Khamis, 16 April 2026

Aku dan Kenanganku. Tak mudah untuk aku lupakan.( Bila di view, daku baca kembali apa yg kutulis...

 

Jumaat, 12 Ogos 2022

Kamunting Sekolah Kedua Ditempatkan...

         






      

Sekolah Keduaku adalah Sekolah Kebangsaan Kamunting.   Disini aku ditempatkan .   Bila daku ditempatkan dimana2  sekolah daku mesti pastikan rumahku berhampiran dengan sekolah.   Daku  memang suka memastikan daku boleh sampai awal kesekolah.  Daku bimbang jika tinggal berjauhan dengan sekolah akan berlaku kelewatan kerana daku tak boleh lari dari menjaga diriku agar sihat dan tidak berlaku apa2 masaalah semasa hari persekolahan. Ini adalah kerana daku ditakdirkan mengidap asma....maasyaaAlah...aku redho.  

                 He! he!.... di sini ditakdirkan oleh Allah daku dapat menyewa sebuah banglo besar di luar pagar sekolah.   Bersama seorang anak perempuanku kami tinggal disini.Pada ketika itu anak perempuanku baru menuntut ilmu di Darjah 5.Pada masa ini daku berulang kesekolah dengan motosikal Yamahaku .   Sekolah kamunting ini bangunan penempatan murid darjah Lima agak jauh dari bangunan besar tiga tingkat.  Daku bermotosikal di dalam kawasan sekolah kerana daku asma kan..terdapat seorang lagi guru lelaki yg bermotosikal didalam kawasan sekolah..kiranya kami  guru yang tepat mengikut waktu masuk ke kelas...Sukar bagi sesiapa yang ingin mengatakan daku lambat masuk ke kelas atau tidak tepat waktu....Syukur takdir Allah sebenarnya...Baru ku sedari.

                   Di sini daku mula mengajar Tahu Enam bilamana seorang Guru berbangsa Cina yang Bernama Mr Loh akan melanjutkan Pelajaran ke Universiti.  Pada mulanya aku bukanlah dipilih oleh Guru Besar untuk mengajar Darjah Enam...hehe...kurang percaya agaknya...beliau menyuruh  Guru BM ngajar maths...ha ha ha...cari punya cari...akhirnya daku kena ngajar tahun kerana  tiada guru maths ..Aku bersyukur kerana pada tahun pertama ni telah berjaya mencetuskan Prestasi A yang ramai di kelas pertama dan masih menghadiahkan A yang tak kurang ramai juga bagi murid di kelas kedua....Syukur...Bila aku terpilih untuk mendapat prestasi Cemerlang "perkataan GB ...Saya tidak mengenali Cikgu.     Hadiah Prestasi Cemerlang.Syukur...itulah cerita kejayaan kecilku di Sekolah Kebangsaan Kamunting.  Sebenarny itu semua adalah anugerah dari Allah...baru ku sedari.  MaasyaaAllah

Di sekolah inilah daku dilantik  menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri, Jurulatih Utama Sukatan Pelajaran dan Jurulatih Utama KOSM.  Akhirnya daku dapat tahu, bahawa Guru Besar itulah yang mencadangkan /mencalonkan nama kepada Pegawai dari JPN.  Sekali lagi aku sedari ...semua apa yang berlaku itu adalah dari Allah.

Setelah beberapa tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Kamunting daku terpilih untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Kamunting Taiping.  Daku masih lagi menyewa di Taman berhampiran dengan sekolah....

Daku jumpa gambar2 kenangan dengan Kawanku dari Sekolah Kebangsaan  Taman Jana..Daku muatkan gambar di sini...Daku terpaksa juga pergi berceramah di Sekolah Batu Hampar apabila Guru Besar nya menjemput daku untuk perkenalkan SPMN kepada Guru2 Batu Hampar...Masa ini daku memang tak sihat daku sakit tetapi "GB Batu Bampar" minta juga sesiapa saja menyampaikan programku itu Sudah tentu lah tidak sama kerana ianya "Programku"...Jadi walaupon tak sihat daku hadir juga dan bertemankan seorang guru perempuan dan  dua guru Lelaki Sekolah Taman Jana.  Terima Kasih Wan dan Mat Nor.   Tolong Drive.  Hihi Masa ini Kak Ani pakai "Wira Aeroback, Special Edishion"  Hijau...hihi ...Anda berdua bergilir drive...Dan Dari Batu hampar kami terus ke Telok Batik sebab dah dekat dan belanja adik2ku makan di kedai yang sangat popular masa tu di Telok Batik...Tq tq adik2ku bertiga...Kamu adalah kenanganku...

Ketiga  adik ini tolong menemaniku Ke Sekolah Batu Hampar Kerana daku memberi Ceramah SPMN dalam Program Panitia Matematik Larut Matang Dan Selama.

                                                         Lina dan Kak Ani

                                                 Adinda Wan dan Adinda Mat Nor...
                                                      Hai Lina...Rindunya kat Lina....
                                                 Ketiga adikku yang banyak membantuku...Terima kasih Lina , Mat Nor Dan Wan...Sukar bagi Kak Ani melupakan dikau semua...Kak Ani sayang sangat Kenangan ini... Moga Allah membalas Jasa Baik Adik2 kak Ani pada Kak Ani...
   
                                                                     Telok Batik



                                                       Cenderahati Yang Di Jual di Telok Batik


                       Cukup dahulu tentang kerjaya ...Meh cerita tentang  pertukaran sekolah ketiga saya.   Sekolah ini jika  nak masukpon mesti  mempunyai ciri2 terpilih...Ada beberapa  kategosi yang di mahukan...dan aku juga termasuk dengan beberapa orang guru2 yang di pilih mengajar di sini... Aku bersyukur.   Bukan kerana hebat terpilih tapi terasa Allah yg pilih..Disini daku sekali lagi membeli rumah  keduaku di luar kawasan sekolah..hihi...Diluar pagar sekolah juga rumahku..Selesa...Tenang ...Damai....Daku orang pertama berpindah di taman ni...Dapat CF daku terus masuk.Pada masa daku berpindah disini anakku melanjutkan Pelajaran Ke Uniiversiti Malaysia Serawak. (UNIMAS)  Jurusan Pengurusan Sains Akuatik...Sebenarnya semua ini daku tulis sebagai Kenanganku.

 Cukuplah Kenanganku......

Aku akhirnya berpindah pula ke Kuala Lumpur...Shah Alam di Sekolah Kebangsaan  Seksyen 24, Shah Alam.   Sewa rumah yang berhampiran dengan sekolah juga.  Di sini daku bertemu pelbagai rakan...dan daku  bersara disini...Bye Bye...Guru....Selamat Tinggal Guru...

         



                   

 

Monday, 4 March 2024

Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Lirik) - P Ramlee

 

Selasa, 5 Julai 2022

Korban...mai ambil tahu...

 

Sihat hari ini?

Kami doakan anda semua dikurniakan kesihatan, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang sekejap sejuk, sekejap panas.

Tak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah. Bulan di mana orang Islam melaksanakan ibadah korban. Tapi adakah semua orang wajib untuk buat korban?

Mari semak semula syarat korban supaya tiada kekeliruan lagi.

Hukum Korban

Perlaksanaan korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Bagi mereka yang melepasi syarat-syarat untuk berkorban mereka boleh melaksanakannya.

Syarat-syarat untuk berkorban adalah:

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka

Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan syarat ini dengan berkata:

وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.

 Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123

Banyak fadilat bagi orang melaksanakan ibadah korban. Tidak hairanlah ramai orang berebut-rebut untuk melaksanakan korban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).

Riwayat al-Tirmidzi: 1493

Hukum Korban Bagi Orang Yang Tidak Berkemampuan Untuk Berkorban

Seseorang itu dikira berkemampuan sekiranya dia mempunyai lebihan harta daripada keperluan diri dan tanggungannya bagi Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Jika ada yang tidak mempunyai keperluan cukup untuk hari-hari yang dinyatakan, dia dikira sebagai tidak berkemampuan dan tidak diperintahkan untuk melaksanakan korban yang sunat tersebut.

Juga tidak dituntut untuk dia menjual hartanya yang dikategorikan sebagai keperluan hidup seperti rumah berteduh, kenderaan yang dia gunakan dan seumpanya.

Imam Ibn Hajar al-Haitami ada menulis di dalam kitab Tuhfat al-Muhtaj:

قَالَ الزَّرْكَشِيُّ وَلَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ حَاجَتِهِ وَحَاجَةِ مَنْ يُمَوِّنُهُ عَلَى مَا سَبَقَ فِي صَدَقَةِ التَّطَوُّعِ لِأَنَّهَا نَوْعُ صَدَقَةٍ انْتَهَى وَظَاهِرُ هَذَا أَنَّهُ يَكْفِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَمَّا يَحْتَاجُهُ فِي يَوْمِهِ وَلَيْلَتِهِ وَكِسْوَةِ فَصْلِهِ كَمَا مَرَّ وَيَنْبَغِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ يَوْمِ الْعِيدِ وَأَيَّامِ التَّشْرِيقِ فَإِنَّهَا وَقْتَهَا كَمَا أَنَّ يَوْمَ الْعِيدِ وَلَيْلَةَ الْعِيدِ وَقْتُ زَكَاةِ الْفِطْرِ وَاشْتَرَطُوا فِيهَا أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ ذَلِكَ اهـ

Maksudnya: Imam al-Zarkasyi berkata mestilah orang yang ingin melakukan korban itu mempunyai lebihan bagi keperluan diri dan tanggungannya sepertimana syarat yang telah disebutkan dalam sedekah sunat kerana ia juga dikira sebagai sedekah. Apa yang zahir daripada pandangan ini ialah cukup bagi seseorang itu mempunyai lebihan bagi keperluannya sehari semalam dan pakaiannya mengikut musim sepertimana yang telah disebutkan. Begitu juga hendaklah mempunyai lebihan daripada keperluannya pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq ini kerana itulah waktu untuk berkorban. Hal ini sama keadaan seperti siang dan malam Hari Raya Aidilfitri yang menjadi waktu diwajibkan menunaikan zakat fitrah dan para ulama mensyaratkan wujudnya lebihan daripada keperluan mereka pada waktu tersebut.

Rujuk Tuhfat al-Muhtaj, 9:334

Hikmah Berkorban

Korban sebenarnya adalah salah satu cara untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan menyumbang semula kepada yang memerlukan.

 Firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Surah Al-Kautsar : 2

Mari lihat pula sunnah pemberian daging korban mengikut mazhab Shafi’e:

  • ⅓ dimakan oleh orang yang berkorban dan ahli keluarganya
  • ⅓ untuk disedekahkan kepada fakir miskin
  • ⅓ untuk diberikan kepada sahabat handai termasuk orang kaya dan jiran
  • Daging korban nazar oleh orang yang bernazar, pemberian dagingnya pula adalah; memberikan daging-daging tersebut golongan fakir dan miskin.

Firman Allah SWT

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Surah al-Hajj: 28

Jika termakan, dia cuma perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakannya. Selain itu, dia tidak perlu lagi untuk menyembelih lagi haiwan lain sebagai ganti kepada bahagian yang dimakan.

Kembali kepada persoalan adakah semua orang diwajibkan untuk buat korban?

Jawapannya adalah tidak. 

Ibadah korban adalah sunat muakkad. Jika seseorang itu ingin berkorban pula, harus rujuk semula syarat untuk orang yang berkorban.

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Semoga artikel ini membawa manfaat kepada anda.

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Talian Bebas Toll: 1-800-885-885

 *Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

Rabu, 15 April 2026

15 April 2026 KITAB “SYARAH RIYADHUS SALIHIN” Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Bin Ramle




 

Daku rasa jika sampai terus ke kubur ...boleh. Insyaaallah sampai awal.

 Daku belum kemas lagi...pakaian apa nak bawa.  InsyaaAllah sat aja.  Sabtu anis masih tuisyeen lagi .  Cu kata kalo hari Ahad cu boleh la bawak pergi kubur.  Sampai2 terus pergi boleh lah.,  Klo petang dah gelap...daku jenis takut kat kubur.  Dah pernah rasa dah.  Sampai petang sangat.  Melawat kubur tak sesuai petang..


Selamat Hari Raya Keluarga Pin.

 


Pin , Bah  ,  Haikal dan Hairi di hari raya pertama.

                              Bunga Safia pandai beraksi...


Kalau tahu artinya pasti kamu nangis juga..

Kalau tahu artinya pasti kamu nangis juga..


 

Apa. Khabar..