Khamis, 16 April 2026

 

Selasa, 5 Julai 2022

Korban...mai ambil tahu...

 

Sihat hari ini?

Kami doakan anda semua dikurniakan kesihatan, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang sekejap sejuk, sekejap panas.

Tak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah. Bulan di mana orang Islam melaksanakan ibadah korban. Tapi adakah semua orang wajib untuk buat korban?

Mari semak semula syarat korban supaya tiada kekeliruan lagi.

Hukum Korban

Perlaksanaan korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Bagi mereka yang melepasi syarat-syarat untuk berkorban mereka boleh melaksanakannya.

Syarat-syarat untuk berkorban adalah:

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka

Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan syarat ini dengan berkata:

وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.

 Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123

Banyak fadilat bagi orang melaksanakan ibadah korban. Tidak hairanlah ramai orang berebut-rebut untuk melaksanakan korban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).

Riwayat al-Tirmidzi: 1493

Hukum Korban Bagi Orang Yang Tidak Berkemampuan Untuk Berkorban

Seseorang itu dikira berkemampuan sekiranya dia mempunyai lebihan harta daripada keperluan diri dan tanggungannya bagi Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Jika ada yang tidak mempunyai keperluan cukup untuk hari-hari yang dinyatakan, dia dikira sebagai tidak berkemampuan dan tidak diperintahkan untuk melaksanakan korban yang sunat tersebut.

Juga tidak dituntut untuk dia menjual hartanya yang dikategorikan sebagai keperluan hidup seperti rumah berteduh, kenderaan yang dia gunakan dan seumpanya.

Imam Ibn Hajar al-Haitami ada menulis di dalam kitab Tuhfat al-Muhtaj:

قَالَ الزَّرْكَشِيُّ وَلَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ حَاجَتِهِ وَحَاجَةِ مَنْ يُمَوِّنُهُ عَلَى مَا سَبَقَ فِي صَدَقَةِ التَّطَوُّعِ لِأَنَّهَا نَوْعُ صَدَقَةٍ انْتَهَى وَظَاهِرُ هَذَا أَنَّهُ يَكْفِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَمَّا يَحْتَاجُهُ فِي يَوْمِهِ وَلَيْلَتِهِ وَكِسْوَةِ فَصْلِهِ كَمَا مَرَّ وَيَنْبَغِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ يَوْمِ الْعِيدِ وَأَيَّامِ التَّشْرِيقِ فَإِنَّهَا وَقْتَهَا كَمَا أَنَّ يَوْمَ الْعِيدِ وَلَيْلَةَ الْعِيدِ وَقْتُ زَكَاةِ الْفِطْرِ وَاشْتَرَطُوا فِيهَا أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ ذَلِكَ اهـ

Maksudnya: Imam al-Zarkasyi berkata mestilah orang yang ingin melakukan korban itu mempunyai lebihan bagi keperluan diri dan tanggungannya sepertimana syarat yang telah disebutkan dalam sedekah sunat kerana ia juga dikira sebagai sedekah. Apa yang zahir daripada pandangan ini ialah cukup bagi seseorang itu mempunyai lebihan bagi keperluannya sehari semalam dan pakaiannya mengikut musim sepertimana yang telah disebutkan. Begitu juga hendaklah mempunyai lebihan daripada keperluannya pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq ini kerana itulah waktu untuk berkorban. Hal ini sama keadaan seperti siang dan malam Hari Raya Aidilfitri yang menjadi waktu diwajibkan menunaikan zakat fitrah dan para ulama mensyaratkan wujudnya lebihan daripada keperluan mereka pada waktu tersebut.

Rujuk Tuhfat al-Muhtaj, 9:334

Hikmah Berkorban

Korban sebenarnya adalah salah satu cara untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan menyumbang semula kepada yang memerlukan.

 Firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Surah Al-Kautsar : 2

Mari lihat pula sunnah pemberian daging korban mengikut mazhab Shafi’e:

  • ⅓ dimakan oleh orang yang berkorban dan ahli keluarganya
  • ⅓ untuk disedekahkan kepada fakir miskin
  • ⅓ untuk diberikan kepada sahabat handai termasuk orang kaya dan jiran
  • Daging korban nazar oleh orang yang bernazar, pemberian dagingnya pula adalah; memberikan daging-daging tersebut golongan fakir dan miskin.

Firman Allah SWT

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Surah al-Hajj: 28

Jika termakan, dia cuma perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakannya. Selain itu, dia tidak perlu lagi untuk menyembelih lagi haiwan lain sebagai ganti kepada bahagian yang dimakan.

Kembali kepada persoalan adakah semua orang diwajibkan untuk buat korban?

Jawapannya adalah tidak. 

Ibadah korban adalah sunat muakkad. Jika seseorang itu ingin berkorban pula, harus rujuk semula syarat untuk orang yang berkorban.

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Semoga artikel ini membawa manfaat kepada anda.

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Talian Bebas Toll: 1-800-885-885

 *Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

Rabu, 15 April 2026

15 April 2026 KITAB “SYARAH RIYADHUS SALIHIN” Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Bin Ramle




 

Daku rasa jika sampai terus ke kubur ...boleh. Insyaaallah sampai awal.

 Daku belum kemas lagi...pakaian apa nak bawa.  InsyaaAllah sat aja.  Sabtu anis masih tuisyeen lagi .  Cu kata kalo hari Ahad cu boleh la bawak pergi kubur.  Sampai2 terus pergi boleh lah.,  Klo petang dah gelap...daku jenis takut kat kubur.  Dah pernah rasa dah.  Sampai petang sangat.  Melawat kubur tak sesuai petang..


Kalau tahu artinya pasti kamu nangis juga..

Kalau tahu artinya pasti kamu nangis juga..


 

Rindu mee rebus... Daku masak untuk breakfast ja... Sedap


Daku  masak mee untuk breakfast.  Jika daku teringin daku buat la la  tu jugak.


Sayurnya sawi , taugeh , daun soup dan telur.


mee kuning ni daku suka ...ada bau "asid borik" dia
Jika mee gardinea orang yg tak tahan perut boleh makan sbb tak berbau.  hihi



Kuah mee...yg kawan Kak Hindon ajarkan letan tauchu...
sedap


mee, taugeh, sayur sawi daun soup daun bawang , bawang goreng dan cabai
 hijau potong lupa letak cuma potong masa makan aja.


Tinggal lagi nak tuangkan kuah aja Eni...



Memang sedap" paling daku suka " mee ini.


Letak kuah...yummie



Sedapnya.  Mee rebus.  Kuah daku simpan kat freezer untuk makan harei lain. 
 Tak payah masak.  hmmmm.

 

Di sini letaknya kenangan. Tak mudah untuk di lupakan.

 Dari rumahku nampak terus ke Gunung Kepala Gajah...Daku dah sampai di atas tu.  Masa Sekolah Rendah dah pandai naik bukit.  Tak bagi tahu mak pon.  hihi. Jahat betul.  Kalu jadi apa2 macam mana?


View ke gunung itu yg daku suka.  MaasyaaAllah.
Hairi  darjah 3...kot. dah pandai pukul bola golf.
Daku kagum...main apa pon dia pandai
Menari pon pandai masa tadika wakil sekolah.  hihi


Ternyata Hairi pandai pukul bola golf. 
Daku suka gambar ni sebab masa ni tak banyak pokok daku tanam.  
Boleh main aci2 ...kalo masa daku kecil.  


Di rumahku ini hanya boleh guna iron ja ...jika guna driver tak cukup panjang. 
 Padang Tasik masa daku kecik2 dulu pon belum tentu cukup.
Kami bersukan di Padang Tasik.  MasyaaAllah kawan2ku bila
 berjumpa ramai2 sembang tentang padang Tasik.  MaasyaaAllah kami
 berlatih sukan kat situ.  Bersukanpon kat situ. 
 Seronok juga.
Letih2 main pi kat Telaga Mak Kak Dah ...minum air telaga. 
 cedok dgn timba...minum sorang2 bergilir2...mesra sungguh masa kecil. 





Daku  ambil gambar ini dari atas rumah mak.  Rumah kenangan kami. 
 Jika di simpan akan runtuh juga . Syukur adikku buat keputusan
menjual kayu2nya kepada pembeli dan mereka buat "Home Stay" sebiji bentuk rumah mak .. 
Jenis " Limas"
Sekarang dah tiada lagi.  Bersama padamnya kenangan lamaku.  Sedeh sangat.Kenangan...mandi hujan..."  Hujan dan air mata" Sedehhhhhhhhhhhhh!

Hidangan untuk abg haikal... Abg sampai malam ...kata anis.










 

Apa. Khabar..