abbas[1]

Parameter menutup aurat dengan sempurna bagi wanita ialah keseluruhan anggota kecuali muka dan kedua tapak tangan. Perintah menutup aurat bagi kaum wanita berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ

Maksudnya :dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;

Surah an-Nur 31

Ibn Abbas memberi makna ayatkecuali apa yang zahir” ialah muka dan dua tapak tangan. Ini merupakan pendapat yang masyhur dalam kalangan majoriti ulama. [2]

Perkataan {وَلْيَضْرِبْنَ} yang membawa maksud “hendaklah mereka memakai” menunjukkan suruhan  perbuatan   atau perintah wajib. Khumur"الخمر"    kata jamak bagi " الخِمَار "iaitu tudung wanita yang menutup kepala wanita. Sementara, tafsiran   جُيُوبِهِنَّۖ ialah menutup sehingga kawasan dada wanita. [3]

Antara kriteria menutup aurat dengan sempurna  ialah tidak memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit. Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab menyatakan wajib penutup aurat itu dengan suatu yang tidak menunjukkan sifat warna kulit seperti kain yang tebal, kulit atau kertas. Sekiranya tipis, maka ia tidak menepati syarat kerana tidak mencapai tujuan menutup aurat. [4]

Merujuk pada situasi soalan yang diajukan, peranan suami dalam mendidik  kepada perkara makruf dan isteri wajib mentaatinya. Hal ini berdasarkan dalil-dalil berikut :

Firman Allah SWT,

ِ ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”

 al-Nisa’ (34)

Suami berperanan mendidik isteri agar bersama - sama menunaikan segala kewajiban dan menghalang mereka daripada melakukan perkara maksiat.[5]

Sementara, tanggungjawab isteri pula mentaati perintah suami pada perkara yang makruf selagi dalam kerangka syarak, Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis bahawa  Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”.

Riwayat Ibn Hibban (4163)

Setiap ketaatan itu mestilah pada perkara yang tidak bertentangan dengan syarak  sebagaimana sandaran hadis yang diriwayatkan daripada Ali bin Thalib  bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا طَاعَةَ في مَعْصِيَةٍ، إنَّما الطَّاعَةُ في المَعروفِ.

Maksudnya : “Janganlah kamu mentaati perkara – perkara maksiat, sesungguhnya ketaatan itu adalah hanya pada perkara yang makruf (kebaikan)”.

Riwayat Sahih Muslim 7257

Yang dimaksudkan makruf ialah bukan perkara mungkar mahupun maksiat. Perkara makruf termasuklah ketaatan yang wajib, sunat dan harus di sisis syarak. Bahkan seandainya suami mengarahkan sesuatu perkara yang harus, maka  menjadi kewajipan isteri untuk mentaatinya selagi  dalam kerangka makruf dan bukan perkara maksiat. [6]

Seterusnya maksud warak ialah sikap berhati-hati untuk menjauhi sesuatu perkara syubhah kerana takut terjerumus kepada perkara haram dan juga berusaha melazimi amalan-amalan terpuji. [7] Oleh itu,  selagi melaksanakan  kebaikan dan menjauhi  perkara haram, maka ia dalam  kerangka makruf.

Oleh yang demikian, sekiranya isteri tersebut menuruti perintah suaminya dengan memakai tudung saiz bidang 45 dengan gaya yang menutupi dada dan tidak nipis, maka seseorang isteri dianggap melakukan perkara yang menepati syarak kerana mentaati suami pada perkara makruf.

Wallahu A'lam.

Fudhail bin Iyadh, Ulama kibar tabi’in yang begitu hebat dengan alim, zuhud dan wara’nya.

    Fudhail bin 'Iyadh dilahirkan pada tahun 105 H di bandar Samarkan dan membesar di kota Abyurd. Beliau digelar sebagai Abidul Al-Haramain kerana teguhnya berbuat ibadah di dua tanah suci iaitu di kota Makkah dan Madinah. Kata al-Mizzi bahawa Fudhail adalah seorang orang soleh dan orang yang sangat kuat beribadah.30 Oct 2023



Siapa tidak kenal seorang ulama kibar tabi’in yang begitu hebat dengan alim, zuhud dan wara’nya. Fudhail bin Iyadh atau nama penuhnya Abu Ali al-Fudhail ibn Iyad ibn Mas’ud ibn Basyar al-Tamimi al-Yarbu’I al-Khurasani adalah seorang ulama yang lahir di Kota Samarqand.

Bukan calang-calang orangnya sehingga digelar sebagai Abidul Al-Haramain kerana teguhnya berbuat ibadah di dua tanah suci iaitu Kota Mekah dan Madinah. Kata al-Mizzi bahawa Fudhail adalah seorang orang soleh dan orang yang sangat kuat beribadah. Manakala Imam Al-Dzahabi mengatakan bahawa beliau merupakan seorang yang zuhud, kuat hafalannya, dan disepakati keterpecayaan dan kemuliaannya.

Namun siapa sangka di sebalik kehebatannya ada suatu kisah yang mengangkat martabatnya daripada seorang perompak yang hina menjadi ulama yang masyhur dan mulia. Bahkan beliau tersangat masyhur atas sebab kisah taubatnya. Sesungguhnya Fudhail dahulunya adalah seorang perompak dan penyamun jalanan yang menyamun di antara Abiyut dan Syarhaz.

Suatu hari, beliau terpikat dengan seorang gadis yang cantik sehingga menyebabkan beliau sanggup memanjat tembok untuk melihat gadis tersbut. Tatkala itu beliau terdengar satu ayat al-Quran yang menggetarkan hati dan jiwanya sehingga datang satu perasaan insaf di dalam kalbunya.

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang ke atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al Hadid:16). 



ayat ini daku selalu baca dlm Tahajjudku.  Ya Rabbku syukur. Jumpa daku cerita ni.

Maka siapa sangka, ayat ini menjentik hatinya sehingga hidayah benar-benar mula bermesra di dalam hatinya sehingga keinginan bertaubat sudah mula bermain di jiwa. Al-Maqdisi menyebutkan bahawa Fudhail berkata, “Benar, sesungguhnya demi Allah, inilah saat yang telah tiba untukku bertaubat” lalu dia beransur pulang.

Dalam perjalanan pulang itu Fudhail mendapati satu kafilah sedang beristirehat di waktu malam. Lalu Fudhail terdengar sebahagian mereka berkata, “Marilah kita singgah di desa ini kerana kalau kita melanjutkan perjalanan, sudah tentu kita akan dirompak oleh penyamun yang terkenal bernama Fudhail.”

Al-Maqdisi berkata bahawa mendengar perkataan itu, maka gementarlah hati Fudhail kerana dia sendiri tidak menyangka bahawa sampai ke tahap itu kafilah merasa gusar akan dirinya. Lalu dia berkata, “Wahai kafilah, akulah Fudhail, berlalulah! Demi Allah, aku berusaha sekuat tenagaku untuk tidak berbuat maksiat kepada Allah selamanya”.

Ya Rabb sedehnya...! Ciri2 orang yang bertaubat.

Sejurus itu beliau lantas berdoa kepada Allah SWT “Ya Allah, sekarang aku telah bertaubat kepada-Mu dan aku jadikan taubat aku ini dengan tinggal di Baitullah al-Haram.”

Bermula dari situlah Fudhail bertaubat dengan sesungguhnya dan mula mendalami ilmu agama daripada ramai tokoh ketika itu seperti Jaafar al-Saadiq, Sufyan al-Tsauri, Al-A’masy dan Mansur ibn Mu’tamar.

Benar-benar ayat al-Quran itu menjentik hatinya sehingga menjadi hamba yang sangat takut kepada Allah dan kuat beribadah terutamanya di Mekah dan Madinah. Ishaq bin Ibrahim At-Tabari menukilkan bahawa, “aku tidak pernah melihat seorang yang mempunyai perasaan khauf (takut kepada Allah) dan pemurah kepada manusia selain Fudhail bin Iyadh. Al-Quran benar menyentuh hatinya dan tatkala melewati bacaan ayat-ayat tentang syurga maka beliau mengulang-ulangnya dan memohon syurga kepada-Nya.”

Setelah bertaubat, beliau bekerja menguruskan air menggunakan seekor unta dan kemudian menjual air tersebut untuk menyara dirinya dan keluarga serta hidup dalam keadaan yang sangat sederhana. Fudhail akhirnya meninggal dunia pada tahun 186 hijrah sepertimana dikatakan oleh Al-Madini dan Bukhari serta meninggal pada usia 80 tahun.

“Kosongkan jiwamu untuk sedih dan takut supaya kedua perasaan itu dapat bersarang di dalamnya. Apabila sedih dan takut bersarang dihatimu, ketahuilah keduanya akan membentengi dirimu daripada melakukan maksiat dan menjauhkan dirimu dari api neraka.” – Fudhail Bin Iyadh

RUJUKAN:

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, Kitab At-Tawabbin.

Abu Faiz Sholahuddin Bin Mudasim, Fudhail Bin Iyadh: Ahli Ibadah Di Dua Tanah Suci.